Kesinambungan cerita dari topik ini :-
3) Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 34) Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 4
Terasa sayang pulak ingin menutup cerita tentang percutian ini , apa yang dimaksudkan menutup adalah ini merupakan part yang terakhir dalam rangka percutian ini , mungkin bagi sesetengah individu akan menganggap percutian sekadar ke Cemeron Highland tiada apa apa makna pun dalam kehidupan mereka kerana mereka kerap ke percutian yang lebih gah , tetapi percutian kali ini secara individunya adalah antara moment moment yang terindah dalam kehidupan DJC kerana dari tidak kenal antara satu sama lain DJC telah kenal mereka iaitu Deyna , Misha , Fida , Nadia dan Farahin begitu juga kak Zila dan keluarga serta kawan kawan sepejabat DJC sha , pisah dan Aida .
Sesungguhnya bagi diri DJC sendiri , bukan senang untuk DJC mendapat kawan , maka kalau kita dah dapat kawan jangan lah kita membuat musuh pula harapan DJC smoga pehungan kita kekal sehingga bila bila . Kali nie DJC hanya ingin berkongsi cerita tentang makan malam , makan malam seperti yang telah dimaklumkan sebelum sebelum nie ditaja dan ditanggung sepenuhnya oleh abah tersayang ..sayang ...sayang abah .(bukan sebab abah belanja makan DJC sayang abah tau tapi memang tersangat sayang pada abah )
Kami telah memilih untuk makan steamboat sahaja , tapi banyak sesangat tau sampai tak habis makanan makanan tersebut , agak terkilan sebab kak zila dan family juga Deyna tak join makan makan tersebut , salah juga DJC sebab tinggalkan HP dalam bilik then DJC ingat masa jumpa kak zila kita makan kat kedai bawah Apartment tu tapi yang benarnya kak zila tak tahu lokasi kedai tersebut , kesian kak zila dan family serta Deyna tak makan lah malam tu . Kira kira DJC kejam tau ..maaf yer kak zila dan deyna , tiada sedikit pun niat dihati nak buat sedemikian . Oleh kerana penat anak anak DJC yang sulung Muhammad Aniq Ajeeha tidak turut serta makan malam tersebut , jadik DJC terpaksa ke pekan unt membeli makanan unt anak DJC , masa tu yang abah DJC call suruh bungkus sekali makanan untuk kak zila sekeluarga dan Deyna . Baru masa tu yang DJC tahu mereka tak makan .
Semasa kami makan , yang sebenanya kedai dah tutup so hanya kami 2 meja sahaja meriuhkan suasana kat kedai tu , tabik spring lah pada misha walaupun ditimpa dugaan tetapi dia dan keluarga masih menghormati DJC serta keluarga , sangat menghargai sikap awak dan suami ...terima kasih kembali .Setelah selesai makan semua nya balik ke bilik masing masing , memang cukup penat hari ini tetapi seperti yang dilihat dari cerita cerita sebelum ini nampak yang mereka semua happy walaupun percutian kali ini amat singkat untuk kalian , doakan rezeki DJC bertambah Insyaallah kita berkumpul lagi hujung tahun depan 2013 ...Doa kalian amat dihargai .
Jom kita layan gambar gambar yang berjaya diambil oleh kamera " Gadis Jelita " kita terima kasih atas ihsan gambar tersebut , kalau sha tak ambil gambar bermakna memang tiadalah kenangan bersama sewaktu makan malam tersebut , semoga moment moment tersebut akan menjadi antara kenangan yang indah dalam hidup kita bersama .
Gambar tempat makan sea food pada malan tersebut , gambar yang empunya gambar yang berada didalam gambar nie ... terima kasih kerana memberi gambar ini untuk kenang kenangan dimasa hadapan
Proses untuk makan bermula
Sedang tunggu masak
Entah apa yang dikelentongkan oleh DJC sampai asyik sangat ibu , suami dan anak mendengarnya
wajah wajah yang tak sabar nak mamam
Meja kami ... kenapa muka DJC cam tu sekali ... hhuhuhuhuh
meja sebelah ... makan jangan tak makan
So sehingga disinilah berakhirnya aktiviti kami bagi musim ini , Insyaallah jika ada rezeki lagi DJC akan berkumpul sekali lagi bersama sama ahli keluarga DLIA JANE COLLECTION semoga perniagaan DJC tetap teguh bagi tahun tahun mendatang .Amin....
Gambar yg first tu mcm saya jer.... He3... saya kan giler bergambar....:)
ReplyDelete