SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Tuesday 16 October 2012

Suka Dan Duka Seribu Mimpi Dalam Pencarian Model Dlia Jane Collection Seisi 2012/13 ( Part 1)

Logo Flora Cafe

 
 Sepatutnya perancangan awal ruang legar dalam restoren adalah tempat majlis ini disempurnakan
 Setelah difikir untuk keadaan yang lebih selesa maka inilah lokasi Bakal tempatmenjadi saksi majlis Pencarian Model DJC 2012/13

 Cermin yang menaikkan seri dan class Flora Cafe


Cuba lihat betapa cantiknya hiasan lampu di syiling Flora Cafe .... sungguh cantik


Mewah dengan hiasan bunga , memang tenang disini dan antara kedai makan yang DJC masuk dan hiasannya cantik .

Tanpa disangka sangka masa yang ditunggu telah sampai , sebagaimana awalnya juga perancangan dibuat tetapi masih terasa bahangnya dan terasa juga semuanya dalam terkejar kejar , pada permulaan perancangannya kami hanya akan membuat majlis ini seringkas yang pasti , setelah meninjau tempat yang akan terjadinya kejadian tersebut maka perancangan demi perancangan yang lain berlegar  diruang kepala ini .

Jika sebelum ini perancangan yang pertamanya adalah hanyalah menyewa dibahagian dalam ruang kedai makan FLORA CAFE sahaja apabila pada 9 October 2012 , DJC sendiri pergi kesana apa yang DJC dapati ruangan kedai makan tersebut terlalu kecil dan DJC mengambil keputusan drastik dan mengambil keputusan untuk menggunakan ruang legar sebagai tempat utama majlis tersebut manakala bahagian kedai digunakan sebagai tempat makan tetamu .

Bila membuat sesuatu keputusan yang mendadak ini , for sure kos kewangannya akan bertambah sememangnya DJC tahu perkara tersebut tetapi demi untuk buat yang terbaik majlis yang dikelolakan oleh diri sendiri ini dan dibantu dengan "adik adik yang berlainan ayah dan emak " dan  suami tercinta akan berjalan lancar dan tersusun itu yang penting .

Buat pertama kali En.Suami mengambil berat dan mengambil tahu tentang majlis ini terharunya lah hati ini , barulah DJC tahu yang sebenarnya beliau sokong dengan apa yang dilakukan oleh DJC . Terima kasih sayang ...boleh ker gitu hehhehheheh , mungkin sebelum nie beliau menyokong dari belakang dan tidak menonjolkan diri tetapi pada kali ini memang I luv u lah my hubby , terima kasih kerana memberi kerjasama dalam menyelesaikan perkara perkara yang berbangkit .

Satu perkara besar telah selesai , perkara yang kedua tempat mekap pula kerana ruang mekap memang tiada di Flora Cafe maka perkara ini mesti diambil kira , pada mulanya tempat mekap hendak diadakan di Gombak Prima mungkin ada yang bertanya kenapa jauh sangat tempat mekap ini semua adalah kerana KOS KEWANGAN , ingat kan bila ambil hotel budget ianya nya selesai tetapi jika difikir kembali kenapa nak menyusahkan peserta so DJC sekali lagi mengambil keputusan menyewa Apartment SuCasa 
(The Nomad Sucasa) ,dimana Apartment ini hanya terletak di seberang jalan untuk ke Flora Cafe , so bayar ajerlah Apartment 2 bilik  bermakna kos perbelanjaan bertambah lagi .Untuk tujuan tersebut DJC dan keluarga check in pada hari sabtu 13 Oct 2012 dan para peserta akan datang untuk tujuan mekap pada 14 Oct 2012 seawal 10 pagi . 

Demi Majlis pertama ini DJC akan sedaya buat yang terbaik kerana ianya akan melibatkan maruah diri DLIA JANE COLLECTION dalam hati DJC terus kuatkan semangat kerana DJC percaya jika ketentuan tuhan mengatakan rezeki berpihak kepada DJC maka ianya akan menjadi milik DJC juga yang penting DJC mesti berusaha kearah perancangan yang dibuat .

Mungkin orang boleh berkata itu dan ini , ini tak baik dan ini tidak segah mana tapi percaya lah yang hanya orang yang pernah jayakan majlis seperti ini akan tahu bagaimana besarnya komitment dan sukarnya melayan tekanan demi tekanan sehingga hari kejadian , sebenarnya dan sejujurnya BANGGA dengan perancangan yang dibuat demi sikap tanggungjawap pada diri sendiri majlis ini mesti diteruskan .

Sekali lagi ingin DJC tegaskan semua perancangan ini hanya dilakukan oleh DJC sendiri , maka DJC percaya dan dapat terima jika perjalanan majlis ini tidak sempurna dimata jemputan , dalam dada harap hanya semua berjalan lancar sseperti yang direncanakan .  

DJC hanya mampu membuat perancangan tetapi hanya ALLAH S.A.W yang menentukan .Allah kau permudahkan lah majlis ini dengan perancangan yang telah dirancangkan hanya engkau yang tahu bagaimana aku hampir tidak mampu lagi untuk menjaya kan majlis ini , tetapi demi untuk kedua ibu dan abah aku , aku gagahkan juga ......... 

Mungkin jauh untuk DJC fikirkan apa yang akan terjadi tetapi tanpa  DJC sedari  semua akan  menjadi satu kenangan terindah dalam hidup  DJC Sekarang DJC hanya bayangkan semua yang terbaik untuk majlis ini .

So good luck for DJC .

4 comments:

  1. Cantiknya Flora Cafe tu...
    Semoga majlis ini berjalan dengan lancar ya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya amat cantik , bagi orang seperti saya yang tak pernah ke sini , alhamdulillah majlis ini telahpun berlangsung dengan jayanya , nanti singgah lagi disini yer unt melihat kemeriahan majlis ini

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca dan teruskan membaca cerita cerita terkini DJC

      Delete