SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 12 June 2012

CERITA DISEBALIK TABIR DJC - tak kenal maka tak cinta


Mesti ramai yang bertanya , kenapa nama DLIA JANE dipilih untuk diberinama untuk kedai kami , mungkin ada yang kata nama anak , gabungan nama dengan suami ..apa lagi 
cuba teka ...cuba teka ....
Ada ker yang teka betul , sebenarnya nama DLIA JANE tersebut adalah nama gabungan bagi Ibu dan abah DJC , tak perlulah tanya siapa nama ibu DJC dan nama bapa DJC kalau tak caya juga cuba dapatkan detail DJC apa nama penuh ..sapa yang pernah berurusan membeli on line dengan DJC mesti tahu punya nama penuh DJC .
Jangan u all tak tahu tau nama DJC  ...Nor Badanita bt Baba Jan hanya ada satu sahaja di Malaysia , bukan seloka tau ini fakta dimana telah disemak di Jabatan Pendaftaran Malaysia pada tahun 2008 tetapi kalau setelah tahun tersebut DJC tak lah semak kembali, Insyaallah kekal hanya satu sahaja kot sebab nama klasik klasik cam tu orang tak hingin guna pun hhehehhe .


Harapan dan Doa DJC , semoga nama ini akan kekal  dan sebagaimana hubungan ibu dan Abah yang bahgia walaupun banyak rintangan dipermulaan perkhawinan mereka tetapi hubungan suami isterinya tetap kuat ..... DJC akan cuba sedaya upaya supaya berdikit dekit menaikkan perniagaan ini , biarlah sedikit sedikit tetapi ianya bertambah dari tahun ke tahun ..Insyaallah ...terima kasih kepada yang menyokong DJC .

DLIA JANE COLLECTION , pada permulaannya adalah perniagaan cuba cuba dan cuba , kenapa DJC kata demikian kerana masa tu DJC tak tahu apa yang DJC nak niagakan , bermula dengan jualan mekap rampasan kastam (2003) ...cam betul ajer hehheheh DJC pun kena tipu masa tu , pengalaman kan , bila sibuk kat TV kata siapa yang berniaga juga akan dikenakan tindakan undang undang so DJC pun beralih arah jual 
blouse ....lallalalalla...hehhehhehe masa tu sibuk niaga kat farum popular zaman 2005 iaitu www.wanita melayu.com , disinilah DJC kenal erti perniagaan dimana banyak kenangan pahit dan manis kat forum nie , ada ketawa ...ada menangis .Kalau sebut nama DJC ramai yang kenal akan nama tersebut , tapi yang pasti orgnya memang ramai yag tak kenal .

Semasa perniaga di forum ini juga DJC melangkah setapak demi setapak , mula pandai berniaga syer dengan perniaga perniaga lain kongsi sewa booth ...ishhhh kenangan kenangan , sewa booth yg pertama di MAIDEN USJ .Satu booth 8X8 dikongsi sehingga 10 orang , tak ker serabut masa tu ... alhamdulillah semuanya berjalan lancar , walaupun adalah yang kurang kurang manis nya ... kalau semuanya manis tak lengkap lah pulak mesti ada pahitnya juga kan ....

Pengalama mematangkan kita dalam perniagaan pada tahun 2008 , DJC beranikan diri berniaga di BAZAR RAMADAN diAmpangan Serembanhanya berbekalkan 1 ralling baju sahaja DJC berniaga , kalau satu ralling tu sekitar 100 helai baju sahaja masa tu , kan DJC dah kata kita kalau nak buat apa apa perlu bermula dari kecil kecil , baru kita akan tahu kesukaran sesuatu tu , dengan berbekalkan 100 helai baju DJC dapat menjual lebih 80% baju dan jumlah collection masa tu RM6000 sahaja .... tapi masa tu macam dapat 60K seronoknya ... dapatlah DJC belanja abah , ibu , adik , anak anak dan suami DJC , so kiranya duit DJC dapat lah membeli video camera yg berharga RM2000++ masa tu happy sesangat , sbb duit kita niaga kan .Tapi kenangan untuk Video tu hancur berkecai bila orang lain ambil tanpa pengetahuan kita dan rosakkan ianya . sakit hati kuuuuuuu 
Kalau korang sakit hati tak camna kita berusaha penat penat , org ambil dan barang yg kita beli tu rosak .... mungkin tiada rezeki ...tapi .....hmmmmm


Tahun 2009 , dan seterusnya DJC teruskan berniaga di Bazar Ramadan Ampangan Seremban , Alhamdulillah dari setahun ke setahun adalah peningkatan dalam semua 
hal ... terima kasih kepada semua yang membantu DJC tanpa korang DJC tak akan mampu untuk berada seperti sekarang .  

keterangan Gambar : 
Keadaan ruang kedai setelah diperbetulkan dari tukar kapet , sebelum nie kapet warna merah dah kepam yg koyak rabak , cat dinding warna kuning terang ala ala kuil sami huhuhuhuh , ditukar warna light purple


Tahun 2009 , tahun yang paling berani bagi DJC , dimana DJC tanpa menoleh kiri dan kanan teruskan cita cita dihati ingin membuka kedai , Alhamdulillah pula semua perjalanan pencarian kedai dipermudahkan , dapat pula berdekatan dikawasan tempat tinggal iaitu Putrajaya Presint 9 , apa lagi dengan hati yang berkobar kobar DJC telah janji temu dengan pemilik kedai tersebut , memandangkan beliau juga berniaga CC dibahagian bawah , so lebih memudahkan DJC unt melihat kedai tersebut .

Sewaktu berjumpa dengan owner tu untuk melihat kedai , dalam hati terdetik kedai 
ker .... atau store simpanan barang , kedaannya nya memang kurang memuaskan lorong naik tangga tu gelap , kotor dan penuh dengan sawang .Tapi bila hati dah berkobar kobar nak , DJC terus memberi kata putus kerana tiada siapa yang boleh dibawa bincang , nak bincang dengan En.Suami dia cam tak komen apa apa , so buat keputusan sendirilah nampaknya .Terima kasih kepada owner kedai En.Wan Dan Pn.Muna yang sudi memberi peluang kepada diri DJC untuk menyewa di situ , beliau suami isteri juga terima permintaan DJC supaya tidak mengambil kira 2 minggu untuk membetulkan keadaan kedai yang agak kurang memuaskan . Terima kasih semoga tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian suami isteri .

 
keterangan Gambar : 
DJC tiada simpan gambar kedai sebelum dikemas , inilah kawasann tangga yang DJC ceritakan diatas tadi tetapi DJC ingin berkongsi dalam masa 2 minggu tersebut dapatlah DJC membuat apa yang termampu , gambar 2 model tu tiada kena mengena dalam cerita ini yer , sekadar hiasan semata mata .





Keterangan Gambar  :-   Tahun 2010 ( masa tu bulan puasa )             
Gambar Gambar diatas adalah gambar setelah kedai , dipasang wall paper , kalau u all nak tahu masa mula mula letak wall paper nie , DJC hanya letak sedikit demi sedikit , almaklum finance tak kukuh mana tapi hati nak sangat pasang wall paper .Gambar Gambar diatas adalah gambar dimana semua dinding telah dipasang wall paper .Alhamdulillah .


Keterangan Gambar  :-   Tahun 2011  ( November  )         
Alhamdulillah , sempena ulang tahun ke 3 kedai DJC , beginilah kedai terkini , sejujurnya DJC bangga dengan diri DJC sendiri kerana semua adalah hasil usaha DJC , jika ikut kan kata orang lain mungkin DJC tak dapat bangga pada diri sendiri . 

Kata kata penting : 
Bangga diri --- kerana usaha yang dilakukan membuahkan hasil tetapi sedikit pun DJC tak memandang rendah pada org lain , DJC bermula dari sebawah bawahnya jadi DJC sangat sangat tahu susah payah dunia perniagaan , pada kawan kawan yang nak bermula niaga tu jom kita bermula dari sekarang yang penting kita iklas dan niatkan dihati yang kita lakukan semua ini adalah untuk anak anak dan keluarga kita .Insyaallah kita akan beroleh kejayaan . TETAPI ingat berniaga bukan mudah yang kita fikirkan .

Kata kata Semangat : 
Setiap idea, ilmu hanya akan berjaya
jika ianya dilakukan. Tindakan kita hari
ini membawa kesannya pada hari esok. Jika
mahu lakukan sesuatu, jangan tunggu esok,
tetapi mulakan sekarang.

Tambahan yang masih tak terlaksana :-
 Perkara yang dihajati  pada tahun ini dan jika diizinkan oleh Allah S.A.W.....


DJC hendak memasang Sign Board  seperti nie 
(contoh sahaja , sekadar gambar hiasan ) ...huhuhuhuh dah servey harga tapi setakat nie tak mampu lagi , Insyaallah kalau ada rezeki DJC maka ianya akan menjadi kenyataan juga ......amin .
Kawan kawan semua..... doakan yer hajat DJC tercapai pada tahun ini .Senanglah kalian semua nanti bila nak melawat ke kedai DJC .Sekarang nie walaupun 3 tahun kedai DJC beroperasi warga presint 9 Putrajaya masih tidak tahu kewujudan kedai DJC ....huhuhuh




 




No comments:

Post a Comment