SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 12 June 2012

DJC Di Majalah NUR Edisi Raya 2011



Kalau lah sesiapa sahaja yang membeli majalah , kebanyakkannya yang berkisahkan wanita , dalam majalah tersebut mesti ada bahagian fesyen kan … DJC boleh dikatakan gila membeli majalah lebih lebih lagi bila dah termasuk dalam dunia perniagaan yang berkonsepkan pakaian nie , sedikit sebanyak kalau kita selak majalah tu bahagian pakaian akan dilihat lebih lama sedikit bukan apa untuk mencari idea apa apa  yang patut .

Kekadang terpangpang nama kedai yang mengiklankan baju tersebut , yang DJC kenal ownernya , atau ada juga yang DJC pernah pergi kekedainya , terdetik dalam hati bilalah DJC boleh meletakkan pula product DJC dalam majalah …layak ker …. 
Ishhh jangan berangan lah..... opppsss berangan perlu apa , tanpa berangan camna kita nak memajukan diri  dengan berangan juga kita akan melatihkan diri kita untuk kita lebih berusaha untuk menuju kearah angan agan kita .


Siapa kata DJC tak boleh , akhirnya pada bulan June 2011 ( setahun yang lalu ) kira kira ulang tahun lah …hehheheh DJC berjaya meletakkan iklan mengenai product DJC di MAJALAH NUR KELUARAN JUN 2011 dengan bantuan adik adik manis , dan jelita mereka merealisasikan impian akak DJC dia orang ini , terima kasih kepada kalian IEANA , MYRA dan
FARAH ZULAIKHA terima kasih  kepada kalian semua …sayanggg sangat kat kamu orang .


DJC nak beritahu , yang mereka sanggup tolong DJC tanpa dibayar satu sen  pun tau …
YA ALLAH KAU MURAHKAN LAH REZEKI MEREKA BERTIGA …. Insyaallah  , sehingga kini walaupun dah setahun yang lalu DJC masih ingat gelagat kalian masa tu , selepas IEANA mekapkan mereka berdua , kami terus ke lokasi photo shoot di Putrajaya , masa tu panas terik sbb dah kul 12 tengah hari , terima kasih sekali lagi .




Penerangan Gambar :-
( Ini bukan gambar hiasan semata mata , inilah majalah yang memuatkan iklan product DLIA JANE COLLECTION , bangga tau , sebab semua ini bukan sponser DJC terpaksa mengeluarkan RM4000 unt mengiklankan product DJC didalam majalah nie ) 

Selepas selesai photo shoot tersebut FARAH ZULAIKHA bergegas pula ke KARANGKRAF kerana ada satu lagi photo shoot , kesian FARAH ZULAIKHA jasa awk adik adik semua memang tak akan dilupakan . Tanpa kalian siapa lah DJC, Masa tu FARAH ZULAIKHA memang dicop model popular banyak sangat majalah yang ambil beliau untuk dimuatkan dimajalah- majalah  mereka tetapi JUJUR DJC tulis YANG FARAH ZULAIKHA TAK SOMBONG ……tak kerek , tak berlagak , tak dan tak ….  Selepas tu IEANA dan MYRA balik kembali ke kedai DJC , balik balik akak dia nie belanjalah makan nasik goring mamak …itu sahaja yang mampu adik adik akak , insyaallah hujung tahun nie kita berkumpul then kita makan best best yer …. INSYAALLAH doakan akak awk seorang nie berjaya merealisasikan apa yang diimpikan .

Jom kita tengok gambar gambar dalam majalah keluaran NUR JULAI 2011 tersebut .


  
Keterangan Gambar :
Ketika nie memang panas betul sampai mata mereka tak boleh nak buka , so bila cameramen kata 3,2,1 mereka buka mata yang sebelum tu mereka semua tutup mata .... cuba perhatikan FARAH ketara sangat tak leh nak buka mata .....  


 Keterangan Gambar :
Baju nie ramai permintaan , ini adalah baju ready made yang dubuat oleh DJC sendiri


Juga baju dari DJC  

kata kata semangat untuk kenalan dan yang melihat /baca blog ini 

Sesuatu yang diimpikan , tidak selalu menjadi kenyataan 
Tetapi , apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba 
Biarlah kita menagis hari ini kerana kesakitan semalam 
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum 
pasti untuk selama lamanya .
Dari itu ..... menangislah semahunya sehingga hilang kesedihan tersebut TETAPI 
kita simpanlah ketawa yang berpanjangan tersebut untuk hari hari esok ...
Esok adalah harapan , semua ingin kan yang terbaik , tapi tahukah kita baik atau buruk untuk hari  esok 

Jika Ada kawan Yang berminat Nak Iklankan perniagaan mereka di Majalah Majalah , jika bertanya pada DJC adakah berbaloi jujur dan sejujurnya , kalau badjet kita hanya untuk mengiklankan setakat sebulan DJC berfikiran lebih baik gunakan budget untuk iklan sebulan tersebut buat iklan dengan cara yang lain , kerana pengalaman DJC sendiri mengiklankan hanya sebulan impaknya ada tetapi tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan tersebut , sedikit sangat .Tetapi kalau budget kita memang ada ok boleh sahaja tetapi paling kurang buat dalam 6 bulan berturut turut .Ini hanya pendapat pribadi DJC tiada maksud tersirat pun .



No comments:

Post a Comment