SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 11 September 2012

Gadis kacukan Melayu Pakistan dan Jepun - Finalist Pencarian Model Seisi 2012/13

Gambar Yang diambil sewaktu seisi photografi dipremis kedai  DJC Putrajaya

 

Beliau dilahirkan pada 13 April 1985 di Selangor , berdarah kacukan Melayu Pakistan dan Jepun .Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan kini menyambung pengajian di UITM Shah Alam secara sambilan didalam jurusan Sarjana Pengajian Perniagaan MBA dan kini telah pun berada di tahun akhir pengajian . 







 Beliau yang berwajah cantik dan bertubuh kecil ini telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya , En.Adi Aiman Bin Kamaruddin pada 23 Disember 2011 , dan kini beliau hamil 36 minggu , sebagai bukti cinta yang mereka semai .

---------------------------------

Di antara pencapaian dan pengalaman beliau dalam bidang peragaan, beliau pernah menyertai Pencarian Personaliti Berita Harian bagi tahun 2007/2008 dan The Most Beautiful Eyes bagi produk Innershine dan sering menjalani photoshoot bersama Muslimah serta turut menyertai Runway Fashion Show.


 



Seiring dengan penglibatan beliau di dalam bidang peragaan, beliau juga sering muncul di dalam majalah RAPI, RASA, JELITA, NUYOU, HERWORLD, DARA, NUR, STAILISTA dan PESONA PENGANTIN. Beliau juga ada menyertai pertandingan Youthfulness & Stardom bagi produk Olay Body Care (TVC) dan menerima Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000.
Beliau merupakan di antara finalis bagi Pencarian Model Tudung FAREEDA bagi tahun 2010/2011 dan Pencarian Ratu Stailista bagi tahun 2011. Beliau juga merupakan model bagi Butik Mama dan Hub Busana Islam di TV1

Si cantik ini juga telah menjadi finalis Top 10 bagi Pencarian Model Butik Dlia Jane Collection 2011/2012 bagi bulan November dan ‘Final Casting’ untuk TVC bagi Produk Ubat gigi Safi.

Beliau yang saya maksudkan adalah Norbee Shireen bt Abd Hamid.  

Salam tahniah dari kami………

Nota kaki :
Pihak DJC ingin menyucapkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kerana pihak Norbee Shireen memenuhi aktiviti aktiviti kami seperti seisi photografi yang diadakan sebelum ini di kedai kami diputrajaya , pihak kami juga ingin mendoakan kejayaan menyebelahi anda dan tidak terlalu lambat , pihak kami ingin menyucapkan TAHNIAH atas kehamilan anak pertama insyaallah yang akandijangkakan akan dilahirkan pada 9 November 2012  .


No comments:

Post a Comment