SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Wednesday 17 October 2012

Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 3


Kesinambungan cerita dari topik ini :-

Jika sebelum ini cerita dari 2 part yang sebelum ini , telah diceritakan tempat tinggal mereka manakala ke 2 adalah cerita serba sedikit tentang model model DJC yang ke 3 ini izinkan DJC pula ingin memasukkan gambar gambar sepanjang di Cameron Highland .

Gambar Model Model DJC seisi 2011/12
Diambil dihadapan Apartment yang DJC sewa unt mereka & Kami semua

Selain dari model model yang ber 5 dan keluarga masing masing bagi yang telah berkhawin ada lagi orang orang yang dikategorikan " Insan Terpilih " kerana mengikuti percutian singkat yang ditaja ini . Bukan senang untuk mendapat sebarang tajaan seperti ini , semoga kepada yang telah mendapat tajaan ini harap kalian semua tahu menilaikan erti "persahabatan tersebut " walaupun DJC nie bukan yang jenis orang yang lembut tetapi DJC tahu nilai persahabatan dan sangat menghargai persahabatan kerana bagi dJC bukan mudah kita nak mendapat kawan yang jujur dalam persahabatan ...betul tak .

 Mesti ada yang bertanya kenapa mereka dijemput , mesti ada jawapan betul tak tak sesuatu yang dibuat tanpa sebab , disini DJC ingin menyatakan yang KALIAN SEMUA AMAT DIHARGAI terima kasih kepada kalian .Sokongan yang kalian berikan dari segi morol dan kerjasama amat sangat dihargai . 

Disamping itu tidak boleh disangkal NADI DJC adalah ABAH , IBU , SUAMI , ANAK ANAK DJC sendiri iaitu Muhammad Aniq Ajeeha , Muhammad Adiq Ajeeha dan Dlia Nigeena Jane . Mereka semua sanggup berpenat ke percutian ini kesian Ibu DJC sendiri sampai ke sana kerana cuaca sejuk beliau deman dan selsema , suami DJC pula tak pasal pasal terpaksa menjadi " photog" tak rasmi bagi percutian ini tetapi semuanya ok , suami DJC pun suka sbb nak ambil gambar perempuan perempuan cantik kan ... betulkan suami ku .... hehheheh ...suka dia .


Sepanjang percutian di Cameron ini abah kesayangan DJC Hj.Baba Jan Mohd Khan telah berbesar hati menanggung segala belanja makan dari hari pertama hingga hari yang kedua masa chek out dari Apartment ... Terima Kasih Abah sokongan Abah memang DJC sanjung tinggi sebenarnya itulah tanda sokongan abah kepada DJC walaupun sukar sekali abah nak luahkan dengan kata kata yang anak abah nie setapak demi setapak memajukan diri .... sentap bila perkara nie diperkatakan ....mak sedih nak ...huhuhuhuh


 Almaklum makan tengah hari kami semua pada mulanya perancangan pada pukul 2.30pm tetapi almaklum bila "gadis Gadis " Cantik bersiap almaklum tersasar sehingga ke 4pm . Tetapi semuanya berjalan lancar terpaksa kami makan menu yang serupa untuk menjimatkan waktu .

Yang penting semua dapat makan untuk alas perut dan seterusnya dapat menjayakan "photo shoot" diladang 
TEH BOH  , selesai makan semuanya mula bergerak ke tempat yang dirancangkan ada peristiwa yang kelakar bodoh telah berlaku dimana orang yang nak ke tempat tujuan , dimana DJC dan keluarga telah memandu kereta dihadapan sekali , ini bermakna kereta DJC menjadi sebagai penunjuk arah , betul kan ... tapi apa dah jagik kereta yang pertama nie tiada arah tujuan ....hehheheh 
so bagi yang mengikut dan tahu arah tujuan yang betul terpinga pinga kerana tidak memasuki jalan yang betul dan telah terbabas jauh , nasib baiklah "Baby Fida " calling calling tanya pada DJC sebenarnya kita nak kemana dan dia maklumkan ke ladang teh BOH tersebut telah tersasar , so berpatah baliklah kami semua dan satu lagi cerita kelakar salah satu kereta ahli rombongan cik kiah dari Batu caves , kereta Proton Pesona iaitu kereta yang dinaiki oleh 3 wanita wanita jelita ...ooopppsss jelita ker ... hheheh 
telah turun di tempat yang kami nak buat u turn , u all nak tahu apa terjadik " wanita wanita jelita " tersebut telah bersedia dengan hand bag dan touch up muka ingat dah sampai tapi mereka pelik sebab kenapa kereta rombongan yang lain beredar , punyalah ketawa mereka mereka  kerana ingat kan dah sampai yg sebenarnya kami hanya nak u turn , yang tak leh tahan kelakar tu siap touch up bagai tu ...yer lah " gadis gadis jelita "

    Kalau nak tahu inilah gadis gadis Jelita yang dimaksudkan , mereka nie yang  memeriahkan suasana pakej percutian ini . 
Ala ala mereka nie PENGHIBUR cuti cuti DJC kali nie lah terima kasih "gadis gadis Jelita "

 Untuk nak keladang Teh BOH nie perjalannya mengambil masa dalam 15-20 minite untuk sampai ke lokasi kilangnya , curam dan agak bahaya untuk mendaki sampai ke tempat tujuan , DJC kalau bawa memang sah sah tengah jalan stop kereta lah ...sure punya . Permandangan kiri dan kanan memang cantik dan untuk pengetahuan semua ladang teh inilah yang dijadikan lokasi pengambaran filem OMBAK RINDU .

Sampai ketempat yang dituju kereta berderet panjang ingat kan kena que untuk masuk tetapi sebenarnya kilang dah tutup ..huhuhuhuh so tak dapat lah nak masuk , ombak rindu dah memang jadik lah omak rindu hahhahahah .

Pujuk punya pujuk apek " handsome " tu , maka dapatlah kami masuk kat bahagian hadapan untuk tujuan shoot gambar , jadik lah dari tak dapat better dapat shoot kat ladang teh , berbaloilah naik curam yang tinggi dan selekoh yang bahaya nie .

 
 Inilah gambar "Pak We" Handsome yang membenarkan kami masuk ke dalam untu tujuan photo shoot . Thank You " brother "


Kita sambung lagi coretan di part ke 4 jangan lupa baca dan terus membaca ...luv u all