SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 25 September 2012

Bekas Atlet SUKMA Antara Yang Menghiasi pentas pencarian akhir model DJC seisi 2012/13

Gadis yang memiliki kulit yang putih kuning  ini berasal dari Negeri Sembilan. Beliau yang berusia 24 tahun ini dilahirkan pada 21/03/1988. Tidak hanya berbekalkan wajah yang cantik, beliau juga memiliki Diploma Pembuatan di Politeknik Port Dickson dan sedang menuntut di Universiti Kuala Lumpur bagi Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) dalam Rekabentuk Perindustrian.
Tidak di sangka-sangka di sebalik kelembutan liuk lentuk tubuhnya memperagakan pakaian, beliau merupakan bekas atlet bagi Negeri Sembilan dan pernah mendapat pingat gangsa di dalam Sukma 2008 dalam sukan Karate-do.

Antara Gambar yang diambil semasa menjayakan program "photoshoot" 
Collection Royal Raya - Zery Zambry 


by Jueis Bridal collection






Beliau pernah terlibat di dalam photoshoot bersama Sentuhan Wan Eiza dan Persona Kaseh bagi  busana pengantin, Projek Flower Theme bersama Napie Moksin, photoshoot bersama Hisam Mohd Said dari Hijjab Collection, Personal Photoshoot bagi Theme Antigonis Pose-style, Liza Baharuddin Theme Santai, Ala'sangratu Theme, Arabic Theme, Head2Toe Boutique bagi High Fashion dan juga ESM Collection.






Beliau juga sering terlibat di dalam pertunjukan fesyen dan di antara penglibatan beliau adalah Pameran Pengantin 2011 di PWTC bagi Busana Pengantin Atlia Armani & Bellammar's, Jueis Bridal dan Kekabu Wedding di Festival Pengantin Malaysia, Demo Catwalk bersama Saffiya bagi rangkaian TV9 di MSU Shah Alam, pertunjukan fesyen bersama ‘Women of Malaysia’ dan memperagakan pakaian Muslimah bagi Mariamah Collection, Sri Kapas Boutiqe, Chinese Collection dan Hidayah Collection. Beliau pernah mendapat tempat pertama bagi Pertandingan Catwalk anjuran Empayar Siti Murni dan tempat ke-6 bagi Pencarian Model Festival Pengantin Malaysia 2011.














Tidak hanya pada pertunjukan fesyen, beliau juga terlibat  dalam ‘Runway’ iaitu bagi Niew Ladies Carnival untuk Online Hijab Boutique,  Modesty In Style (YODA) di PWTC dan Reflection Event bagi Pestalina dan Shopspksweetheart. Beliau juga terlibat dalam promo TV bagi Empayar Siti Murni dan Koleksi Royal Raya dari pereka terkenal Zery Zamry di TV9, makeover bersama Ronasutra bagi majalah Mingguan Wanita, juga terlibat dalam Project Express Studio Photoshoot oleh Nurizq dan di dalam Gadisku Ipad bagi Butik BottonMybottons bersama Harian Metro.
Beliau yang kami maksudkan adalah Siti Syaidatul Akmal

Salam tahniah dari kami....

No comments:

Post a Comment