SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Wednesday 17 October 2012

Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 3


Kesinambungan cerita dari topik ini :-

Jika sebelum ini cerita dari 2 part yang sebelum ini , telah diceritakan tempat tinggal mereka manakala ke 2 adalah cerita serba sedikit tentang model model DJC yang ke 3 ini izinkan DJC pula ingin memasukkan gambar gambar sepanjang di Cameron Highland .

Gambar Model Model DJC seisi 2011/12
Diambil dihadapan Apartment yang DJC sewa unt mereka & Kami semua

Selain dari model model yang ber 5 dan keluarga masing masing bagi yang telah berkhawin ada lagi orang orang yang dikategorikan " Insan Terpilih " kerana mengikuti percutian singkat yang ditaja ini . Bukan senang untuk mendapat sebarang tajaan seperti ini , semoga kepada yang telah mendapat tajaan ini harap kalian semua tahu menilaikan erti "persahabatan tersebut " walaupun DJC nie bukan yang jenis orang yang lembut tetapi DJC tahu nilai persahabatan dan sangat menghargai persahabatan kerana bagi dJC bukan mudah kita nak mendapat kawan yang jujur dalam persahabatan ...betul tak .

 Mesti ada yang bertanya kenapa mereka dijemput , mesti ada jawapan betul tak tak sesuatu yang dibuat tanpa sebab , disini DJC ingin menyatakan yang KALIAN SEMUA AMAT DIHARGAI terima kasih kepada kalian .Sokongan yang kalian berikan dari segi morol dan kerjasama amat sangat dihargai . 

Disamping itu tidak boleh disangkal NADI DJC adalah ABAH , IBU , SUAMI , ANAK ANAK DJC sendiri iaitu Muhammad Aniq Ajeeha , Muhammad Adiq Ajeeha dan Dlia Nigeena Jane . Mereka semua sanggup berpenat ke percutian ini kesian Ibu DJC sendiri sampai ke sana kerana cuaca sejuk beliau deman dan selsema , suami DJC pula tak pasal pasal terpaksa menjadi " photog" tak rasmi bagi percutian ini tetapi semuanya ok , suami DJC pun suka sbb nak ambil gambar perempuan perempuan cantik kan ... betulkan suami ku .... hehheheh ...suka dia .


Sepanjang percutian di Cameron ini abah kesayangan DJC Hj.Baba Jan Mohd Khan telah berbesar hati menanggung segala belanja makan dari hari pertama hingga hari yang kedua masa chek out dari Apartment ... Terima Kasih Abah sokongan Abah memang DJC sanjung tinggi sebenarnya itulah tanda sokongan abah kepada DJC walaupun sukar sekali abah nak luahkan dengan kata kata yang anak abah nie setapak demi setapak memajukan diri .... sentap bila perkara nie diperkatakan ....mak sedih nak ...huhuhuhuh


 Almaklum makan tengah hari kami semua pada mulanya perancangan pada pukul 2.30pm tetapi almaklum bila "gadis Gadis " Cantik bersiap almaklum tersasar sehingga ke 4pm . Tetapi semuanya berjalan lancar terpaksa kami makan menu yang serupa untuk menjimatkan waktu .

Yang penting semua dapat makan untuk alas perut dan seterusnya dapat menjayakan "photo shoot" diladang 
TEH BOH  , selesai makan semuanya mula bergerak ke tempat yang dirancangkan ada peristiwa yang kelakar bodoh telah berlaku dimana orang yang nak ke tempat tujuan , dimana DJC dan keluarga telah memandu kereta dihadapan sekali , ini bermakna kereta DJC menjadi sebagai penunjuk arah , betul kan ... tapi apa dah jagik kereta yang pertama nie tiada arah tujuan ....hehheheh 
so bagi yang mengikut dan tahu arah tujuan yang betul terpinga pinga kerana tidak memasuki jalan yang betul dan telah terbabas jauh , nasib baiklah "Baby Fida " calling calling tanya pada DJC sebenarnya kita nak kemana dan dia maklumkan ke ladang teh BOH tersebut telah tersasar , so berpatah baliklah kami semua dan satu lagi cerita kelakar salah satu kereta ahli rombongan cik kiah dari Batu caves , kereta Proton Pesona iaitu kereta yang dinaiki oleh 3 wanita wanita jelita ...ooopppsss jelita ker ... hheheh 
telah turun di tempat yang kami nak buat u turn , u all nak tahu apa terjadik " wanita wanita jelita " tersebut telah bersedia dengan hand bag dan touch up muka ingat dah sampai tapi mereka pelik sebab kenapa kereta rombongan yang lain beredar , punyalah ketawa mereka mereka  kerana ingat kan dah sampai yg sebenarnya kami hanya nak u turn , yang tak leh tahan kelakar tu siap touch up bagai tu ...yer lah " gadis gadis jelita "

    Kalau nak tahu inilah gadis gadis Jelita yang dimaksudkan , mereka nie yang  memeriahkan suasana pakej percutian ini . 
Ala ala mereka nie PENGHIBUR cuti cuti DJC kali nie lah terima kasih "gadis gadis Jelita "

 Untuk nak keladang Teh BOH nie perjalannya mengambil masa dalam 15-20 minite untuk sampai ke lokasi kilangnya , curam dan agak bahaya untuk mendaki sampai ke tempat tujuan , DJC kalau bawa memang sah sah tengah jalan stop kereta lah ...sure punya . Permandangan kiri dan kanan memang cantik dan untuk pengetahuan semua ladang teh inilah yang dijadikan lokasi pengambaran filem OMBAK RINDU .

Sampai ketempat yang dituju kereta berderet panjang ingat kan kena que untuk masuk tetapi sebenarnya kilang dah tutup ..huhuhuhuh so tak dapat lah nak masuk , ombak rindu dah memang jadik lah omak rindu hahhahahah .

Pujuk punya pujuk apek " handsome " tu , maka dapatlah kami masuk kat bahagian hadapan untuk tujuan shoot gambar , jadik lah dari tak dapat better dapat shoot kat ladang teh , berbaloilah naik curam yang tinggi dan selekoh yang bahaya nie .

 
 Inilah gambar "Pak We" Handsome yang membenarkan kami masuk ke dalam untu tujuan photo shoot . Thank You " brother "


Kita sambung lagi coretan di part ke 4 jangan lupa baca dan terus membaca ...luv u all


Tuesday 16 October 2012

Suka Dan Duka Seribu Mimpi Dalam Pencarian Model Dlia Jane Collection Seisi 2012/13 ( Part 2 )

Kisah kali ini adalah berkaitan dengan part yang 1 sebelum ini , bagi yang masih tidak membaca part 1 jom DJC copy kat link ini senang untuk jadikan rujukan .

 Suku Duka Seribu Mimpi Dalam Pencarian Model Slia Jane 2013 - Part 1

Sebelum ini DJC ada nyatakan yang permasalahan tempat kejadian untuk acara mekap telah siap dan selesai semuanya  sepenuhnya semua telah dibincangkan dan dipersetujui kedua belah pihak akan tetapi banyak lagi perkara perkara yang perlu diambil tahu , banyak cerita tentang majlis ini tetapi kali ini jom DJC kongsi pula bercerita tentang proses memnyiapkan baju untuk para peserta .

Untuk pengetahuan semua baju baju para finalist Pencarian Model Bagi DLIA JANE COLLECTION adalah milik DJC sendiri dari memilih material sehinggalah membuat baju baju tersebut .Proses membeli material bermula dari seawal febuari 2012 di Bandung , dan proses membuatnya mengambil masa selama 4-6 minggu , sbb tu kalau diperhatikan nanti kesemua baju fanalist tidak diletak sebarang perincian .Insyaallah baju baju tersebut akan dibuat koleksi bagi perancangan akan datang iaitu DLIA JANE BRIDAL GALLERY semoga perancangan tersebut berjaya .

Baju baju tersebut semuanya siap pada waktunya tetapi perinciannya seperti meletakkan manik dan batu memang sama sekali tidak dapat dibuat . 

Semua finalist dibekalkan baju baju tersebut , dalm 3 minggu sebelum majlis ini berlangsung mereka telah datang sendiri kekedai DJC diPutrajaya dan mencuba baju tersebut , kebanyakannya baju yg dicuba sesuai dengan mereka tetapi antara ramai ramai tu hanya peserta ZARIFAH yang bajunya terpaksa di"otter" sepenuhnya kerana sendat dan teramat ketat .

Semuanya selesai , dan apapila mereka menerima baju berkenaan , bermulalah taks bagi mereka kerana mereka terpaksa pula mencari kesesuaian untuk dipadankan dengan tudung dan kasut mereka serta kelengkapan lain bagi memperindahkan lagi gaya persembahan mereka semasa difinal nanti .

So selesailah tugas DJC bagi masaalah baju masa final nanti , untuk post kali ini tiada pula gambar dapat diletakkan kerana nak beri " surprise" untuk kalian kalian yang mengikuti cerita bagi pencarian model bagi DJC .

Oleh kerana post ini tiada diletakkan sebarang gambar jadi DJC akan  masukkan sekali cerita tentang sehari sebelum hari kejadian yang sebenar pada cerita di part ke 3 , jangan lupa ikuti cerita tersebut dalam masa terdekat .

Sampai jumpa lagi yer .....   

ok DJC beri gambar gambar baju yang digayakan oleh mereka , ......

Ini adalah semua barisan model model DJC , maaf sesangat unt 2 orang finalist yang telah menukar baju , ini adalah kerana DJC juga yang salah kerana tidak memaklumkan jangan menukar baju untuk seisi photografi bersama pemenang .

 
Oleh kerana 2 peserta yang telah menukar baju , dan kalian tidak dapat melihat jelitawan ini memperagakan baju DJC , so inilah baju yang mereka peragakan semasa berada di hari pemilihan .

Stay tune yer banyak lagi cerita tentang suka duka pencarian model DJC seisi 2012/13 .
 

  



Suka Dan Duka Seribu Mimpi Dalam Pencarian Model Dlia Jane Collection Seisi 2012/13 ( Part 1)

Logo Flora Cafe

 
 Sepatutnya perancangan awal ruang legar dalam restoren adalah tempat majlis ini disempurnakan
 Setelah difikir untuk keadaan yang lebih selesa maka inilah lokasi Bakal tempatmenjadi saksi majlis Pencarian Model DJC 2012/13

 Cermin yang menaikkan seri dan class Flora Cafe


Cuba lihat betapa cantiknya hiasan lampu di syiling Flora Cafe .... sungguh cantik


Mewah dengan hiasan bunga , memang tenang disini dan antara kedai makan yang DJC masuk dan hiasannya cantik .

Tanpa disangka sangka masa yang ditunggu telah sampai , sebagaimana awalnya juga perancangan dibuat tetapi masih terasa bahangnya dan terasa juga semuanya dalam terkejar kejar , pada permulaan perancangannya kami hanya akan membuat majlis ini seringkas yang pasti , setelah meninjau tempat yang akan terjadinya kejadian tersebut maka perancangan demi perancangan yang lain berlegar  diruang kepala ini .

Jika sebelum ini perancangan yang pertamanya adalah hanyalah menyewa dibahagian dalam ruang kedai makan FLORA CAFE sahaja apabila pada 9 October 2012 , DJC sendiri pergi kesana apa yang DJC dapati ruangan kedai makan tersebut terlalu kecil dan DJC mengambil keputusan drastik dan mengambil keputusan untuk menggunakan ruang legar sebagai tempat utama majlis tersebut manakala bahagian kedai digunakan sebagai tempat makan tetamu .

Bila membuat sesuatu keputusan yang mendadak ini , for sure kos kewangannya akan bertambah sememangnya DJC tahu perkara tersebut tetapi demi untuk buat yang terbaik majlis yang dikelolakan oleh diri sendiri ini dan dibantu dengan "adik adik yang berlainan ayah dan emak " dan  suami tercinta akan berjalan lancar dan tersusun itu yang penting .

Buat pertama kali En.Suami mengambil berat dan mengambil tahu tentang majlis ini terharunya lah hati ini , barulah DJC tahu yang sebenarnya beliau sokong dengan apa yang dilakukan oleh DJC . Terima kasih sayang ...boleh ker gitu hehhehheheh , mungkin sebelum nie beliau menyokong dari belakang dan tidak menonjolkan diri tetapi pada kali ini memang I luv u lah my hubby , terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menyelesaikan perkara perkara yang berbangkit .

Satu perkara besar telah selesai , perkara yang kedua tempat mekap pula kerana ruang mekap memang tiada di Flora Cafe maka perkara ini mesti diambil kira , pada mulanya tempat mekap hendak diadakan di Gombak Prima mungkin ada yang bertanya kenapa jauh sangat tempat mekap ini semua adalah kerana KOS KEWANGAN , ingat kan bila ambil hotel budget ianya nya selesai tetapi jika difikir kembali kenapa nak menyusahkan peserta so DJC sekali lagi mengambil keputusan menyewa Apartment SuCasa 
(The Nomad Sucasa) ,dimana Apartment ini hanya terletak di seberang jalan untuk ke Flora Cafe , so bayar ajerlah Apartment 2 bilik  bermakna kos perbelanjaan bertambah lagi .Untuk tujuan tersebut DJC dan keluarga check in pada hari sabtu 13 Oct 2012 dan para peserta akan datang untuk tujuan mekap pada 14 Oct 2012 seawal 10 pagi . 

Demi Majlis pertama ini DJC akan sedaya buat yang terbaik kerana ianya akan melibatkan maruah diri DLIA JANE COLLECTION dalam hati DJC terus kuatkan semangat kerana DJC percaya jika ketentuan tuhan mengatakan rezeki berpihak kepada DJC maka ianya akan menjadi milik DJC juga yang penting DJC mesti berusaha kearah perancangan yang dibuat .

Mungkin orang boleh berkata itu dan ini , ini tak baik dan ini tidak segah mana tapi percaya lah yang hanya orang yang pernah jayakan majlis seperti ini akan tahu bagaimana besarnya komitment dan sukarnya melayan tekanan demi tekanan sehingga hari kejadian , sebenarnya dan sejujurnya BANGGA dengan perancangan yang dibuat demi sikap tanggungjawap pada diri sendiri majlis ini mesti diteruskan .

Sekali lagi ingin DJC tegaskan semua perancangan ini hanya dilakukan oleh DJC sendiri , maka DJC percaya dan dapat terima jika perjalanan majlis ini tidak sempurna dimata jemputan , dalam dada harap hanya semua berjalan lancar sseperti yang direncanakan .  

DJC hanya mampu membuat perancangan tetapi hanya ALLAH S.A.W yang menentukan .Allah kau permudahkan lah majlis ini dengan perancangan yang telah dirancangkan hanya engkau yang tahu bagaimana aku hampir tidak mampu lagi untuk menjaya kan majlis ini , tetapi demi untuk kedua ibu dan abah aku , aku gagahkan juga ......... 

Mungkin jauh untuk DJC fikirkan apa yang akan terjadi tetapi tanpa  DJC sedari  semua akan  menjadi satu kenangan terindah dalam hidup  DJC Sekarang DJC hanya bayangkan semua yang terbaik untuk majlis ini .

So good luck for DJC .

Monday 1 October 2012

Pemenang Ke 5 seisi 2011/12- Pencarian Model DJC - Berita terkini

Cerita tentang gadis ini Nadya 
Jom kita clik dan baca , di sini kita dapat lihat perbezaan ketara dari terdahulu dengan yang terkini , masa mengubahkan segalanya begitu juga dengan gadis manis ini .

Jika dulu wajahnya agak kusam kini wajahnya ceria dan telah mempunyai kenyakinan terhadap diri sendiri , gadis ini amat riang dan tegas yang paling penting sentiasa beringat bila ingin mengeluarkan sebarang komen .

Walaupun masih muda tetapi pemikiran nya setanding orang yang telah matang dan berpengalaman .

 Cantik dan ceria sahaja nadya kan , tenang melihat lirikan senyumannya 

Beliau telah memperolehi Sarjana Muda dalam jurusan yang diminati oleh beliau sendiri iaitu Pengurusan Sistem Pejabat . Terkini gadis manis ini juga telah aktif dalam perniagaan yang ditubuhnya selepas tamat pengajian .

Gadis manis ini juga kerap keluar di rancangan rancangan yang melibatkan wanita di rangkaian TV3 . Terkini wajah beliau telah menghiasi rancangan NONA .


Oleh kerana wajah yang ceria dan mempunyai senyum yang manis , gadis ini tidak lokek berkongsi ilmu cara memperindahkan lagi penampilan dimana beliau sering mengajar siapa yang bertanya bagaimana lilitan tudung yang beliau selalu lakukan sama pengambaran pengambaran yang diadakan .

 Percutian bersama sama dengan pemenang DJC seisi 2011/2012 , anda semua kesayangan akak
percutian di Cemoron Highland ini merupakan sebahagian dari ucapan Terima Kasih dari kami unt kalian semua ... Nadya Terima Kasih


Bagi gadis bertubuh kecil ini , walaupun susuk tubuhnya kecil tetapi berikan sahaja apa juga pakaian untuk tujuan di peragakan , Insyaallah pakaian tersebut akan serasi sahaja dengan beliau . Tidak banyak kerenah adalah salah satu sebab yang membuatkan gadis ini cepat menaikkan nama beliau di pesada peragaan . Disamping itu beliau sungguh pandai bermain dengan warna bagi menimbulkan mood bagi satu satu gambar yang akan diambil kelebihan ini membuatkan photog amat senang bekerjasama dengan beliau .

Kau yang terindah ...... Antara kenangan yang berharga dalam hidup DJC kerana mengenali dirimu
Semoga kita tetap berhubung antara satu sama lain


Tahun sudah NADYA SYAFANIS ROSLI telah dinobatkan sebagai pemenang tempat yang ke 5 dari 10 orang yang masuk ke peringkat akhir , ketika itu penyertaan bagi pencarian model DJC lebih dari 100 penyertaan , akan tetapi beliau antara yang terbaik dari yang terbaik .

Ucapan kami dari pihak pengurusan DJC semoga NADYA akan berjaya  dalam bidang yang  dan juga perniagaan yang diceburi , semua perkara jika kita lakukan dari bawah dan ditambahkan dengan usaha serta doa Insyaallah kita akan berjaya , ucapan kami dari DJC semoga anda sukses dan lebih berjaya dimasa depan .

 Oppssss.... ok ker

Terima kasih kerana memberi kerjasama dengan pihak DJC selama ini , segala kerjasama yang diberikan kami dari DJC mengucapkan Terima Kasih . 

Gambar yang diambil semasa memakai pakaian pengantin dari DJC , Insyaallah 2013 DJC Bridal Gallery akan dibuka doakan DJC yer  , Gambar adalah semasa Event Pencarian Model Bagi DJC seisi 2012/2013


Gadis Manja Kacukan Melayu Cina Berjaya ke Peringkat Akhir Pencarian Model DJC

Raut wajah yang ayu dan lembut telah menjadikan beliau di antara finalis bagi Pencarian Model Dlia Jane tahun 2012 / 13. Gadis kacukan cina dan melayu ini dilahirkan pada 29 Ogos 1987 dan baru berusia 25 tahun.
 
Tidak hanya berbekalkan kecantikan semata-mata, beliau juga cemerlang dalam bidang pendidikan kerana memiliki Diploma Kejuruteraan Awam dari UTM dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Uniten. Beliau yang merupakan pereka bentuk infrastruktur bangunan di syarikat Arup Jururunding dalam bidang Kejuruteraan Awam ini, mula berkecimpung dalam bidang modeling selama setahun setengah.

Beliau bukan hanya memperagakan pakaian pengantin sahaja, beliau juga memperagakan produk lain seperti jubah dan tudung. Di antara butik yang pernah menggunakan khidmat beliau adalah Butik Mama, Butik Delfira, Butik Alqilah Fabrik, Butik Busana Hawa dan juga beberapa butik pengantin yang lain.
Wajah beliau juga pernah beberapa kali menghiasi majalah Dara, Wanita dan Harmoni dan pernah terlibat dalam pertunjukan fesyen bagi butik pengantik dan Butik Mama.

Beliau yang kami maksudkan ialah  
Nur Zafirah bt. Mohd Noor
 
Salam tahniah dari kami………..











Kegalan Pertama Tidak Mematah kan Semangat - Dulu Gempal Kini Langsing

Bertuah kerana memiliki raut wajah menawan dan mata yang galak, beliau yang berusia 28 tahun ini telah pun mendirikan rumahtangga bersama pasangannya, Azmarisham bin Maat dan juga ibu kepada Iman Alisya. Beliau yang mempunyai kelulusan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M) ini, bekerja sebagai Pembantu Tadbir di sebuah syarikat swasta di ibu kota.




Beliau berpengalaman luas dalam bidang modeling dan pernah terlibat dengan Peragaan Busana di Festival Ramadhan Sg.Wang Plaza anjuran bersama Kementerian Kesenian dan Pelancongan. Beliau juga sering dipanggil untuk memperagakan pakaian dari butik-butik untuk Majalah pengantin seperti RAJA SEHARI dan STAILISTA dan menjadi model untuk Produk Kesihatan MAHKOTA DEWA.












 
Beliau yang pernah menjalani shoot bersama Majalah Suksess bagi keluaran September 2012 ini, pernah menyertai Pencarian Model Dlia Jane Collection sebelum ini tetapi gagal mara hingga ke peringkat akhir , hanya kerana tubuh dahulu agak gempal kini beliau telah berjaya melangsingkan badan dan kelihatan lebih anggun bergaya .

Kegagalan pertama tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk mencuba lagi pada tahun ini dan akhirnya melayakkan beliau hingga ke peringkat final.

Beliau yang kami maksudkan adalah Merley Liana binti Kahiri

Salam tahniah dari kami……..