SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Sunday 30 September 2012

Tajaan Percutian Bersama Pemenang Model DJC (1) - Part 2




Alhamdulillah itulah ungkapan yang terkeluar dari mulut DJC kerana hajat dan janji kepada semua pemenang pencarian model Dlia Jane Collection terlaksana dengan jayanya , jika ada yang tak tahu sebenarnya percutian ini adalah salah satu hadiah kepada mereka yang terpilih sebagai model DJC seisi 2011/2012 .

Sebenarnya mereka menjadi model DJC sehingga hujung tahun 2012 , maka dengan perginya percutian ini maka selesailah sudah perjanjian yang dibuat oleh pihak DJC , dan tugas mereka dengan kata lain tertunailah juga kerana terikat dengan perjanjian yang ditandatangi antara pihak DJC dan beliau sendiri .

Bila kita baca ada perjanjian macam official kan ... tapi itulah sehelai kertas putih yang DJC akan simpan sebagai bukti bahawa SEMUA GAMBAR 5 model seisi pertama ini adalah menjadi  hak milik kekal DJC walaupun setelah kontrak mereka habis .Semua terma dan syarat mereka telah tandatangan tanpa sebarang paksaan dan DJC yakin tiada istilah mempergunakan mereka sebagai model DJC sepanjang tempoh perjanjian dan selepas tempoh perjanjian tersebut .

Alhamdullliah juga DJC menbuat pilihan yang tepat dimana kesemua model model seisi 2011/12 telah memberi kerjasama yang terbaik ....  harapan DJC semoga kalian akan suksess  dalam bidang yang diceburi . Semoga DJC menjadi platform memajukan lagi atau anda menjadi lebih dikenali dalam bidang yang anda ceburi .

Setelah melalut panjang lebar tak seronok kalau tiada gambar bagi menceriakan lagi perjalanan cerita ini . 

Seperti yang semua sedia maklum catatan part 1 :-
ada dinyatakan dimana dan bila tarikh kejadian , maka DJC tidak akan nyatakan lagi perkara yang telah dinyatakan , so kalau nak tahu sila rujuk link yang diberi .

28 Sept 2012 
Keluarga DJC terdiri dari abah & ibu Tersayang yang join percutian ini , suami dan kesemua anak anak DJC yang terdiri dari Muhammad Aniq Ajeeha , Muhammad Adiq Ajeeha dan Dlia Nigeena Jane telah ke Parkland Apartment Cemeron Highland . Kmai telah pergi dahulu sehari sebelum "model model DJC " dan tetamu khas yang mengikut percutian tajaan ini .

Sebelum sampai ke Parkland Aparatment hati memang tak sedap kerana risau sangat yang keadaan Apartment yang tidak baik almaklum kita nak memberikan percutian kepada orang kalau tak sempurna tak sedap pulak kan , so DJC amat berharap semoga semuanya berada dalam keadaan yang terbaik .

Alhamdulillah sampainya DJC kesana maka semua nya adalah sama seperti web site yang dilihat , memang DJC lega sesangat dan berharap kalian yang join percutian ini akan selesa dan suka almaklum perjalanan dari KL ke Cemeron bukan nya dekat .

Bagi yang inginkan tempat tinggal yang selesa dan harga yang berpatutan sila ke link dibawah ini , DJC tiada dapat apa apa komisyen hanya berkongsi maklumat ...
Parkland Apartment Cemeron Highland - Apartment 3 bilik  

Oleh kerana DJC menyewa direct ke pihak Apartment so harga yang DJC bayar adalah RM460.00 untuk satu Apartment , tetapi kalau nak lebih rendah harga yang ditawarkan anda boleh ke 
Percutian Harga Rendah Agoda
tetapi harus diingatkan jika kita booking melalui agoda pastikan kedudukan bilik Apartment yang akan kita dapat kerana perlu diingatkan yang Apartment ini tidak mempunyai kemudahan lif ...hmmmmmm so kalau booking melalui Agoda kebarangkalian akan mendapat tingkat 4 adalah besar ... bermakna ada 8 tangga kita akan naik ...penat tuuuu .

Pada sebelah pagi 29 hb Sept 2012 
DJC bersama keluarga tersayang telah pergi ke ladang strawberry dan ladang kaktus saja saja nak membuang masa untu k menunggu ketibaan para jemputan semua datang , semasa nie hand phone pulak buat hal , bateri kong risau yang amat lah sbb risau mereka semua call atau sms info terkini .Alhamdulillah masaalah dapat di selesaikan memang betul banyak terima sms . 

Pada pukul 11 pagi ramai yang memberi info kata mereka dalam perjalan ke Cameron Highland .  Suasana kat Cemeron nie kalau hari sabtu dan Ahad rupanya memang teruk jem nya so pada permulaan DJC ingat nak ke ladang teh BOH tetapi ambil keputusan abah tersayang untuk berpatah balik sebab jem teruk 

So ambil keputusan untuk ke Apartment kembali sambil menunggu mereka semua sampai waktu ketika ini adalah pukul 1.30pm .


Tetamu yang paling awal sampai adalah rakan rakan dari tempat kerja DJC iaitu Hapisah , Sha dan Aida . Bila mereka sampai DJC telah memperkenalkan kepada kedua ibu dan abah DJC so sementara menunggu ketibaan tetamu tetamu yang lain ibu DJC yang memang terkenal dengan mesra orang tu bercerita dari A ke Z semua cerita keluar ...lalallalallala .

Dalam masa 30 minit kemudian model DJC pemenang pertama seisi pertama iaitu DEYNA sampai bersama tetamu khas DJC iaitu kak Zila dari NURUL MAKE OVER bersama kedua orang puteri beliau dan juga suaminya ....terima kasih kak dan abang kerana bersusah payah dari KL ke sini .

kemudian diikuti oleh MISYA MUSA bersama suami dan 4 orang puteri yang comei comei ... boleh tahan lasak juga anak anak misha nie yer , tapi memang comey lebih lebih lagi si kembar tu , anak sulung Misha seiras ibunya .

Palaing akhir yang sampai adalah BABY FIDA , NADYA dan FARAHIN .Bagi yang tak tahu dan ingin tahu ...Farahin nie pelakon tau , masih belajar di ASWARA .Pernah tak melihat lakonannya , banyak juga yang Farahin lakonkan .

Semua akhirnya telah sampai , setakat disini dulu DJC berceloteh nanti kita sambung lagi .

Bye dan jumpa lagi yer .


Mungkin ada berminat unt membaca cerita ini :-
Sejarah Tercipta Dlia Jane Collection - Part 1 


Kesinambungan cerita dari topik ini :-
Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 1