SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 12 June 2012

Poster Gandingan Bersama - Finalist DJC 2011/12

Bila kita dah melihat gambar gambar Finalist semasa mereka mula mula join pencarian ini , ...ha ada pulak yang menyampuk kat mana nak tengok , tulah pasal DJC dah kata baca blog nie dari awal semuanya ada didalam blog nie , nie masa DJC nak tulis sibuk tanya yang mana kat mana ... isshhhh tak nak layan lah ....hehehheheeheh...

Sekarang DJC nak post pulak gambar mereka setelah berkali kali datang photo shoot untuk product DJC .Oleh kerana blog nie baru sahaja dibuat jadik tak dapatlah DJC menunjukkan kesemua gambar gambar mereka tetapi DJC akan menunjukkan gambar yang terkini setakat ke hari ini .

Buat pengetahuan semua , mereka ini semuanya datang photo shoot berbayar , sekali mereka datang DJC akan membayar sebanyak RM200.00 untuk peragaan 15 helai baju  dan makan minum ditanggung oleh pihak DJC tetapi kalau pihak kami sediakan makanan dan minuman maka kami akan beri duit makanan , tetapi seingat DJC sekali atau 2 kali sahaja yang ada juga tak mahu makan .

So tak salah kan , kalau DJC agak sentap sikit kalau hasil photo shoot DJC diambil tanpa kebenaran , sbb semuanya DJC keluar duit poket sendiri itu baru kata model belum lagi duit photog ( cameramen ) nasib baik lah photog pun dapat yang baik "tersangat baik " bayaran yang dikenakan kira harga adik dan kakak lah ...alhamdulillah ada sahaja yang nak membantu DJC terima kasih "photong cute " .......dia tak nak publish kan nama dan identitinya bak org putih cakap "LOW PROFILE"

Yang nyata memang banyak perubahan dari muka dan penampilan mereka , almaklum dah setahun mereka bersama DJC , dari 5 orang model DJC ini hanya 2 orang yang kerap DJC ambil unt tujuan shoot gambar , bukan pilih kasih tetapi kesenangan untuk berurusan dengan waktu yang DJC sesuai , pada mula mula dulu kebiasaannya shoot akan dilkukan sebelah lewat petang hari biasa yang selalu boleh join photo shoot BABY FIDA pemenang ke 3 , kalau nak bercerita tentang Baby Fida nie , dia adalah model yang paling sennag nak berurusan , kami tak kisah ...itu adalah kata kata dia , sampai DJC pulak yang risau bila dia balik lewat malam .

Tentang asyik orang tu...sahaja yang diajak shoot , bukan tak mahu ambil yang lain tapi komitmen mereka bukan hanya pada DJC masing masing bekerja , kalau nak panggil shoot hari biasa dan kalau nak shoot hari sabtu dan ahad, DJC pula tiada tetapi setelah ada "photog rasmi DJC " ... senang lah sikit , hanya tunggu dia tak der JOB photo shoot akan dilakukan .


So , unt next round , bakal bakal pemenang pencarian model seisi 2012/13 harap mereka bolehlah melapangkan waktu mereka untuk tujuan photo shoot so boleh lah DJC selalu  panggil adik adik  unt tujuan photo shoot .Jom kita tengok sedikit sebanyak gambar gambar gandingan mereka .














No comments:

Post a Comment