SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 11 September 2012

AL-Fatihah untuk YASMIN JOHAN - Pergi tak kembali

Tak tahu kenapa seperti ada kuasa magnet yang memanggil aku untuk melihat blog ini , aku tak pernah kenal siapa YASMIN BT JOHAN , kenapa harus aku ingin tahu tentang dia kenapa ?? mungkin juga aku tidak boleh menipu diri sendiri kerana dalam usia yang muda iaitu 16 tahun dia telah meninggalkan seluruh orang yang disanyangi dan menyayangi beliau . Kematian nya juga secara pribadi dari aku amat tragis dan ada yang boleh kita kongsi bersama  dan semoga kita ingat yang kematian tidak mengira umur .
( sudah kah aku bersedia untuk kealam tersebut ..huhuhuh , cukup kah sudah amal ibadat ku .. bagaimana pula anak anak aku ... banyak sungguh perkara yang terlintas dibenak pemikiran aku ketika membaca tentang Arwah Yasmin ini )

Dah alang alang buat tulisan tentang arwah izinkan aku menceritakan apa yang aku dapat dari blognya dan page FBnya yang sekarang dikelolakan oleh ibunya sndiri . FB Arwah Yasmin Johan sebelum kita teruskan pembacaan kita marilah kita sama sama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah adik Yasmin yang telah pergi tak kembali pada 3 June 2012 (11.50PM) yang lalu .

Kepada ibu arwah , DJC ingin menyucapkan takziah , dan harap beliau tabah mengharungi penderitaan yang amat besar yang diberikan oleh Allah , dan harap sangat kak Sazlina Shahriman Shah redha dan rela dan sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan dugaan kepada kita jika kita tidak mampu menaggung dugaan tersebut , saya yakin kak Sazlin boleh ...Insyaallah , memang benar saya yang tak kena apa yang menimpa apa yang akak tanggung boleh senang mengeluarkan kata kata tersebut , cuba kalau saya yang kena bagaimana ... DJC sendiri tak terjawap jika soalan ini akan ditanya oleh kak Sazlin .....

Bila hati dah nak tahu , jadi DJC cuba search berbagai bagai info untuk mengetahui cerita disebalik kematian Arwah Yasmin ini , dan apa yang DJC tulis disini adalah hasil usaha kerana ingin mengetahui tentang Arwah ... Sesungguhnya kamu insan yang amat amat istimewa nak..... Semoga syurgalah tempat mu ... Insyaallah .

Secara ringkasnya Arwah Yasmin Johan atau Yasmin J Hunwick adalah seorang yang suka menulis blog dan berumur 16 tahun berada didalam tingkatan 5 dan bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini , dah ketentuan menentukan beliau pergi tanpa sempat menduduki peperiksaan SPM tersebut . Arwah  merupa anak sulung kepada pasangan Encik Johan & Puan Sazlina . Arwah meninggal setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Langkawi .


Jom Kita Baca Biodata Arwah :-
 ( Yang dicopy terus dari blog Arwah )

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com




Sebelum kemalangan menimpa arwah , arwah ada memuat naik gambar sebuah buku 
7 Malam Pertama di Alam Kubur
dan
 "tweet" di Twitter mengenai mimpi buruk yang beliau alami . Nampaknya arwah sudah b'sedia lebih awal sebelum ke alam barzakh..
Sumber dari twiter Arwah  





Titipan Ucapan Khas Dari Ibu Arwah Yasmin J Hunwick


Titipan ucapan dari Puan Sazlina

DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com) saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu, kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi, cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah, Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas) yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP, YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir. Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn. Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2 mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama (Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu) sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi (McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz. Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah telah pergi membelinya di ‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat


BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.


Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.
Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.
“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama


Keratan Akhbar Berita Harian (METRO)  
LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.” Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam. Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U. Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya. Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan. Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi. Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian. “Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur. “Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya. Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.
***Seperti yang ditulis oleh ibu arwah , kepalanya tidak pecah hanya banyak berdarah ,sila abaikan maklumat tersebut - ini merupakan perbualan rakan rakan arwah yg berada ditempat kejadian semasa kejadian .
 Polis ambil keterangan dari pemandu van
 Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya


Kelibat arwah ada pada vidio ini , sila rujuk pada running time 2.42 

Gambar Raya keluarga Arwah Yasmin pada tahun 2012



Nota Kaki :
Semua info didapati dari sumber sumber bloggers yang membuat liputan tentang arwah sebelum sebelum inidisamping pihak saya sendiri search internat tentang kemalangan ini , sejujurnya ingin saya nyatakan disini tiada unsur lain selain hanya memberitahu kepada pengikut blog DJC supaya mengingati yang hidup akan mati dan kematian tidak mengenal usia .

Disamping itu , tujuan saya hanya mengingatkan kepada yang membaca blog DJC supaya memberi sedekah AL-FATIHAH kepada Arwah YASMIN JOHAN 

Akhir kata maaf dipohon jika sepanjang menulis tentang Arwah ada tulisan yang salah atau menguris perkataan yang pasti sesuatu yang baik datang dari ALLAH SAW dan yang buruk lagi hina adalah dari saya sendiri .

Al-Fatihah ....
Salam Takziah dari kami DJC kepada semua yang berkaitan dengan Arwah , semoga rohnya berada ditempat orang orang yang beriman / yang terbaik ... amin

9 comments:

  1. Saya pun baru baca kisah ini di sebuah blog.. Memang sedih.:( Teringat arwah sepupu saya yang juga meninggal pada usia 17 tahun sebelum menduduki SPM. Al-Fatihah untuk arwah..:( http://www.aimisyahirah.com/2011/07/pemergianmu-amat-merentap-tangkai-hati.html

    ReplyDelete
  2. sy pn sama...terpanggil2...n tringat wajah dia...smpai nk tido pn takut..ape dah jadi ngan sy ni...

    ReplyDelete
  3. Dila, ini Aunty... aunty dah baca dan ucapan tq dari aunty dan uncle.

    ReplyDelete
  4. takziah. ..moga dia tenang kat sne..bila bace blog dia..mmg hepi..smpai kesatu bab selepas dia mnggl..rase mcm xcye ape dah blaku..seolah2 sy sedang baca NOVEL berjudul Permergiaan YasminJHunwick.... :'( dari permulaan yg hepi dan berakhir ckup sedih..aunty..teruskan blog arwah yasmin..

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, sedih sangat baca kisah dia.. Alfatihah...

    ReplyDelete
  6. Same goes to one of my pal, Aqil Abu Bakar who had left us on 11th Sept 2012 during SPM trial.. Arwah Aqil pon accident jugak, I tengok dengan mate I sndri arwah pergi... We were on our way home from bank,pergi beli num pin matrik.. Kawan saya yg bonceng motor skali dgn arwah hnya ade slight injury je tapi arwah....(sebak).
    Sama mcm Yasmin, arwah dah macam mengetahui hari tersebut akan tibe.. Alhamdulillah,Arwah sempat Khatam 30juzuk al-Quran pada Ramadhan yg lalu,.. Ahh.. Still remember that day,.. Arwah beria-ia nk beli num pin tersebut,Siap nak beli num pin UPU lagi pdhal belom kluar~ At that time ,1 of my friend said to him : Aqil, dah x sabar nak masuk U ke? He just smile...

    ReplyDelete