SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday 23 July 2012

Sign Board Dlia Jane Collection direalisasikan - Alhamdulillah

bertungkus lumus
 Selamat berpuasa kepada semua yang singgah lalu disini , hari ini jika mengikut tarikh sebenar post ini dibuat umat Islam telah masuk hari ke 4 berpuasa , sekejap sahaja masa berlalu sepatutnya masa hari pertama puasa iaitu hari Sabtu 21hb July 2012 bersaman 1 Ramaddan DJC cuba gagah juga untuk menulis blog ini tetapi tidak kesempatan .

Tiada yang menarik untuk dikongsikan bersama , puasa tahun ini seperti juga puasa puasa yang lepas hanya pada tahun ini apa yang DJC cuba nyatakan disini abah tersayang DJC kelihatan agak uzur keadaan badannya yang susut sesangat ,tetapi dia gagah juga untuk berpuasa untuk menyedapkan hati DJC dia berkata kalau dia kerja tak lah nampak penat tapi sebab dia duduk rumah dia tak buat apa yang menyebabkan dia nampak penat sangat .Insyaallah abah sentiasa sihat ....

Dikesempatan ini izinkan DJC berkongsi bercerita tentang satu lagi kejayaan Dlia Jane Collection dimana insyaallah pada pagi ini 24 July 2012 dalam lebih kurang pukul 11 pagi akan naiklah sign board DJC di hadapan kedai kami di Putrajaya .

Setalah hampir 4 tahun barulah DJC berjaya menaikkan sign board yang menjadi kebanggaan hampir semua perniaga yang mempunyai premis perniagaan , sukar DJC ingin gambarkan perasaan DJC ketika ini ada sedih ada juga gembira , sedih kerana banyak kenangan untuk membangunkan DJC manakala gembira kerana inilah hasil usaha DJC dari awal sehingga kehari ini telah menampakkan lagi jayanya perniagaan DJC setapak lagi , Alhamdulillah walaupun setapak melangkah DJC tetap bersyukur kerana bagi prinsip DJC bukan mudah untuk dapat langkah langkah kejayaan , biar lambat tetapi setiap tahun terdapat langkah langkah kemajuan . 

Jika masa belajar dulu DJC masih ingat dimana "circle of business " dimana peringkat yang paling payah untuk menempuhnya adalah ketika proses pengenalan , DJC walaupun telah hampir 4 tahun ( Sept 2008 -2012 ) DJC masih berada ditakuk perkenalan Insyaallah biarlah ianya akan sampai ditakuk zaman kegemilangan , itu semua rahsia ALLAH apa yang mampu DJC lakukan adalah berusaha .

Jika ada yang mengikuti blog ini mesti masih ingat tentang antara hajat DJC untuk mendapatkan Sign Board , bagi yang tak ingat boleh baca (clik sini ) .Tak sah kalau bercerita tanpa ada gambar , so jomlah DJC berkongsi gambar sign board premise perniagaan DJC , kali ini DJC berkongsi gambar sign board tersebut yang masih dikedai , Insyaallah nanti DJC akan letakkan pula setelah ianya berjaya diletakkan dipremise perniagaan DJC di 

DLIA JANE COLLECTION
No.9A Jalan P9B/1 
Presint 9 Putrajaya 

Sebelum terlupa izinkan DJC mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada dua sahabat dan merangkap adik kerana merealisasikan terwujudnya papan tanda dipremise kedai DJC , beliau yang dimaksudkan adalah NOR AMALINA ( AMAL ) bertungkus lumus turun naik pejabat perbadanan Putrajaya bagi mendapatkan kelulusan membuat dan menaikkan iklan dan NURUL HAIZA YAHYA yang bertungkus lumus menyiapkan drawing papan tanda tersebut, tanpa kalian berdua mungkin pemasangan papan tanda ini lambat lagi dapat direalisasikan dan kemungkinan juga sudah semestinya perbelanjaan bagi memperolehi kebenaran ini akan meningkat ...terima kasih kepada kalian sekali lagi .

Gambar papan tanda DJC yang telah siap dipacking Insyaallah untuk dipasangkan dihadapan premise perniagaan DJC diPutrajaya

Gambaran penuh Papan Tanda tersebut .

Gambaran penuh dan lebih dekat Papan Tanda tersebut .


Gambaran no lesen perniagaan dan no lesen iklan , kalau u all nak tahu untuk mendapatkan no lesen tersebut banyak sungguh cobaannya ...semuanya biarlah ianya menjadi sejarah hitam dan disimpan didalam hati , kepada yang agak terkilan dengan naiknya papan tanda ini , semoga anda lebih berjaya lagi dan lagi

Monday 9 July 2012

Web Rasmi Dlia Jane Collection Berubah Tangan


Bagi yang mengikut blog DJC ini , mungkin ada yang memberi tanggapan yang berlainan antara satu sama lain , mungkin ada yang mengatakan DJC sibuk , malas , tiada apa yang nak post dan sebagainya , jika ada jawapan lain dari yang apa DJC tuliskan ini mungkin jawapan anda benar kerana tiada satu pun jawapan yang dinyatakan itu adalah jawapannya  huiiii ayat berbelit belit tak ngapa kita buat senaman minda kejap hehheheh . 
(web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my

Sebenarnya hari ini DJC hendak bercerita tentang bulan JULAI 2012 dimana DJC telah menjaga web tersebut secara rasminya , selama ini DJC mengharapkan bantuan orang bagi mengelolakan web tersebut jadi bila orang lain yang mengelolakan bermakna DJC tidak dapat sepenuhnya mengawal kemaskini web tersebut , kerana orang yang dipertanggungjawapkan mengelolakan web rasmi tersebut bukan hanya fokus kepada web DJC satu sahaja.(web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my 


Jika dulu sebulan product DJC hanya dapat dimasukkan 3-5 koleksi sahaja dalam masa sebulan , tetapi setelah DJC buat secara sendiri dapatlah DJC buat kemaskini tersebut setiap hari ...alhamdulillah .
Sebenarnya apa yang DJC hendak ceritakan disini adalah sifat tak percaya pada diri sendiri , itulah yang terjadi pada DJC sebenarnya setiap kali munculnya bulan ramadan web rasmi DJC tidak dapat diselenggarakan dengan sepenuhnya kerana empunya diri yang mengelolakan web tersebut turut mempunyai web dan perniaga kuih raya , yerlah masing masing inginkan pendapatan tambahan itu DJC tak dapat sangkalkan . DJC pula tanpa mahu berusaha hanya biarkan permasaalahn ini berlaku tanpa mengambil sebarang "insensitive" untuk menjalankan web tersebut , rasanya dalam 3 tahun kebelakangan ini bila sampai sahaja bulan puasa @ Ramaddan maka terhentilah web rasmi DJC kalau ada pun tak lah sempurna seperti biasa .  
 (web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my


Tahun 2012 adalah tahun DJC beranikan diri untuk belajar dan membuat serengarakan web tersebut , DJC dapat bantuan dari tenaga pelajar yang berbayar untuk mendapatkan khidmat pengajaran bagi DJC yang mempunyai otak tahap LEMBU nie ...huhuhuhu tapi tahap tahap lembu hanya unt IT yer yang lain lain  I'M CLEVER WOMEN hhmmmmm siapa lagi nak puji diri kalau diri sendiri tak beri penghargaan pada diri sendirikan .
Setelah menghandirkan kelas selama 2 jam , alhamdulillah dapatlah DJC memasukkan product dan kemaskini detail bagi product tersebut , so kalau yang mengikuti web DJC tersebut janganlah pelik product memang ada perubahan tetapi menu dan slide show masih yang lama .
(web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my
Lupa pulak nak credit kepada web master DJC terdahulu NURUL AINI ABDUL RAHIM  , terima kasih dengan sokongan dan tanggungjawap yang diberikan kepada seisi keluarga DJC , seingat DJC dari mulanya operasi kedai alam nyata sehingga sekarang beliau seorang sahaja yang mengelolakan web tersebut ,terima kasih juga kerana berusaha membantu dalam mencantikkan web tersebut dan terima kasih tak terhingga kerana sudi membuat slide show bagi mengajar mengelolakan web tersebut .
(web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my

Moral of story , jangan takut untuk mencuba kerana jikalah dari dulu DJC dah menjinak jinakkan diri dengan belajar mengelolakan web DJC , sudah tentu sekarang DJC dah pandai mengemaskini web DJC . Tetapi tak ngapa semoga hari esok DJC akan dapat juga faham dan tahu tentang web DJC .
(web rasmi DJC ): www.dliajane.com.my