SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday 4 June 2012

PENCARIAN MODEL DLIA JANE SEISI 2011/12

 Penerangan Gambar :
 Antara 10 orang jelitawan yang berjaya ke peringkat akhir pencarian model bagi DLIA JANE COLLECTION dengan baju T-Shirt dari DJC .

Sekadar menulis peristiwa yang lepas bagi memenuhi dairy ini , sebenarnya peristiwa pencarian ini berlaku sekitar bulan March 2011 hingga final sept 2012 .
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhammdulillah,setelah banyak cabaran yang diterima akhirnya dapat juga pencarian model bagi DJC sampai ke peringkat akhir, terima kasih kepada semua yang terlibat dari mula hinggalah ke hari pemilihan pencarian ini .


Pencarian ini tercetus dari idea dari Iena seorang model secara part time ketika itu , Alhamdulillah perkenalan yang singkat dapat idea yang amat bernas dari beliau dan tanpa disangka sangka pula Iena setuju pula berkerjasama dengan Linda dan Nizam untuk menjayakan project nie . 

10 orang yang berjaya ke Final adalah tapisan dari lebih dari 100 orang yang mencuba nasib diperingkat saingan , mereka dibahagikan dalam beberapa kumpulan mengikut kemasukan penyertaan .

Setiap group dikumpulkan seramai 20 orang dan dari setiap kumpulan tersebut dipilih 100% dari sistem vote , dan dipilih 5 orang dalam setiap group , bermakna mereka yang terpilih ini adalah termasuk dalam senarai short listed atau semi final .Dimana setiap peserta yang telah terpilih akan dipanggil untuk proses photoshoot yang diadakan di Tasik Perdana .

Bagi pemilihan 10 peserta yang terakhir , pihak pengurusan DJC sendiri yang akan membuat pemilihan , secara melihat cara mereka bergaya dihadapan kamera dan pandangan secara individu dengan mereka yang dilantik oleh pihak DJC .

So inilah antara rentetan pencarian model bagi seisi 2011/2012 .Pengalaman yang dapat dari proses pencarian ini adalah bersedia dari segi mental dan kewangan kerana semuanya melibatkan wang bila diadakan satu satu event seperti ini .Insyaallah kalau lah ada rezeki DJC dikenali ramai mungkin ada yang sudi menaja , jika ada yang menaja maka perbelanjaan akan kurang .

Kita akan berjumpa lagi ke next post , berkenalan dengan peserta final secara individu ...so stay tune yer ....

**Lupa pulak nak inform semua gambar gambar adalah hak persendirian DLIA JANE COLLECTION  !!!


Percaya atau tidak yang tengah tengah tu lah Owner DLIA JANE COLLECTION ..... hhehhehhe

No comments:

Post a Comment