SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday 3 September 2012

Fikir Sebelum Buat !!!! Jangan bila dah buat baru nak berfikir ...hmmmm

Setelah hampir sebulan tak updated blog , hari ini DJC datang untuk menulis blog yang lama tak disinggah , semua nie adalah kerana panggilan yang diterima pada 2/9/2012 9.18pm  dari 017-xxxx929 .

Panggilan tersebut telah dibuat tanpa perkenalkan diri ... ada ker adab ???? perbualan tiada unsur tokok tambah , jom DJC kongsi disini ...
-----------------------------------------------------------
Panggilan : Assalammualaikum ... ini Dlia Jane Collection ( tetapi sebutan tak betul , tak berapa pasti sebutan yang dikeluarkan dari lidah beliau ) 
DJC :- Ya saya , ada apa yer
Panggilan : ini pemilik sebenar Dlia Jane Collection ker ...
DJC : Yer saya ..kenapa
Panggilan : saya nak minta tolong KALAU BOLEH  ( sengaja di besarkan ayat tersebut kerana beliau telah tekankan patah patah perkataan tersebut ) saya nak awak padamkan semua gambar , Cik XXXX peserta finalist pencarian model Dlia Jane Collection seisi 1 pada tahun lepas . DJC : kenapa yer , ??? 
( Dalam hati terfikir yang penama yang dinyatakan telah meninggal dunia , minta maaf lah sesangat , kerana berfikirkan perkara yang tak baik kepada penama )
Panggilan :  saya tunang dia , dan saya tak nak tanggung dosa dia kerana gambar dia menjadi tontonan orang ramai , saya harap awak faham .
( setakat yang ini sebenarnya DJC faham dan cuba fikirkan cara nak delatekan gambar penama TETAPI tang ayat dibawah nie yg DJC tak leh nak terima ) sekarang saya nak tanya awak boleh padam atau tidak . ( suara agak tegas dan sombong )
DJC : Tengoklah keadaan , dan nanti saya fikirkan 
Panggilan : Maksud awak tak mahu padankan lah , kan ... lagipun ianya tak menjejaskan perniagaan awak kan ....
DJC : Seperti yang awak sedia kata , awak minta tolong jadi nanti saya fikirkan lah ,saya pun tak keluarkan kenyataan yang saya tak mahu padamkan . Seperkara lagi kenapa tak minta penama sendiri datang dan berbincang dengan saya , dia yang bersetuju untuk memasuki pencarian tersebut tanpa ada paksaan dari pihak DJC sendiri kenapa perlu saya nak padan semua entry tersebut . 
Panggilan : Dia memang BODAH ... dulu, saya tanya sekali lagi awak nak padam atau tidak kalau tidak saya akan bawa perkara ini ketengah dan saya akan saman .
DJC : Terserah ... dan terima kasih 
Panggilan : terus letak phone
----------------------------------------------------------------



Nasihat dari DJC :-
1) Perkara yang boleh dibincang kenapa perlu suruh orang ketiga yang berurusan , tak kiralah TUNANG ker , SUAMI ker , pertama tamanya penama tersebut yang sepatutnya datang berbincang dengan DJC . Kenapa masa nak masuk pertandingan nie pandai pulak urus kan kemasukan gambar , datang seisi photografi  tanpa sebarang paksaan pun dari pihak kami , alih alih dah ada TUNANG ... kenapa nak suruh tunang pulak berurusan .

2) Kalau penama tu ada sifat iklas , kenapa tidak berterus terang kepada TUNANG cerita yang benar kemasukan penama untuk pertandingan pencarian model DJC ini , bukan pihak DJC yang memaksa dan terangkan juga bagaimana penama terpilih hingga peringkat akhir .

3) Pemanggil ada mentionkan , yang ianya tiada kerugian dari pihak Dlia Jane Collection , tetapi harus difikirkan kerugian tu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi harus diingat kerugian yang kami akan tempuhi adalah dari segi reputasi dan kenangan , langkah langkah sejarah untuk proses pertandingan ini , kepada TUNANG penama , pihak kami tidak meletakkan ianya sebagai satu kesalahan dari pihak beliau , kerana perkara  ini terjadi adalah disebabkan tidak faham susur jalur kejadian( pertandingan pencarian ) ini berlaku , makanya kalau TUNANG penama nak kepastian sila duduk berbincang dengan kami .

4) Kalau diamati , permintaan pertama telah dipenuhi kerana gambar penama yang menggayakan 5 helai ( 1 set ) pakaian product kami telah dipadankan dari web www.dliajane.com.my ( 2 bulan terdahulu , ini pun kerana product tersebut telah habis terjual )  , hanya gambar semasa peristiwa perkenalan peserta akhir dan  hari keputusan pemenang diumumkan , hanya 2 peristiwa ini yang ada gambar penama yang masih ada dipamerkan .Jika gambar ini yang maksudkan unt dipadam adalah SUKAR bagi pihak kami untuk krompomi kerana ianya melibatkan susur jalur kenangan pertandingan ini .

Pendapat secara UMUM :-
Sejujurnya , iklas dari hati DJC bila perkara ini terjadi DJC terpikir kembali , kenapa ianya terjadi ...salah satu jawapannya kita sebagai manusia ingin membaiki diri sendiri , begitu juga pada diri DJC ingin membaiki diri .Tetapi kenapa tidak kita menguruskan ianya tanpa melibatkan orang lain , contoh dari peristiwa diatas , kenapa bekas pemenang pencarian model DJC seisi 1 tersebut , tidak mahu berhubung terus kepada DJC ...lainlah kalau dia pernah berhubung dan DJC tidak membuat sebarang susulan bolehlah kiranya menggunakan orang ketiga .

DJC agak sedihlah dengan perkara ini , kerana penama pun bukan tak pernah berjumpa dengan DJC .

Kepada yang ada simpan didalam hati perasaan untuk memperagakan product DJC harap selepas ini lebih berhati hati , fikir sebelum memasuki apa juga pertandingan , jangan esok lusa bila kita nak beralih arah kita menyusahkan orang lain . 

Maaf jika ada patah patah perkataan yang menguris perasaan , tetapi harus juga mengkaji kenapa ianya terjadi jika tiada yang usik sarang tebuan ....hmmm




3 comments:

  1. Astagfirullazim.. Sian DJC. Tak sangka jadi camtu sebab saya sendiri pun baru betunang dan Alhamdulillah dia izinkan saya join modelling selagi masih belum berkahwin dan ada anak. InsyaAllah semuanya berjalan dengan baik.:)

    ReplyDelete
  2. Itu lah yang dikatakan ... DUGAAN tetapi semua perkara boleh dibincangkan , betul tak

    ReplyDelete
  3. Betul.. Berbincang dengan cara yang berhemah dan profesional itulah yg terbaik. Masalah peribadi jgn dibawa dalam karier. Susah nanti.:)

    ReplyDelete