SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 6 November 2012

Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 4

Kesinambungan cerita dari topik ini :-
3)Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 3 


Tak perlulah nak mukadimah bagai so kita direct ke cerita sambungan nya so kami semua masuk lah kedalam kawasan paling hadapan kat area kilang tu , kalau nak ke kawasan kilang tu perjalanan ambil masa lagi dalam 5 minit , rezeki tak der so kami hanya berposing kat depan sahaja , nampak jugalah kehijauan teh tersebut . Adalah lebih baik dari tak dapat nak tangkap kat ladang teh .

Setelah Mr.Hubby sibuk mencari sudut sudut unt dia shoot gambar , kami semua sibuk pulak mengambil gambar , dalam part ke 3 yang lalu DJC ada nyatakan yang ada lagi yang mengikuti percutian ini selain 5 orang model DJC , 3 "gadis Jelita " , keluarga DJC semuanya dan seorang lagi yang sudi mengikuti percutian ini adalah kak zila , kak zila nie kalau diFB dikenali dengan nick NURUL MAKE OVER , so carilah kat FB kalau nak tengok sentuhan berbisa dia , ok . Rasanya ramai yang kenal dengan kak zila nie dia nie memang masuklah dengan kepala DJC so far DJC happy bekerjasama dengan dia , Insyaallah semoga hubungan persahabatan antara dia dan DJC akan berpanjangan sehingga ke JANNAH , Insyaallah .




Ini lah dia kak zila dari Nurul Make Over 
Percaya atau tidak , yang DJC baru pertama kali berjumpa setelah hampir setahun bekerjasama dengan DJC , selama nie hanya berbual secara chat dan calling calling .

Walaupun kak zila nie kakak , DJC tak nampak macam kami nie banyak beza umurnya macam sebaya kan , dan sudah tentu kak zila AWET MUDA .

** Kak zila yang bertudung tu , manakala yang tak bertudung tu DJC lah susah tau nak tengok gambar DJC , almaklum low profile ....hehhhe

 





Yang nie pulak , kami ambil gambar bertiga , yang tengah tu antara "Gadis Jelita" dengan ucapan jelita ker , siapa yang baca nie buat seperti arahan tau , letak tangan didada dan pandang keatas ... sambil mulut berkata " JELITA KER "

Kami bertiga kalau bertemu serentak memang haruk dibuatnya , yang buat kecoh tu mestilah yang tengah , sakit perut dan rasa nak terkucil adalah perkara biasa .

Ketika gambar nie diambil sebenarnya , MR.Hubby DJC sibuk mengambil gambar model model DJC seisi 1 , biarlah mereka ambil gambar kita yang menunggu kalau senyap pun tak guna jugak Mr.Hubby "Baby Fida " pada mula nya senyap dan muka serius pun mula senyum senyum kambing , tapi dia tak lah cam kambing , dia hansome tu , nak tengok gambar dia ..jap DJC suba selongkar almari cari gambar "Baby Fida dan Mr. Hubby "


 Aktiviti disini , hanyalah mengambil gambar , model model bagi DJC kami berada disini sekitar 1 jam ,berbagai bagai aksi yang kami tangkap disini , tujuan shoot kali ini hanyalah untuk memenuhi kalendar aktiviti DJC supaya ada kenangan untuk DJC simpan dimasa mendatang . Pada adik adik DJC sekalian terima kasih kerana sudi memberi komitmen dan menjayakan bagi memenuhi kalender aktiviti DJC pada tahun ini , Insyaallah jika ada rezeki yang berlebih DJC akan berkumpul lagi ... semoga DJC terus berjaya seperti yang direncanakan .
 


Gambar Ihsan dari Baby Fida dan Suami terima kasih pada syam  kerana sudi join percutian nie bersama . Tapi syam memang supporting lah , caya lah .... best ...



  

Deyna sangat sangat profesional lah awak .. tak sempat nak bergosip gosip gan dia sepanjang di Cemeron Highland , semoga bahgia dengan pilihan yang akan awak buat , DJC sentiasa sokong awak .Tetapi masih mengharapkan "bersama selamanya" .


Gaya seorang yang sakit perut , kesian kat Farahin apa apa pun tabik spring lah kat awak sebab masih tersenyum walaupun sakit perut .

Fida kat sana ditemani oleh Mr Hubby so wajah tak yah nak khabrlah memang sentiasa ceria ..riang dan gembira .

 Seorang lagi adik manis DJC yang sentiasa no hal semua dia ok tak pernah tak ok , suka sangat kat dia tau 


Ini lah dia wajah yang sungguh "POPULAR" wajah ada dimana mana , betul tak misha ... wajah misha menjadi penghias van bagi product jamu terkenal , tapi Misha tetap seperti dulu masih "low profile" dan peramah , siapa kata kalau dah terkenal akan sombong ...

Gelagat adik adik cantik DJC ... luv u

Enjoy Time ........

cantik posing mereka ketika nie , bila lah akan berkumpul lagi

kalian semua adalah antara yang terindah dalam perjalanan DJC


Gambar gambar sebelum meninggalkan ladang  "TEH BOH " , gembira kan mereka semua tetapi kegembiraan tersebut rupanya hanya sementara kerana ada kejadian yang tidak dijangka jangka berlaku , kerana kejadian tersebut juga membuatkan DJC agak terkilan kerana kegembiraan tersebut tidak sampai kepenghujungnya . Alhamdulillah Misha dapat terima dugaan yang menimpa nya , mesti ramai yang nak tahu apa masaalahnya ...handbeg misha telah tertinggal kat ladang teh , hanya pada separuh jalan baru misha teringat handbegnya .

Jalan pada perjalan pulang memang teramat jem misha telah patah balik naik ke ladang teh tersebut , spt yang telah dijangkakan kalau dah DUIT memang tak boleh letakkan harapan yang tinggi , apek penjaga tersebut boleh pulak salahkan rombongan kami kerana menganggapkan ada antara kami ahli rombongan yang mengambil beg tersebut . Tetapi semuanya spt sedia kala kami masih meneruskan aktiviti malam kami iaitu makan steamboat meal makanan malam ini juga telah ditaja sepenuhnya oleh abah kesayangan DJC , terima kasih sekali lagi abah .

Kita jumpa pada cerita part 5 dalam sedikit masa lagi .. stay tune yer

ingat nak stop dah tapi terpandang pula gambar kat LT ada gambar yang DJC rasa amat tersentuh hati , gembira dan sedih bila terkenangkan kembali kenangan ini gembira bila fikirkan siraturahim antara mereka berlima amat rapat dan sedih kerana hanya 3 orang sahaja yang sain kontrak untuk terus mempromosikan product DJC , sejujurnya bukan yang tidak terpilih kerana tidak baik tetapi komitmen mereka terhadap kerjaya yang dipilih membuatkan mereka tidak dapat teruskan bersama DJC .

Jom kita layazzzz gambar yang dimaksudkan .Terima kasih pada Deyna atau Misha tak pasti dari HP sapa gambar ini diambil , apa apa pun akak minta gunakan gambar nie yer supaya menjadi sebahagian liputan sejarah antara kita bersama .