SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Sunday 30 September 2012

Tajaan Percutian Bersama Pemenang Model DJC (1) - Part 2




Alhamdulillah itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut DJC kerana hajat dan janji kepada semua pemenang pencarian model Dlia Jane Collection terlaksana dengan jayanya , jika ada yang tak tahu sebenarnya percutian ini adalah salah satu hadiah kepada mereka yang terpilih sebagai model DJC seisi 2011/2012 .

Sebenarnya mereka menjadi model DJC sehingga hujung tahun 2012 , maka dengan perginya percutian ini maka selesailah sudah perjanjian yang dibuat oleh pihak DJC , dan tugas mereka dengan kata lain tertunailah juga kerana terikat dengan perjanjian yang ditandatangi antara pihak DJC dan beliau sendiri .

Bila kita baca ada perjanjian macam official kan ... tapi itulah sehelai kertas putih yang DJC akan simpan sebagai bukti bahawa SEMUA GAMBAR 5 model seisi pertama ini adalah menjadi  hak milik kekal DJC walaupun setelah kontrak mereka habis .Semua terma dan syarat mereka telah tandatangan tanpa sebarang paksaan dan DJC yakin tiada istilah mempergunakan mereka sebagai model DJC sepanjang tempoh perjanjian dan selepas tempoh perjanjian tersebut .

Alhamdullliah juga DJC menbuat pilihan yang tepat dimana kesemua model model seisi 2011/12 telah memberi kerjasama yang terbaik ....  harapan DJC semoga kalian akan suksess  dalam bidang yang diceburi . Semoga DJC menjadi platform memajukan lagi atau anda menjadi lebih dikenali dalam bidang yang anda ceburi .

Setelah melalut panjang lebar tak seronok kalau tiada gambar bagi menceriakan lagi perjalanan cerita ini . 

Seperti yang semua sedia maklum catatan part 1 :-
ada dinyatakan dimana dan bila tarikh kejadian , maka DJC tidak akan nyatakan lagi perkara yang telah dinyatakan , so kalau nak tahu sila rujuk link yang diberi .

28 Sept 2012 
Keluarga DJC terdiri dari abah & ibu Tersayang yang join percutian ini , suami dan kesemua anak anak DJC yang terdiri dari Muhammad Aniq Ajeeha , Muhammad Adiq Ajeeha dan Dlia Nigeena Jane telah ke Parkland Apartment Cemeron Highland . Kmai telah pergi dahulu sehari sebelum "model model DJC " dan tetamu khas yang mengikut percutian tajaan ini .

Sebelum sampai ke Parkland Aparatment hati memang tak sedap kerana risau sangat yang keadaan Apartment yang tidak baik almaklum kita nak memberikan percutian kepada orang kalau tak sempurna tak sedap pulak kan , so DJC amat berharap semoga semuanya berada dalam keadaan yang terbaik .

Alhamdulillah sampainya DJC kesana maka semua nya adalah sama seperti web site yang dilihat , memang DJC lega sesangat dan berharap kalian yang join percutian ini akan selesa dan suka almaklum perjalanan dari KL ke Cemeron bukan nya dekat .

Bagi yang inginkan tempat tinggal yang selesa dan harga yang berpatutan sila ke link dibawah ini , DJC tiada dapat apa apa komisyen hanya berkongsi maklumat ...
Parkland Apartment Cemeron Highland - Apartment 3 bilik  

Oleh kerana DJC menyewa direct ke pihak Apartment so harga yang DJC bayar adalah RM460.00 untuk satu Apartment , tetapi kalau nak lebih rendah harga yang ditawarkan anda boleh ke 
Percutian Harga Rendah Agoda
tetapi harus diingatkan jika kita booking melalui agoda pastikan kedudukan bilik Apartment yang akan kita dapat kerana perlu diingatkan yang Apartment ini tidak mempunyai kemudahan lif ...hmmmmmm so kalau booking melalui Agoda kebarangkalian akan mendapat tingkat 4 adalah besar ... bermakna ada 8 tangga kita akan naik ...penat tuuuu .

Pada sebelah pagi 29 hb Sept 2012 
DJC bersama keluarga tersayang telah pergi ke ladang strawberry dan ladang kaktus saja saja nak membuang masa untu k menunggu ketibaan para jemputan semua datang , semasa nie hand phone pulak buat hal , bateri kong risau yang amat lah sbb risau mereka semua call atau sms info terkini .Alhamdulillah masaalah dapat di selesaikan memang betul banyak terima sms . 

Pada pukul 11 pagi ramai yang memberi info kata mereka dalam perjalan ke Cameron Highland .  Suasana kat Cemeron nie kalau hari sabtu dan Ahad rupanya memang teruk jem nya so pada permulaan DJC ingat nak ke ladang teh BOH tetapi ambil keputusan abah tersayang untuk berpatah balik sebab jem teruk 

So ambil keputusan untuk ke Apartment kembali sambil menunggu mereka semua sampai waktu ketika ini adalah pukul 1.30pm .


Tetamu yang paling awal sampai adalah rakan rakan dari tempat kerja DJC iaitu Hapisah , Sha dan Aida . Bila mereka sampai DJC telah memperkenalkan kepada kedua ibu dan abah DJC so sementara menunggu ketibaan tetamu tetamu yang lain ibu DJC yang memang terkenal dengan mesra orang tu bercerita dari A ke Z semua cerita keluar ...lalallalallala .

Dalam masa 30 minit kemudian model DJC pemenang pertama seisi pertama iaitu DEYNA sampai bersama tetamu khas DJC iaitu kak Zila dari NURUL MAKE OVER bersama kedua orang puteri beliau dan juga suaminya ....terima kasih kak dan abang kerana bersusah payah dari KL ke sini .

kemudian diikuti oleh MISYA MUSA bersama suami dan 4 orang puteri yang comei comei ... boleh tahan lasak juga anak anak misha nie yer , tapi memang comey lebih lebih lagi si kembar tu , anak sulung Misha seiras ibunya .

Palaing akhir yang sampai adalah BABY FIDA , NADYA dan FARAHIN .Bagi yang tak tahu dan ingin tahu ...Farahin nie pelakon tau , masih belajar di ASWARA .Pernah tak melihat lakonannya , banyak juga yang Farahin lakonkan .

Semua akhirnya telah sampai , setakat disini dulu DJC berceloteh nanti kita sambung lagi .

Bye dan jumpa lagi yer .


Mungkin ada berminat unt membaca cerita ini :-
Sejarah Tercipta Dlia Jane Collection - Part 1 


Kesinambungan cerita dari topik ini :-
Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 1 










Tuesday 25 September 2012

Bekas Atlet SUKMA Antara Yang Menghiasi pentas pencarian akhir model DJC seisi 2012/13

Gadis yang memiliki kulit yang putih kuning  ini berasal dari Negeri Sembilan. Beliau yang berusia 24 tahun ini dilahirkan pada 21/03/1988. Tidak hanya berbekalkan wajah yang cantik, beliau juga memiliki Diploma Pembuatan di Politeknik Port Dickson dan sedang menuntut di Universiti Kuala Lumpur bagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dalam Rekabentuk Perindustrian.
Tidak di sangka-sangka di sebalik kelembutan liuk lentuk tubuhnya memperagakan pakaian, beliau merupakan bekas atlet bagi Negeri Sembilan dan pernah mendapat pingat gangsa di dalam Sukma 2008 dalam sukan Karate-do.

Antara Gambar yang diambil semasa menjayakan program "photoshoot" 
Collection Royal Raya - Zery Zambry 


by Jueis Bridal collection






Beliau pernah terlibat di dalam photoshoot bersama Sentuhan Wan Eiza dan Persona Kaseh bagi  busana pengantin, Projek Flower Theme bersama Napie Moksin, photoshoot bersama Hisam Mohd Said dari Hijjab Collection, Personal Photoshoot bagi Theme Antigonis Pose-style, Liza Baharuddin Theme Santai, Ala'sangratu Theme, Arabic Theme, Head2Toe Boutique bagi High Fashion dan juga ESM Collection.






Beliau juga sering terlibat di dalam pertunjukan fesyen dan di antara penglibatan beliau adalah Pameran Pengantin 2011 di PWTC bagi Busana Pengantin Atlia Armani & Bellammar's, Jueis Bridal dan Kekabu Wedding di Festival Pengantin Malaysia, Demo Catwalk bersama Saffiya bagi rangkaian TV9 di MSU Shah Alam, pertunjukan fesyen bersama ‘Women of Malaysia’ dan memperagakan pakaian Muslimah bagi Mariamah Collection, Sri Kapas Boutiqe, Chinese Collection dan Hidayah Collection. Beliau pernah mendapat tempat pertama bagi Pertandingan Catwalk anjuran Empayar Siti Murni dan tempat ke-6 bagi Pencarian Model Festival Pengantin Malaysia 2011.














Tidak hanya pada pertunjukan fesyen, beliau juga terlibat  dalam ‘Runway’ iaitu bagi Niew Ladies Carnival untuk Online Hijab Boutique,  Modesty In Style (YODA) di PWTC dan Reflection Event bagi Pestalina dan Shopspksweetheart. Beliau juga terlibat dalam promo TV bagi Empayar Siti Murni dan Koleksi Royal Raya dari pereka terkenal Zery Zamry di TV9, makeover bersama Ronasutra bagi majalah Mingguan Wanita, juga terlibat dalam Project Express Studio Photoshoot oleh Nurizq dan di dalam Gadisku Ipad bagi Butik BottonMybottons bersama Harian Metro.
Beliau yang kami maksudkan adalah Siti Syaidatul Akmal

Salam tahniah dari kami....

Saturday 22 September 2012

Sesuatu Yang Baik Hanya Untuk Yang Terbaik - Jom Kita Kongsi Bersama

 Kerap kali DJC terpandang dan sekali gus terbaca kata kata yang indah yang diletakkan FB , sungguh indahnya bahasa kita , kekadang tanpa tersedar kata kata tersebut menyedarkan kita sebagai insan kerdil disisinya , ada juga kata kata yang akan membuat kita terkenang kesilapan kesilapan yang berlaku pada sewaktu dahulu lalu kita akan menyesal akan perbuatan tersebut , itulah antara kata kata atau tulisan yang baik didengar dan dibaca TETAPI amat memalukan , jika ada diantara kenalan kita , adik beradik atau sedara sepapat kita yang mengeluarkan kata kata yang agak "kurang ajar " dan tidak senonoh tertera didada dada FB , salah satu orang diluar yang tidak mengenali kita secara mendalam adalah dari segi bahasa dan kata kata yang dituliskan , pilihan adalah terletak pada diri sendiri mana yang baik dan mana yang tidak baik terserah pada diri sendiri yang mana kita perlu ikut dan hindarkan .

Ini adalah antara ayat ayat atau tulisan yang indah dari koleksi DJC unt tatapan semua , harapan DJC semoga kita kongsi bersama perkara yang baik baik nescaya bahagian kita ada "disana" ...insyaallah

Harta yg paling menguntungkan ialah SABAR.
Pengawal peribadi yg paling waspada ialah DIAM.
Bahasa yg paling manis ialah SENYUM...

Cubalah kita renungkan kata kata indah ini , nescaya kita akan menjadi insan yang sempurna Insyaallah ...
kata kata ini , DJC ada letakkan di FB DJC pada 22 Sept 2012 semoga ayat yang semperna ini dapat dikongsi bersama .
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam hidup, belajarlah utk menghargai apa yg kita miliki, sebelum waktu mengharuskanmu menghargai apa yg PERNAH kita  miliki......
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Gunalah kata-kata ini dalam kehidupan seharian:

Bila gembira : ALHAMDULILLAH
Bila terlupa : ASTAGFIRULLAH
Bila terkejut : MASYA ALLAH
Bila berjanji : INSYA ALLAH
Bila marah : LAILAHAILLALLAH

Amalkan...INSYAALLAH hidup akan lebih bahagia...
posted as at 19 Oct 2012 
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Tertarik kepada motivasi pagi tadi , antara isi kandungannya adalah SUAMI ROMANTIK vs LELAKI ROMANTIK , memang mantap dan rasanya 100% kebenarannya
Beliau memberitahu masa bercinta kalau duduk dalam kereta 6 jam pun rancak berbual dan ketawa dan tersenyum semuanya indah sahaja , sambil tangan memengag tangan -,< ini dinamakan lelaki romantik > TETAPI bila dah nikah seorang memandu seorang lagi TIDOR atau kalau tidak pun seorang memandu seorang lagi layan tab,note dan sebagainya .

Duhai suami suami diluar sana lebih lebih lagi yang telah bernikah lebih 3 tahun jadiklah kamu suami romantik , sebenarnya wanita yang bergelar isteri memang dambakan suami romantik .- stament ini bukan mengatakan yg semua lelaki begitu yer KEBANYAKANNYA .... kepada yang mempunyai suami romantik tu anda benar benar bertuah TAPI bukan hanya romantik depan orang itu MELUAT namanya .

*** kesimpulannya :
Tidak usahlah percaya sangat lelaki yang bermulut manis sewaktu bercinta , kerana bila sudah bernikah semuanya tidak akan sama .
updated as at 20 October 2012 8.20am
--------------------------------------------------------------------
 

Friday 21 September 2012

Gadis Bermata Cantik Antara Peserta Akhir Pencarian Model DJC Seisi 2012/13



Gadis yang memiliki sepasang mata yang cantik ini dilahirkan pada 10 September 1986 dan kini telah pun berusia 26 tahun. Berketinggian 160 cm dan berat 48 kg, menjadikan beliau menepati ciri-ciri yang diperlukan oleh sebagai model dengan ukuran badan 32-25-37.

Meminati bidang modelling tidak langsung menggangu pekerjaan beliau sebagai Pegawai Teknologi Makanan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan di UKM tahun 2009.

Wajah Gembira Sewaktu Sah Bergelar "Tunangan Orang "

Photoshoot Frens ESM Colourful Theme


Beliau yang telah pun bertunang ini gemar menari, membaca dan melancong dan berpengalaman luas dalam bidang peragaan dan menjadi model bagi Butik Mama, Finalis bagi Butik Dlia Jane Collection, Izwanizzati Pretty Collection, Butik Umyra Collections, Al Shawls Online Boutique,  Zira Collection, Butik Pengantin Sentuhan Nadhira, NMS Bridal Collection, Butik Semarak Kasih Erin Nanie Wedding Planner dan NBC Walk of Fame Model.

   Pencarian Duta KrulMATRIC 2011


Beliau juga turut menyertai pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Butik Warisan Cinta, Zattera Apparels , Busana Traditional 1Malaysia oleh ASKOPUTRA,  NMS Potluck Event
dan C's Team. Kelebihan yang dimiliki menjadikan beliau sePencarian Duta KrulMATRIC 2011bagai duta kepada KrulMATRIC Photography & Services 2011 dan Duta Kecil kepada Empayar Siti Murni. 


Photoshoot bagi " BUTIK MAMA "


first Catwalk at Modelling Competition by C's Team

 

ANTARA GAMBAR YANG TELAH KELUAR DIMEDIA CETAK 





Di antara pencapaian beliau adalah menjadi Semi-finalis Pencarian Model Sinar Inspirasi oleh Orange Photography, Finalis Pencarian Model Tudung ESM-Qaisara, tempat ke-5 bagi Best Group for Wedding Classic & Modern Event, tempat ke-2 bagi Pencarian Model Muslimah Video Klip 'Satu' Razzi Rahman, Pemenang bagi Pencarian Model Muslimah oleh Studio Muslim, Pemenang bagi Pencarian Model Ara Lee Boutique, tempat ke-3 bagi NMS Collection Next Top Model, tempat ke-3 bagi Pencarian Model Muslimah oleh Dia adalah Ina, Finalis bagi Majalah Gadis Warisan oleh Warisan Chanteq Online, Pemenang bagi Next Al Shawls Icon, Pemenang bagi Pencarian Model Butik Pengantin Sentuhan Nadhira dan Pemenang tempat ke-2 bagi Pakaian Tercantik for 100 Talents Butik Mama.
Beliau yang kami maksudkan adalah  
Aimi Syahirah Shokarny

Salam tahniah dari kami......

Wednesday 12 September 2012

Gadis Manis Lulusan Diploma Sains Komputer & IT melebarkan sayap ke dunia Peragaan - Finalist Pencarian Model DJC seisi 2012/13



 Berbekalkan raut wajah yang lembut serta manis, beliau yang memiliki Diploma Sains Komputer dan IT ini dilahirkan pada 24 Feb 1984. 

 Bersama Syarifah Salawati 

 Menghadirkan diri bagi memantapkan lagi "skill" yang sedia ada 

Bersama Pengarah Filem yang Terkenal
 " dalam drama Opera Sabun "

Beliau yang masih bujang ini bergiat aktif dalam bidang peragaan dan pernah terlibat dalam Pertunjukan Fesyen (catwalk) bagi Perasmian Adeq Agensi, Karnival Pengantin di Maju Junction dan Kolej Geomatica di Sg.Wang Plaza, Bukit Bintang.

 

 Terserlah keayuan nya



Beliau pernah menjalani ‘photoshoot’ bagi Butik Andaman Mas Hulu Langat dan butik secara online sempena Hari Raya. Turut mengikuti acara muslimah D’Colour, beliau juga sering terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh Hafiz Azmi dan beberapa peragaan seperti bagi produk Skin Collagen, Afra Butik dan Majalah Stailista.

Berbakat besar dalam bidang lakonan membuatkan beliau pernah ditawarkan berlakon sebagai pelakon tambahan di dalam drama Opera Sabun untuk saluran RTM dan di dalam video klip Ramlah ram.

Kecantikan yang dimiliki telah menjadi batu lonjatan kepada diri  beliau untuk menjadi usher bagi sukan anjuran Bank Rakyat dan konvensyen sempena Hari Pengguna.



Pandai bergaya dalam semua keadaan


Beliau yang kami maksudkan adalah MASZURA BINTI MOHAMMAD YUSOF atau dikenali sebagai Mutiara Emas  .


 Salam tahniah dari kami....

Tuesday 11 September 2012

AL-Fatihah untuk YASMIN JOHAN - Pergi tak kembali

Tak tahu kenapa seperti ada kuasa magnet yang memanggil aku untuk melihat blog ini , aku tak pernah kenal siapa YASMIN BT JOHAN , kenapa harus aku ingin tahu tentang dia kenapa ?? mungkin juga aku tidak boleh menipu diri sendiri kerana dalam usia yang muda iaitu 16 tahun dia telah meninggalkan seluruh orang yang disanyangi dan menyayangi beliau . Kematian nya juga secara pribadi dari aku amat tragis dan ada yang boleh kita kongsi bersama  dan semoga kita ingat yang kematian tidak mengira umur .
( sudah kah aku bersedia untuk kealam tersebut ..huhuhuh , cukup kah sudah amal ibadat ku .. bagaimana pula anak anak aku ... banyak sungguh perkara yang terlintas dibenak pemikiran aku ketika membaca tentang Arwah Yasmin ini )

Dah alang alang buat tulisan tentang arwah izinkan aku menceritakan apa yang aku dapat dari blognya dan page FBnya yang sekarang dikelolakan oleh ibunya sndiri . FB Arwah Yasmin Johan sebelum kita teruskan pembacaan kita marilah kita sama sama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah adik Yasmin yang telah pergi tak kembali pada 3 June 2012 (11.50PM) yang lalu .

Kepada ibu arwah , DJC ingin menyucapkan takziah , dan harap beliau tabah mengharungi penderitaan yang amat besar yang diberikan oleh Allah , dan harap sangat kak Sazlina Shahriman Shah redha dan rela dan sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan dugaan kepada kita jika kita tidak mampu menaggung dugaan tersebut , saya yakin kak Sazlin boleh ...Insyaallah , memang benar saya yang tak kena apa yang menimpa apa yang akak tanggung boleh senang mengeluarkan kata kata tersebut , cuba kalau saya yang kena bagaimana ... DJC sendiri tak terjawap jika soalan ini akan ditanya oleh kak Sazlin .....

Bila hati dah nak tahu , jadi DJC cuba search berbagai bagai info untuk mengetahui cerita disebalik kematian Arwah Yasmin ini , dan apa yang DJC tulis disini adalah hasil usaha kerana ingin mengetahui tentang Arwah ... Sesungguhnya kamu insan yang amat amat istimewa nak..... Semoga syurgalah tempat mu ... Insyaallah .

Secara ringkasnya Arwah Yasmin Johan atau Yasmin J Hunwick adalah seorang yang suka menulis blog dan berumur 16 tahun berada didalam tingkatan 5 dan bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini , dah ketentuan menentukan beliau pergi tanpa sempat menduduki peperiksaan SPM tersebut . Arwah  merupa anak sulung kepada pasangan Encik Johan & Puan Sazlina . Arwah meninggal setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Langkawi .


Jom Kita Baca Biodata Arwah :-
 ( Yang dicopy terus dari blog Arwah )

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com




Sebelum kemalangan menimpa arwah , arwah ada memuat naik gambar sebuah buku 
7 Malam Pertama di Alam Kubur
dan
 "tweet" di Twitter mengenai mimpi buruk yang beliau alami . Nampaknya arwah sudah b'sedia lebih awal sebelum ke alam barzakh..
Sumber dari twiter Arwah  





Titipan Ucapan Khas Dari Ibu Arwah Yasmin J Hunwick


Titipan ucapan dari Puan Sazlina

DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com) saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu, kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi, cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah, Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas) yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP, YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn. Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2 mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama (Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu) sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi (McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz. Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah telah pergi membelinya di ‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat


BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.


Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


Keratan Akhbar Berita Harian (METRO)  
LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.” Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam. Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U. Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya. Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan. Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi. Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian. “Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur. “Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya. Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.
***Seperti yang ditulis oleh ibu arwah , kepalanya tidak pecah hanya banyak berdarah ,sila abaikan maklumat tersebut - ini merupakan perbualan rakan rakan arwah yg berada ditempat kejadian semasa kejadian .
 Polis ambil keterangan dari pemandu van
 Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya


Kelibat arwah ada pada vidio ini , sila rujuk pada running time 2.42 

Gambar Raya keluarga Arwah Yasmin pada tahun 2012


Zaete Zafran "Senior Account Executive" Ke Dunia Peragaan - Finalist Pencarian Model DJC seisi 2012/13

Gambar yang diambil sewaktu photo shoot yang diadakan premise kedai  
Dlia Jane Collection di Putrajaya   

Gambar bersama 2 orang anak beliau dipagi syawal 2012 

Mungkin ramai yang tidak akan percaya beliau ada ibu kesangan kepada Zafran Mikhail dan Zafri Mizwar   , ini adalah kerana selain dari wajah yang jelita dan menarik perhatian orang yang memandangnya  beliau juga mempunyai potongan badan presis anak dara .
Ini membuktikan bukan sahaja anak dara yang boleh menjadi peraga produk yang berjaya 


Berusia 31 tahun pada tanggal  29 Mei 2012  , dan mendapat pendidikan akhir dengan pencapaian yang amat baik iaitu Sarjana Muda Perakaunan dari UITM .





Pemilik butik butik pengantin kerap mengambil beliau unt memperagakan baju baju busana pengantin milik mereka , kejayaan beliau dalam dunia peragaan membuktikan bahawa wanita telah berkeluarga dan berpelajaran tinggi juga boleh berjaya dalam dunia peragaan .





Tidak ketinggalan wajah beliau sering kelihatan di majalah majalah yang berkonsepkan wanita dan perkhawinan , dengan bermodalkan wajah yang bersih dan jelita para pemilik butik tidak meragu lagi dengan keupayaan beliau memikul tanggungjawap sebagai menetengahkan product mereka .

Beliau yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan peraga glomour kita 
 Zeata Zafran .