SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday 1 October 2012

Pemenang Ke 5 seisi 2011/12- Pencarian Model DJC - Berita terkini

Cerita tentang gadis ini Nadya 
Jom kita clik dan baca , di sini kita dapat lihat perbezaan ketara dari terdahulu dengan yang terkini , masa mengubahkan segalanya begitu juga dengan gadis manis ini .

Jika dulu wajahnya agak kusam kini wajahnya ceria dan telah mempunyai kenyakinan terhadap diri sendiri , gadis ini amat riang dan tegas yang paling penting sentiasa beringat bila ingin mengeluarkan sebarang komen .

Walaupun masih muda tetapi pemikiran nya setanding orang yang telah matang dan berpengalaman .

 Cantik dan ceria sahaja nadya kan , tenang melihat lirikan senyumannya 

Beliau telah memperolehi Sarjana Muda dalam jurusan yang diminati oleh beliau sendiri iaitu Pengurusan Sistem Pejabat . Terkini gadis manis ini juga telah aktif dalam perniagaan yang ditubuhnya selepas tamat pengajian .

Gadis manis ini juga kerap keluar di rancangan rancangan yang melibatkan wanita di rangkaian TV3 . Terkini wajah beliau telah menghiasi rancangan NONA .


Oleh kerana wajah yang ceria dan mempunyai senyum yang manis , gadis ini tidak lokek berkongsi ilmu cara memperindahkan lagi penampilan dimana beliau sering mengajar siapa yang bertanya bagaimana lilitan tudung yang beliau selalu lakukan sama pengambaran pengambaran yang diadakan .

 Percutian bersama sama dengan pemenang DJC seisi 2011/2012 , anda semua kesayangan akak
percutian di Cemoron Highland ini merupakan sebahagian dari ucapan Terima Kasih dari kami unt kalian semua ... Nadya Terima Kasih


Bagi gadis bertubuh kecil ini , walaupun susuk tubuhnya kecil tetapi berikan sahaja apa juga pakaian untuk tujuan di peragakan , Insyaallah pakaian tersebut akan serasi sahaja dengan beliau . Tidak banyak kerenah adalah salah satu sebab yang membuatkan gadis ini cepat menaikkan nama beliau di pesada peragaan . Disamping itu beliau sungguh pandai bermain dengan warna bagi menimbulkan mood bagi satu satu gambar yang akan diambil kelebihan ini membuatkan photog amat senang bekerjasama dengan beliau .

Kau yang terindah ...... Antara kenangan yang berharga dalam hidup DJC kerana mengenali dirimu
Semoga kita tetap berhubung antara satu sama lain


Tahun sudah NADYA SYAFANIS ROSLI telah dinobatkan sebagai pemenang tempat yang ke 5 dari 10 orang yang masuk ke peringkat akhir , ketika itu penyertaan bagi pencarian model DJC lebih dari 100 penyertaan , akan tetapi beliau antara yang terbaik dari yang terbaik .

Ucapan kami dari pihak pengurusan DJC semoga NADYA akan berjaya  dalam bidang yang  dan juga perniagaan yang diceburi , semua perkara jika kita lakukan dari bawah dan ditambahkan dengan usaha serta doa Insyaallah kita akan berjaya , ucapan kami dari DJC semoga anda sukses dan lebih berjaya dimasa depan .

 Oppssss.... ok ker

Terima kasih kerana memberi kerjasama dengan pihak DJC selama ini , segala kerjasama yang diberikan kami dari DJC mengucapkan Terima Kasih . 

Gambar yang diambil semasa memakai pakaian pengantin dari DJC , Insyaallah 2013 DJC Bridal Gallery akan dibuka doakan DJC yer  , Gambar adalah semasa Event Pencarian Model Bagi DJC seisi 2012/2013


Gadis Manja Kacukan Melayu Cina Berjaya ke Peringkat Akhir Pencarian Model DJC

Raut wajah yang ayu dan lembut telah menjadikan beliau di antara finalis bagi Pencarian Model Dlia Jane tahun 2012 / 13. Gadis kacukan cina dan melayu ini dilahirkan pada 29 Ogos 1987 dan baru berusia 25 tahun.
 
Tidak hanya berbekalkan kecantikan semata-mata, beliau juga cemerlang dalam bidang pendidikan kerana memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Uniten. Beliau yang merupakan pereka bentuk infrastruktur bangunan di syarikat Arup Jururunding dalam bidang Kejuruteraan Awam ini, mula berkecimpung dalam bidang modeling selama setahun setengah.

Beliau bukan hanya memperagakan pakaian pengantin sahaja, beliau juga memperagakan produk lain seperti jubah dan tudung. Di antara butik yang pernah menggunakan khidmat beliau adalah Butik Mama, Butik Delfira, Butik Alqilah Fabrik, Butik Busana Hawa dan juga beberapa butik pengantin yang lain.
Wajah beliau juga pernah beberapa kali menghiasi majalah Dara, Wanita dan Harmoni dan pernah terlibat dalam pertunjukan fesyen bagi butik pengantik dan Butik Mama.

Beliau yang kami maksudkan ialah  
Nur Zafirah bt. Mohd Noor
 
Salam tahniah dari kami………..











Kegalan Pertama Tidak Mematah kan Semangat - Dulu Gempal Kini Langsing

Bertuah kerana memiliki raut wajah menawan dan mata yang galak, beliau yang berusia 28 tahun ini telah pun mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Azmarisham bin Maat dan juga ibu kepada Iman Alisya. Beliau yang mempunyai kelulusan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M) ini, bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah syarikat swasta di ibu kota.




Beliau berpengalaman luas dalam bidang modeling dan pernah terlibat dengan Peragaan Busana di Festival Ramadhan Sg.Wang Plaza anjuran bersama Kementerian Kesenian dan Pelancongan. Beliau juga sering dipanggil untuk memperagakan pakaian dari butik-butik untuk Majalah pengantin seperti RAJA SEHARI dan STAILISTA dan menjadi model untuk Produk Kesihatan MAHKOTA DEWA.












 
Beliau yang pernah menjalani shoot bersama Majalah Suksess bagi keluaran September 2012 ini, pernah menyertai Pencarian Model Dlia Jane Collection sebelum ini tetapi gagal mara hingga ke peringkat akhir , hanya kerana tubuh dahulu agak gempal kini beliau telah berjaya melangsingkan badan dan kelihatan lebih anggun bergaya .

Kegagalan pertama tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk mencuba lagi pada tahun ini dan akhirnya melayakkan beliau hingga ke peringkat final.

Beliau yang kami maksudkan adalah Merley Liana binti Kahiri

Salam tahniah dari kami……..