SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday 4 June 2012

PERKENALAN DENGAN PESERTA AKHIR PENCARIAN MODEL DJC

Rajin pula jari jemari nie untuk menulis lagi dan lagi cerita cerita yang telah berlalu , tetapi cerita ini lah sebenarnya akan menjadi sejarah bagi DLIA JANE COLLECTION , mana lah tahu jika ada rezeki DJC akan bertambah maju dan maju dan perkara perkara yang dituliskan ini akan menjadi sejarah dan bukti dimana seorang yang buta IT tapi boleh berjaya ....cewahh berangan lagi aku nie , tapi kalau tak berangan atau pasang angan angan mana boleh berjaya , perlu ingat angan angan tu penting untuk berjaya , TAPI berangan mesti disusuli pula dengan usaha ....

Sebelum jauh tersasar , dari terus menaip perkara perkara yang tiada kena mengena dengan tajuk jom kita ke landasan yang betul .... hmmm... OK 10 PESERTA TERAKHIR ... JOM KITA jom kita ambil patah patah perkataan YUNA biar gambar berbicara ...berjaya ker gambar berbicara ... 

Jika dilihat gambar gambar peserta akhir kebanyakanya muka mereka berminyak dan berpeluh ini adalah kerana tempat kejadian iaitu di Old Town WHite Cofee Bangsar South keadaan yang agak panas , bukan tiada hawa dingin tapi masih panas ... so jangan dikomen tentang perkara ini yer ....



Peserta 161 ( GROUP 9 )

FB : Alya Syaqiera
Berat : 47 Kg
Tinggi : 160 cm
Ukuran Badan : 32 , 27, 37



Komen Dari DJC :
( Peserta yang agak cerewet untuk menjadikan yang terbaik , seorang pendidik yang mengajar disekolah menengah , mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah dari UPM.Baru mendirikan rumahtangga pada Mei 2012 yang lepas walaupun agak sedih kerana tiada jemputan , tetapi pihak DJC dan seisi keluarga ingin menyucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahgia sehingga akhir hayat bersama suami tercinta )

















FB : Emylia Bt Mustafa
Berat : 50 Kg
Tinggi : 164 cm
Ukuran Badan : 36 , 29, 33





Komen Dari DJC :
( Peserta yang berasal dari negeri yang sama dengan DJC iaitu Negeri Sembilan , secara pribadi Kak Nor suka dengan cara Emylia , lembut dan merendah diri , walaupun Emylia datang photoshoot pada 17 April 2011 dan tidak berapa pandai untuk pose tapi belianu masih mahu bertanya kepada model yang telah mencipta nama ketika itu MYRA , teruskan dengan kepribadian awk yer .... )















Peserta 076(GROUP 4)

FB : Nursyamira Sejali
BERAT : 43 kg
TINGGI : 161 cm
UKURAN BADAN : 32,26,34





Komen Dari DJC :
( Peserta yang berasal dari negeri Pulau Mutiara , Pulau Pinang satu perkara yang pihak DJC suka adalah beliau bersikap "confident" dan berwawasan tinggi mana kan tidak walaupun beliau dari Pulau Pinang tapi beliau memberi tahu kepada kami yang beliau sanggup berulang alik dari PP ke KL , syabas ..... inilah antara sikap untuk orang yang akan berjaya )



Peserta 069(GROUP 4)

FB : Gu Rl
Berat : 50 Kg
Tinggi : 161cm
Ukuran Badan : 32 , 27, 34




Komen Dari DJC :
( Peserta yang datang pada hari tersebut dalam keadaan yang bertongkat , walaupun dalam keadaan yang kurang sihat pada hari tersebut GuRL telah menghadir kan diri , sewaktu diminta buat cat walk beliau buat juga .... sewaktu photoshoot diadakan bagi peragaan baju DJC , beliau datang dalam keadaan kaki yang masih tidak sembuh , cara dan tingkah laku beliau sangat sangat lembut )




FB : AZZAHARAH WARDINA ZAZULI
Berat : 59 Kg
Tinggi : 170 cm
Ukuran Badan : 34,28,36





Komen Dari DJC :
( Peserta yang paling tinggi dalam group "Finalist Pencarian Model bagi DJC " tidak menonjolkan diri , walaupun banyak istimewa dengan gadis tinggi lampai ini , bila dimekap sewaktu photoshoot wajahnya banyak iras YUNA  )



Peserta 151 ( GROUP 8 )

FB : Iylia Fatina

Berat : 49 Kg
Tinggi : 156cm
Ukuran Badan : 34, 25, 36






Komen Dari DJC :
( Peserta yang menarik diri , selepas terpilih ke Finalist , nasihat DJC untuk akan datang jangan masuk pertandingan jika tiada keyakinan diri ,seperkara lagi jika perkara ini berlaku ianya sebenarnya menyusahkan kedua belah pihak  )





Peserta 104

FB : Nurfarahin Binti Othman Full

Berat : 50 Kg
Tinggi : 160 cm
Ukuran Badan : 34 , 25, 36





Komen Dari DJC :
( Peserta yang satu ini adalah juga merupakan pelakon , banyak juga lakonan nya yang telah disiarkan di TV , secara keseluruhan beliau amat amat merendah diri , walaupun beliau telah menceburikan diri dalam bidang yang Glamor   )







No.Peserta :118

FB : BabyFida Hadip
Berat : 44 Kg
Tinggi : 158 cm
Ukuran Badan : 32 , 25, 34




Komen Dari DJC :
( Antara peserta "kesukaan " DJC walaupun pihak kami "suka" tetapi beliau tidak mendapat sebarang keistimewaan bagi pemilihan ke Final ini . Beliau merupakan anak didik model dan pengacara terkenal ESM , gaya dan lentokan badan yang amat menarik   )






Peserta 053(GROUP 3)

fb : misha musa
berat : 65kg
tinggi : 166cm
ukuran badan : 36 30 38





Komen Dari DJC :
( Satu satunya peserta yang join contest ini yang telah mendirikan rumahtangga dan telah mempunyai anak , ini membuktikan pihak DJC tidak memilih status , yang penting ianya memenuhi kateria untuk mempamerkan product kami iaitu DJC   )




Peserta 123(GROUP 7)

FB : Nadya Syafanis Rosli

Berat : 42 Kg
Tinggi : 158 cm
Ukuran badan: 34, 25, 34





Komen Dari DJC :
( Ada tak iras muka muka pelakon Heliza ..... kecil kecil cili padi pandai bergaya cik nadya nie tau , satu lagi kalau shoot bersama beliau tak kering gusi , asyik ketawa sahaja  , kawan baik kepada Baby Fida Hadip   )


















Stay tune , hingga berjumpa lagi untuk keputusan pemenang 5 orang yang terbaik dan 5 orang ini lah yang akan memperagakan product product DLIA JANE COLLECTION secara berkala sepanjang 2011/2012

2 comments:

  1. Salam.mintak tlg sila delete sume gambar emylia mustafa tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas alasan apa pihak DJC ingin delate gambar tersebut ... salah satu perjanjian antara kami adalah gambar yang kami ambil adalah menjadi hak milik kami .Sila rujuk kembali syarat penyertaan .Sila berjumpa secara perbincangan antara kedua belah pihak untuk melihat kembali perjanjian tersebut . Tetapi semua perkara boleh berbincang .

      Delete