SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Thursday, 8 November 2012

Suka Dan Duka Seribu Mimpi Dalam Pencarian Model DJC Seisi 2012/13 - Part 3

 Kesinanbungan dari cerita ini ... Jangan lupa membaca-berminat untuk membaca hanya clik disini .
1) Suka Dan Duka Dalam Pencarian Model DJC seisi 2012/13 -Part 1 
2) Suka Dan Duka Dalam Pencarian Model DJC seisi 2012/13 - Part 2 

Ini pula terdahulu semasa pencarian 2011/2012 Jangan lupa membaca - berminat untuk membaca hanya clik disini . 
 1) Pencarian Model DJC Seisi 2011/12 - Part 1
 2) Orang Disebalik Kejayaan Pencarian Model DJC seisi 2011/12 

Detik detik debaran semakin hampir hari ini 13hb October 2012 bertemulah kita wahai adik adik ku yang sebelum ini kamu hanya mendengar suara dicorong HP atau berbual ditalian FB ,jumpa memang kalian tak jumpa DJC tetapi percayalah tidak sedikit pun ada perasaan untuk menipu kalian DJC menulis kata kata seperti ini adalah kerana jauh disudut hati ini masih ingat kata kata salah peserta yang menarik diri untuk memasuki pertandingan ini yang mengatakan DJC mempergunakan mereka , jujur dan sejujurnya DJC tidak sama sekali memikir sejauh seperti itu , disini DJC ingin mengambil kesempatan memperbetulkan keadaan secara terbuka kerana tidak mahu lagi ada yang mendengar sebelah pihak dan menghukum DJC tanpa usul periksa hanya kerana percaya kata kata KAWAN sedangkan DJC bukan KAWAN dipersalahkan tanpa diselidik oleh kerana DJC tidak mahu "kalian kalian " semua menambah dosa memperkata dari mulut ke mulut tanpa usul periksa , DJC disini membetulkan keadaan .

Keadaannya nya adalah "simple" sepanjang pertandingan ini dilakukan DJC tidak sama sekali menunjukkan muka DJC kepada adik adik semua , ini bukan baru berlaku memang dari pertandingan pencarian seisi pertama 2011/12 . Mereka juga sama seperti kalian hanya bertemu pihak urusetia pada ketika itu . Jadi "cukup cukup sudah lah yer " memperkata tentang perkara ini .Terus ke tujuan kenapa perkara ini dilakukan ...hmm 
ini adalah kerana tidak mahu ada anasir anasir yang lain seperti jika seseorang tu nampak lembut , peramah dan lain lain yang baik hati perempuan DJC ini akan cair almaklumlah hati DJC nie tak cukup profersional lagi almaklum perniaga kecil kecilan mungkin bila ada rezeki menjadi owner butik yang besar besaran mungkin hati ini akan juga berubah bersikap profesional ....

Pelik sungguh DJC tak tahu apa sebenarnya nak cerita dalam part 3 ini , yang sebenarnya DJC nak bercerita tentang PERJUMPAAN bersama FINALIST PENCARIAN MODEL BAGI DJC seisi 2012/13 percubaan ini adalah perjumpaan kali pertama antara DJC dengan adik adik semua .

Alhamdulillah kesemua peserta hadir pada hari tersebut , antara yang hadir adalah Kak Zila selaku MUA RASMI bagi MODEL DJC seisi 2011/12 , DEYNA - Pemenang Pencarian Model DJC seisi 2011/12 , AJK Pencarian Model DJC seisi 2012/13 - Sha , Ibu DJC anak anak serta Suami Tercinta .Semuanya berjumpa dan disediakan jamuan ringan di Flora Cafe Ampang Walk Mall . Jamuan ringkas ini berjalan lancar Alhamdullillah semua yang hadir dapatlah mengisi perut pada waktu itu , kerana almaklum suasana ketika itu baru lepas hujan mesti perut lapar kan ...

Secara ringkasnya perjumpaan tersebut dirancangkan spt ini :-

Tarikh : 13 October 2012 
Hari : Sabtu 
Waktu : 3.30 ptg 

Tetapi memandangkan hujan yang lebat diKuala Lumpur semuanya agak lewat sampai TERMASUK juga DJC kerana kami bertolak dari SEREMBAN , hujan juga lebat sepanjang perjalanan kami dari Seremban ke Kuala Lumpur .DJC sendiri sampai pada pukul 4.30 ptg dan DJC dah minta pada Deyna dan Kak Zila layan dan makan dulu sementara menunggu DJC sampai . Dalam pukul 5.20PM kami semua mulakan latihan untuk melancarkan apa yang akan dilakukan pada hari kejadian . Perbincangan demi perbincangan dibincang bersama ada yang kata A ada yang kata Z bila perbincangan selalu ada pilihan jadi selaku penaja utama DJC membuat keputusan apa yang terbaik pada pemikiran DJC tetapi masih menerima cadangan cadangan bersama .

Rasanya , dengan DJC sahaja penaja meminta pendapat dari kalian jika dengan pertandingan lain DJC yakin anda yang memasuki pertandingan KENA IKUT SAHAJA kerhendak mereka suka tak suka kena ikut , betul tak tapi DJC masih mahu pendapat dari kalian dan hanya satu harapan DJC , iaitu semoga kalian akan memberi kata setujua bagi menjayakan majlis ini , Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan , walaupun ada perubahan disaat saat akhir dimana pada mulanya pentas tempat para peserta akan berdiri pada permulaan majlis tidak dapat direalisasikan memandangkan pentas pelamin tersebut basah kerana banjir di rumah pengantin yang sewa pentas pelamin tersebut ,.... tiada rezeki nampaknya tetapi DJC telah merancangkan diganti dengan meletakkan kerusi sebagai simbolik pemenang yang dicari .

Semua peserta akhir berjaya hadirkan diri , latihan tersebut berakhir pada jam ( lebih kurang ) 6.30 ptg .Terima kasih kepada kalian yang sudi datang pada hari ini . Jom kita layan gambar gambar yang ada pada hari ini .

1) Koleksi gambar gambar semasa dimeja makan , apa apa pun kalau nak buat biar perut disisi dulu , menu pada petang itu adalah .. 
Mee Goreng 
Nasi Goreng Cina
Kuih 2-3 jenis 
Ayam Goreng
Air Sirap Limau
 







  2) Antara wajah - wajah Peserta Akhir yang hadir pada hari tersebut , tak semua yang dapat di capture pada lensa camera ...maaf bagi yang tak der yer gambar ... tiada niat pilih kasih atau apa yer .... ( so soorry yer zaeta dan Aimi ) , ini antara wajah wajah asli mereka tanpa sentuhan mekap mewarnai wajah wajah mereka so , bukan senang kan nak tengok wajah asli mereka ... mungkin ada yang berkata asli ker ... tu nampak cam pakai lipstick ..yerlah memang lah ada memakai bedak , celak dan lipstik tetapi plg minima ... ok puas hati kan ... dengan jawapan yag diberi ...ok jom kita tengok wajah wajah mereka .......cantik cantik mereka nie .








3) Ditapak bakal tempat kejadian pada 14 October 2012 , semuanya telah mula diatur dengan sempurna , rasa teruja menantikan hari kejadian . Peserta melihat lihat sekeliling 







 
 
 4) Bermulanya perbincangan , apa yang nak kena buat nie ...ooopss tak tahu lah .
Buat nie tak kena , buat yang itu tak kena semuanya menjadi tak keruan ..hehhehe seronok jugak sekali sekali cam nie kan . Anyway berbanyak banyak terima kasih kepada kak zila @ Nurul Make Over kerana banyak memberikan idea pada DJC .

 5) Kalau u all nak tahu , yang pakai tudung merah tu adalah orang kuat yang menjayakan majlis DJC nie .

Setakat nie dulu laporan yang dapat diberikan , Insyaa Allah kita bertemu pula dilain lambaran dengan tajuk yang sama ...  banyak lagi cerita cerita tentang pencarian ini antara yang telah berlegar dikepala otak ini antara nya , wajah wajah finalist mula di mekapkan , penampilan mereka , dan agenda penuh pencarian ini ... sampai jumpa lagi .

Wassalam ...  

Wednesday, 7 November 2012

Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 5

Kesinambungan cerita dari topik ini :-
3) Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 3
4) Tajaan Percutian Pemenang Model DJC (1) Part 4 

Terasa sayang pulak ingin menutup cerita tentang percutian ini , apa yang dimaksudkan menutup adalah ini merupakan part yang terakhir dalam rangka percutian ini , mungkin bagi sesetengah individu akan menganggap percutian sekadar ke Cemeron Highland tiada apa apa makna pun dalam kehidupan mereka kerana mereka kerap ke percutian yang lebih gah , tetapi percutian kali ini secara individunya adalah antara moment moment yang terindah dalam kehidupan DJC kerana dari tidak kenal antara satu sama lain DJC telah kenal mereka iaitu Deyna , Misha , Fida , Nadia dan Farahin begitu juga kak Zila dan keluarga serta kawan kawan sepejabat DJC sha , pisah dan Aida .

Sesungguhnya bagi diri DJC sendiri , bukan senang untuk DJC mendapat kawan , maka kalau kita dah dapat kawan  jangan lah kita membuat musuh pula harapan DJC smoga pehungan kita kekal sehingga bila bila . Kali nie DJC hanya ingin berkongsi cerita tentang makan malam , makan malam seperti yang telah dimaklumkan sebelum sebelum nie ditaja dan ditanggung sepenuhnya oleh abah tersayang ..sayang ...sayang abah .(bukan sebab abah belanja makan DJC sayang abah tau tapi memang tersangat sayang  pada abah )

Kami telah memilih untuk makan steamboat sahaja , tapi banyak sesangat tau sampai tak habis makanan makanan tersebut , agak terkilan sebab kak zila dan family juga Deyna tak join makan makan tersebut , salah juga DJC sebab tinggalkan HP dalam bilik then DJC ingat masa jumpa kak zila kita makan kat kedai bawah Apartment tu tapi yang benarnya kak zila tak tahu lokasi kedai tersebut , kesian kak zila dan family serta Deyna tak makan lah malam tu . Kira kira DJC kejam tau ..maaf yer kak zila dan deyna , tiada sedikit pun niat dihati nak buat sedemikian . Oleh kerana penat anak anak DJC yang sulung Muhammad Aniq Ajeeha tidak turut serta makan malam tersebut , jadik DJC terpaksa ke pekan unt membeli makanan unt anak DJC , masa tu yang abah DJC call suruh bungkus sekali makanan untuk kak zila sekeluarga dan Deyna . Baru masa tu yang DJC tahu mereka tak makan .

 Semasa kami makan , yang sebenanya kedai dah tutup so hanya kami 2 meja sahaja meriuhkan suasana kat kedai tu , tabik spring lah pada misha walaupun ditimpa dugaan tetapi dia dan keluarga masih menghormati DJC serta keluarga , sangat menghargai sikap awak dan suami ...terima kasih kembali .Setelah selesai makan semua nya balik ke bilik masing masing , memang cukup penat hari ini tetapi seperti yang dilihat dari cerita cerita sebelum ini nampak yang mereka semua happy walaupun percutian kali ini amat singkat untuk kalian , doakan rezeki DJC bertambah Insyaallah kita berkumpul lagi hujung tahun depan 2013 ...Doa kalian amat dihargai .

Jom kita layan gambar gambar yang berjaya diambil oleh kamera " Gadis Jelita " kita terima kasih atas ihsan gambar tersebut , kalau sha tak ambil gambar bermakna memang tiadalah kenangan bersama sewaktu makan malam tersebut , semoga moment moment tersebut akan menjadi antara kenangan yang indah dalam hidup kita bersama .

 Gambar tempat makan sea food pada malan tersebut , gambar yang empunya gambar yang berada didalam gambar nie ... terima kasih kerana memberi gambar ini untuk kenang kenangan dimasa hadapan


Proses untuk makan bermula 

Sedang tunggu masak 
 

Entah apa yang dikelentongkan oleh DJC sampai asyik sangat ibu , suami dan anak mendengarnya


  
 wajah wajah yang tak sabar nak mamam 

 Meja kami ... kenapa muka DJC cam tu sekali ... hhuhuhuhuh


meja sebelah ... makan jangan tak makan


  
So sehingga disinilah berakhirnya aktiviti kami bagi musim ini , Insyaallah jika ada rezeki lagi DJC akan berkumpul sekali lagi bersama sama ahli keluarga DLIA JANE COLLECTION semoga perniagaan DJC tetap teguh bagi tahun tahun mendatang .Amin....