SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Friday 22 June 2012

DJC bercerita - Sifat Wanita Dan Unsur Semula Jadi

Assallamualaikum , DJC percaya dan yakin kebanyakan yang singgah ke laman blog DJC adalah WANITA atau PEREMPUAN , jadi terpanggil pula DJC menulis apa yang DJC tahu tentang sifat sifat mereka mengikut alam semula jadi , DJC masih ingat lagi masa kecil kecil  dan zaman remaja DJC ada seorang makcik (kini telah menjadi Allahyarhamah ) tinggal di Tanjung Karang , semasa kecil dan remaja  DJC agak rapat dengan beliau dan dia selalu melihat sifat DJC dan adik adik beradik yang lain mengikut kiraan nya , kemudian baru lah DJC tahu kiraan tu sebenarnya kiraan orang Jawa ( maaf yer kalau salah ) Almaklum semasa dia masih hidup tidak pula terfikir nak ambil nota dan itu dan ini kan , sekarang DJC cubalah mencari info tersebut . 

Kini DJC cuba menulis di blog ini tetapi apa yang baik ambillah untuk dijadikan panduan akan tetapi jika ada yang kurang baik dan tidak baik jangan lah diambil , lupakan sahaja kerana semua yang baik itu hanya dari ALLAH S.A.W manakala yang tak baik itu adalah datangnya dari saya .

Jom kita mulakan pembacaan .....

A) Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan.
B) Air – kedua, keenam, kesepuluh
C) Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
D) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Setelah membaca nie , kita bandingkan lah , sama ada adakah benar sifat kita termasuk dalam tulisan yang dinyatakan diatas .