Sesuatu yang dibuat dengan hasil usaha sendiri akan menjadi salah satu kemanisan hidup , Orang hanya melihat kejayaan kita atau kejatuhan kita tetapi kitalah orang yang bertanggungjawap memikul semua perkara tersebut. Apa yang penting nawaitu kita membuat sesuatu , YA ALLAH hindarkan diri ini dari bersikap tamak dan sombong dalam perjalanan perniagaan ini . Jadiklah diri sendiri supaya hidup tidak berpura pura kelak kita yang merana .
SELAMAT DATANG~~~
DLIA JANE COLLECTION
Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang
Kerap kali DJC terpandang dan sekali gus terbaca kata kata yang indah yang diletakkan FB , sungguh indahnya bahasa kita , kekadang tanpa tersedar kata kata tersebut menyedarkan kita sebagai insan kerdil disisinya , ada juga kata kata yang akan membuat kita terkenang kesilapan kesilapan yang berlaku pada sewaktu dahulu lalu kita akan menyesal akan perbuatan tersebut , itulah antara kata kata atau tulisan yang baik didengar dan dibaca TETAPI amat memalukan , jika ada diantara kenalan kita , adik beradik atau sedara sepapat kita yang mengeluarkan kata kata yang agak "kurang ajar " dan tidak senonoh tertera didada dada FB , salah satu orang diluar yang tidak mengenali kita secara mendalam adalah dari segi bahasa dan kata kata yang dituliskan , pilihan adalah terletak pada diri sendiri mana yang baik dan mana yang tidak baik terserah pada diri sendiri yang mana kita perlu ikut dan hindarkan .
Ini adalah antara ayat ayat atau tulisan yang indah dari koleksi DJC unt tatapan semua , harapan DJC semoga kita kongsi bersama perkara yang baik baik nescaya bahagian kita ada "disana" ...insyaallah
Harta yg paling menguntungkan ialah SABAR.
Pengawal peribadi yg paling waspada ialah DIAM.
Bahasa yg paling manis
ialah SENYUM...
Cubalah kita renungkan kata kata indah ini , nescaya kita akan menjadi insan yang sempurna Insyaallah ...
kata kata ini , DJC ada letakkan di FB DJC pada 22 Sept 2012 semoga ayat yang semperna ini dapat dikongsi bersama . ---------------------------------------------------------------------------------------------------- Dalam hidup, belajarlah utk menghargai apa yg kita miliki, sebelum waktu mengharuskanmu menghargai apa yg PERNAH kita miliki...... ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Gunalah kata-kata ini dalam kehidupan seharian:
Bila gembira : ALHAMDULILLAH Bila terlupa : ASTAGFIRULLAH Bila terkejut : MASYA ALLAH
Bila berjanji : INSYA ALLAH
Bila marah : LAILAHAILLALLAH
Tertarik
kepada motivasi pagi tadi , antara isi kandungannya adalah SUAMI
ROMANTIK vs LELAKI ROMANTIK , memang mantap dan rasanya 100%
kebenarannya
Beliau memberitahu masa bercinta kalau duduk dalam
kereta 6 jam pun rancak berbual dan ketawa dan tersenyum semuanya indah
sahaja , sambil tangan memengag tangan -,< ini dinamakan lelaki
romantik > TETAPI bila dah nikah seorang memandu seorang lagi TIDOR
atau kalau tidak pun seorang memandu seorang lagi layan tab,note dan
sebagainya .
Duhai suami suami diluar sana lebih lebih lagi
yang telah bernikah lebih 3 tahun jadiklah kamu suami romantik ,
sebenarnya wanita yang bergelar isteri memang dambakan suami romantik
.- stament ini bukan mengatakan yg semua lelaki begitu yer KEBANYAKANNYA
.... kepada yang mempunyai suami romantik tu anda benar benar bertuah
TAPI bukan hanya romantik depan orang itu MELUAT namanya .
*** kesimpulannya :
Tidak usahlah percaya sangat lelaki yang bermulut manis sewaktu
bercinta , kerana bila sudah bernikah semuanya tidak akan sama .
Gadis yang memiliki sepasang mata
yang cantik ini dilahirkan pada 10 September 1986 dan kini telah pun berusia 26
tahun. Berketinggian 160 cm dan berat 48 kg, menjadikan beliau menepati ciri-ciri
yang diperlukan oleh sebagai model dengan ukuran badan 32-25-37.
Meminati bidang modelling tidak
langsung menggangu pekerjaan beliau sebagai Pegawai Teknologi Makanan di
Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Beliau yang berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Sains Makanan dan Pemakanan di UKM tahun 2009.
Wajah Gembira Sewaktu Sah Bergelar "Tunangan Orang "
Photoshoot Frens ESM Colourful Theme
Beliau yang telah pun bertunang ini
gemar menari, membaca dan melancong dan berpengalaman luas dalam bidang
peragaan dan menjadi model bagi Butik Mama, Finalis bagi Butik Dlia Jane
Collection, Izwanizzati Pretty Collection, Butik Umyra Collections, Al Shawls
Online Boutique, Zira Collection, Butik
Pengantin Sentuhan Nadhira, NMS Bridal Collection, Butik Semarak Kasih Erin
Nanie Wedding Planner dan NBC Walk of Fame Model.
Pencarian Duta KrulMATRIC 2011
Beliau juga turut menyertai
pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh Butik Warisan Cinta, Zattera Apparels ,
Busana Traditional 1Malaysia oleh ASKOPUTRA, NMS Potluck Event
dan C's Team. Kelebihan yang dimiliki menjadikan beliau sePencarian Duta KrulMATRIC 2011bagai duta kepada KrulMATRIC
Photography & Services 2011 dan Duta Kecil kepada Empayar Siti Murni.
Photoshoot bagi " BUTIK MAMA "
first Catwalk at Modelling Competition by C's Team
ANTARA GAMBAR YANG TELAH KELUAR DIMEDIA CETAK
Di antara pencapaian beliau adalah
menjadi Semi-finalis Pencarian Model Sinar Inspirasi oleh Orange Photography, Finalis
Pencarian Model Tudung ESM-Qaisara, tempat ke-5 bagi Best Group for Wedding
Classic & Modern Event, tempat ke-2 bagi Pencarian Model Muslimah Video
Klip 'Satu' Razzi Rahman, Pemenang bagi Pencarian Model Muslimah oleh Studio
Muslim, Pemenang bagi Pencarian Model Ara Lee Boutique, tempat ke-3 bagi NMS
Collection Next Top Model, tempat ke-3 bagi Pencarian Model Muslimah oleh Dia
adalah Ina, Finalis bagi Majalah Gadis Warisan oleh Warisan Chanteq Online,
Pemenang bagi Next Al Shawls Icon, Pemenang bagi Pencarian Model Butik
Pengantin Sentuhan Nadhira dan Pemenang tempat ke-2 bagi Pakaian Tercantik for
100 Talents Butik Mama.
Beliau yang kami maksudkan adalah Aimi Syahirah
Shokarny.
Berbekalkan
raut wajah yang lembut serta manis, beliau yang memiliki Diploma Sains Komputer
dan IT ini dilahirkan pada 24 Feb 1984.
Bersama Syarifah Salawati
Menghadirkan diri bagi memantapkan lagi "skill" yang sedia ada
Bersama Pengarah Filem yang Terkenal
" dalam drama Opera Sabun "
Beliau
yang masih bujang ini bergiat aktif dalam bidang peragaan dan pernah terlibat
dalam Pertunjukan Fesyen (catwalk) bagi Perasmian Adeq Agensi, Karnival Pengantin
di Maju Junction dan Kolej Geomatica di Sg.Wang Plaza, Bukit Bintang.
Terserlah keayuan nya
Beliau
pernah menjalani ‘photoshoot’ bagi Butik Andaman Mas Hulu Langat dan butik
secara online sempena Hari Raya. Turut mengikuti acara muslimah D’Colour, beliau
juga sering terlibat dalam acara yang dianjurkan oleh Hafiz Azmi dan beberapa peragaan
seperti bagi produk Skin Collagen, Afra Butik dan Majalah Stailista.
Berbakat
besar dalam bidang lakonan membuatkan beliau pernah ditawarkan berlakon sebagai
pelakon tambahan di dalam drama Opera Sabun untuk saluran RTM dan di dalam
video klip Ramlah ram.
Kecantikan
yang dimiliki telah menjadi batu lonjatan kepada diri beliau untuk menjadi usher bagi sukan anjuran
Bank Rakyat dan konvensyen sempena Hari Pengguna.
Pandai bergaya dalam semua keadaan
Beliau
yang kami maksudkan adalah MASZURA BINTI MOHAMMAD YUSOF atau dikenali sebagai Mutiara Emas .
Tak tahu kenapa seperti ada kuasa magnet yang memanggil aku untuk melihat blog ini , aku tak pernah kenal siapa YASMIN BT JOHAN , kenapa harus aku ingin tahu tentang dia kenapa ?? mungkin juga aku tidak boleh menipu diri sendiri kerana dalam usia yang muda iaitu 16 tahun dia telah meninggalkan seluruh orang yang disanyangi dan menyayangi beliau . Kematian nya juga secara pribadi dari aku amat tragis dan ada yang boleh kita kongsi bersama dan semoga kita ingat yang kematian tidak mengira umur . ( sudah kah aku bersedia untuk kealam tersebut ..huhuhuh , cukup kah sudah amal ibadat ku .. bagaimana pula anak anak aku ... banyak sungguh perkara yang terlintas dibenak pemikiran aku ketika membaca tentang Arwah Yasmin ini )
Dah alang alang buat tulisan tentang arwah izinkan aku menceritakan apa yang aku dapat dari blognya dan page FBnya yang sekarang dikelolakan oleh ibunya sndiri . FB Arwah Yasmin Johansebelum kita teruskan pembacaan kita marilah kita sama sama menyedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah adik Yasmin yang telah pergi tak kembali pada 3 June 2012 (11.50PM) yang lalu .
Kepada ibu arwah , DJC ingin menyucapkan takziah , dan harap beliau tabah mengharungi penderitaan yang amat besar yang diberikan oleh Allah , dan harap sangat kak Sazlina Shahriman Shah redha dan rela dan sesungguhnya Allah tidak akan menurunkan dugaan kepada kita jika kita tidak mampu menaggung dugaan tersebut , saya yakin kak Sazlin boleh ...Insyaallah , memang benar saya yang tak kena apa yang menimpa apa yang akak tanggung boleh senang mengeluarkan kata kata tersebut , cuba kalau saya yang kena bagaimana ... DJC sendiri tak terjawap jika soalan ini akan ditanya oleh kak Sazlin ..... Bila hati dah nak tahu , jadi DJC cuba search berbagai bagai info untuk mengetahui cerita disebalik kematian Arwah Yasmin ini , dan apa yang DJC tulis disini adalah hasil usaha kerana ingin mengetahui tentang Arwah ... Sesungguhnya kamu insan yang amat amat istimewa nak..... Semoga syurgalah tempat mu ... Insyaallah . Secara ringkasnya Arwah Yasmin Johan atau Yasmin J Hunwick adalah seorang yang suka menulis blog dan berumur 16 tahun berada didalam tingkatan 5 dan bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini , dah ketentuan menentukan beliau pergi tanpa sempat menduduki peperiksaan SPM tersebut . Arwah merupa anak sulung kepada pasangan Encik Johan &
Puan Sazlina . Arwah meninggal setelah terbabit dalam kemalangan jalan
raya di Langkawi .
Jom Kita Baca Biodata Arwah :- ( Yang dicopy terus dari blog Arwah ) Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick Tarikh Lahir : 22.2.1995 Asal : Georgetown, Penang Menetap : Langkawi, Kedah Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi. Seorang yang : periang
, tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar ,
open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian ,
pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader. Tinggi : 164 cm Berat : 43.2kg Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Sebelum kemalangan menimpa arwah , arwah ada memuat naik gambar sebuah buku
7 Malam Pertama di Alam Kubur
dan
"tweet" di Twitter mengenai mimpi buruk yang beliau alami . Nampaknya arwah sudah b'sedia lebih awal sebelum ke alam barzakh..
Sumber dari twiter Arwah
Titipan Ucapan Khas Dari Ibu Arwah Yasmin J Hunwick
Titipan ucapan dari Puan Sazlina
DARI DAIRI IBU ARWAH YASMIN JOHAN @ YASMIN J HUNWICK
Assalamualaikum wbt,
Hari ini, sudah 14 hari arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick
meninggalkan kita. Anak sulung kami dari 4 beradik telah pergi dgn cara
yang cukup tragis sehingga pada mulanya sukar untuk kami menerima
kenyataan. Tapi itu ketentuan Ilahi tak ada siapa yg dapat menahan.
‘Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila
kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang,
tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian. Itulah ketentuan dari Allah
yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap
hamba-Nya redha dengan qada’ dan qadar ketentuan Allah’.
Melalui @’Nuriz Ibrahim’ (Nurizspace.com)
saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada
semua pihak dari pagi arwah menyambut panggilan ilahi, dikebumi hingga
ke majlis tahlil yg diadakan di Langkawi dan Semenyih. Terima kasih kami
kepada pihak polis Langkawi, Bomba dan pihak Hospital yg menjalankan
kerja dengan pantas, juga Pengarah Hospital Langkawi Dr. Selahuddin yg
sudi menziarahi kami sekeluarga, Tok Imam Masjid Aishah Sg Menghulu,
kunjungan sanak saudara dan ramai rakan2 diperkarangan masjid (sehingga
ada yg kami tidak kenali) kawan arwah dari Shah Alam yg bergegas ke
Langkawi dengan menaiki motor, Jiran-jiran, pihak media, kawan2 sekerja
saya, sekerja Johan, kawan2 arwah dari setiap sekolah di Langkawi,
cikgu-cikgu akademik dari sekolah tadika hingga ke sekolah menengah,
Cikgu Catur (FCU Family), Cikgu Piano, Cikgu arithmatic, cikgu tusyennya
di sekitar Taman diLangkawi.
Juga kepada pengusaha feri (penjual tiket/kaunter) di Kuala Kedah dan
Kuala Perlis kerana memberi keutamaan kepada sanak2 saudara saya yg
datang dari KL/Selangor, Kedah/Perlis dan juga kepada kepada ramai kawan
arwah yang datang dari sekitar Tanah Besar.
Pada hari pertama dan kedua , kami tidak menyedari yg twitters dan
bloggers sedang menceritakan mengenai arwah sehingga saya diberitahu
oleh adik saya, Nurul Huda Shahriman Shah. Ucapan t.kasih juga buat
semua para-para fb, twitters, myspace, bloggers (saya ada membalas komen
kepada setengah bloggers dan ada juga saya tidak sempat untuk membalas)
yang tak putus2 mendoakan kesejahteraan roh anak saya di sana. Sehingga
ke hari ini pun saya masih menerima ucapan takziah dari para twitter
dan fb.
Juga setinggi-tinggi ucapan Terima Kasih kami kepada para-para VIP,
YB Dato’ Paduka Abu Bakar Bin Taib (Ahli Parlimen Langkawi), YB Dato Ir.
Hj Nawawi Bin Hj. Ahmad (ADUN Kuah ), En Zubir Bin Ahmad (wakil PAS) yg
datang menziarahi kami. En. Nor Saidi Bin Nanyan (Ketua Pemuda UMNO
Langkawi) yang datang bersama wartawan NST/BH. Juga kepada YB Dato Seri
Anwar Bin Ibrahim (Ketua Pembangkang – PKR) yang sudi menghadirkan diri
ke Majlis Tahlil di Semenyih.
(Kami memohon maaf sekiranya kami tidak menyenaraikan nama2 yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung).
Disamping itu juga ucapan takziah yang kami terima melalui
telefon/sms dari sanak-saudara dan rakan-rakan dari seluruh Malaysia dan
luar negara.
Yang saya tak akan lupakan ialah kepada Pn Zira (wargakerja Pasaraya
Ekonomi Taman Langkawi) yg bergegas ke tempat kejadian setelah mendengar
satu dentuman yg kuat (tempat kejadian hanya 50-100 meter sahaja dari
Pasaraya tersebut) Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kepada
melafazkan ucapan dua kalimah syahadat kepada arwah, beliau memangku
arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah
habis 3 kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kumit
sehinggalah hembusan arwah yg ketiga adalah hembusan terakhir. Dan
beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yg
cukup tenang seperti tiada kesakitan. Ini lah saat yang menenangkan kami
serta berasa amat bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut
kalimah Allah. Itu terlalu besar dan bermakna buat kami. Menurut Pn.
Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma
darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubilllah.. sakit anaknya
kami…:’(
Menurut ramai kawan2 di sosial media, ramai yg mengambil ikhtibar
selepas kematian arwah. Segala kebaikan dari arwah dgn izin Allah
jadikan ia sebagai teladan. Semoga kami sekeluarga tidak digolongkan
sebagai orang yg riak dalam menjaga anak saya terutama arwah yg
merupakan anak sulung saya. Saya sering beritahu dan nasihatkan arwah
untuk hidup secara sederhana, bahagikan diri untuk dunia dan jangan lupa
bekalan untuk akhirat. Sejak kecil lagi beliau suka mengaji, melukis
dan meminati pelajaran Agama Islam. Saya masih teringat semasa arwah
Tahun 1, diwaktu saya mengambilnya pulang dari sekolah, beliau berlari2
mendapatkan saya sambil membawa beg yg berat dgn tangannya memegang
Kertas ujian Agama Islam, arwah berkata sambil teruja ‘Mama, Agama
(Pendidikan Islam) Yasmin dapat 100.’ Saya terus mencium arwah sambil
membawa adik2 nya, Muiz 5 tahun dan Zharif 3 tahun (umur masa itu)
sama-sama masuk ke dalam kereta. Itu adalah kertas peperiksaan pertama
yang ditunjukkan kepada saya. Sebagai ganjaran saya berkata nak apa
sebab dapat markah yg perfect, arwah terus berkata nak makan Mekdi
(McD). Itu lah kenangan yg paling saya tak kan lupa kan.
Ada juga yg membaca diari bloggers dan twitter bertanya dimana
hendak mendapatkan buku yg di postkan oleh arwah di Instagram 3 minggu
sebelum beliau meninggal yang bertajuk ‘BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM
PERTAMA DIALAM KUBUR, Persiapan Menuju Alam Barzakh’. Jika ada sesiapa yg berminat silalah PM saya di fb atau pun boleh reply melalui blog Nuriz.
Saya akan beritahu detail mengenai penulis buku itu. Atau pun anda
boleh dapatkannya di kedai buku ‘Popular’ diseluruh negara dimana Arwah
telah pergi membelinya di ‘Popular’ Alor Setar.
Di laman fb ni juga saya menerima ramai rakan fb baru yg pernah
bertwitter dan bloggers semasa arwah masih ada. Tujuan semua adalah
untuk menyalurkan ucapan2 takziah. T.Kasih byk2 kami ucapkan.
Hanya Allah dapat membalas budi baik saudara-saudari, dan berharap
iringin doa kalian tidak akan putus sekiranya teringatkan Arwah Yasmin J
Hunwick. InsyaAllah.
Salam Hormat
BIODATA
1999 – Tadika PerpaduanTaman Desa Permata, Kuah Langkawi
2001 – Tadika KEMAS Padang Putih, Temoyong, Langkawi
*****
2002-03 – SK Seri Negeri, Kuah Langkawi
2004 – SK Kelibang, Kuah Langkawi
2005-07 – SK Sg Menghulu, Kuah Langkawi
*****
2008 – Maktab Mahmud Langkawi
2009 – 10 – SMK Kelibang , Kuah Langkawi
2011 – 12 – SMK Mahsuri, Kuah Langkawi
Kembali ke Rahmatullah pada 03 Jun 2012.
04hb Jun 2012 jam 2.00 pm – Disemadikan di perkarangan perkuburan Islam Masjid Aisyah, Sg Menghulu, Kuah Langkawi.
Ini berita kemalangan 3 remaja perempuan dari akhbar Harian Metro
LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan
sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah
di sini, tengah malam tadi. Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi
berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor,
16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini. “Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai
Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang
berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini. Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum
dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang
menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama
Keratan Akhbar Berita Harian (METRO)
LANGKAWI:
“Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun
panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.” Begitu kata
Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada
tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah
van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung
Padang Gaung, Langkawi, semalam. Kejadian berlaku jam 12 tengah malam
menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan
kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang
cuba melakukan pusingan U. Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama
rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi
Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38,
beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya
cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu
yang tidak baik berlaku,” katanya. Menurutnya, perasaan itu ternyata
benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16,
bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan. Ridzuan
berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur
Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan
hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di
Langkawi. Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan
itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu
menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian. “Anak
saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar
lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala
Lumpur. “Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal
anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya.
Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung
Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid
Kelibang, Langkawi.
***Seperti yang ditulis oleh ibu arwah , kepalanya tidak pecah hanya banyak berdarah ,sila abaikan maklumat tersebut - ini merupakan perbualan rakan rakan arwah yg berada ditempat kejadian semasa kejadian .
Polis ambil keterangan dari pemandu van
Polis
sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38
tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan
kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung
Padang Gaung, di sini, semalam.Kejadian
berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang
tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum
dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin
Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan,
masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat
parah di badan dan kepala.Ketua
Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika
dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga
remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat
berkenaan.“Siasatan awal
mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal
mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U
di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.“Berikutan
itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di
tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya
Kelibat arwah ada pada vidio ini , sila rujuk pada running time 2.42
Gambar yang diambil sewaktu photo shoot yang diadakan premise kedai
Dlia Jane Collection di Putrajaya
Gambar bersama 2 orang anak beliau dipagi syawal 2012
Mungkin ramai yang tidak akan percaya beliau ada ibu kesangan kepada Zafran Mikhail dan Zafri Mizwar , ini adalah kerana selain dari wajah yang jelita dan menarik perhatian orang yang memandangnya beliau juga mempunyai potongan badan presis anak dara .
Ini membuktikan bukan sahaja anak dara yang boleh menjadi peraga produk yang berjaya
Berusia 31 tahun pada tanggal 29 Mei 2012 , dan mendapat pendidikan akhir dengan pencapaian yang amat baik iaitu Sarjana Muda Perakaunan dari UITM .
Pemilik butik butik
pengantin kerap mengambil beliau unt memperagakan baju baju busana
pengantin milik mereka , kejayaan beliau dalam dunia peragaan
membuktikan bahawa wanita telah berkeluarga dan berpelajaran tinggi juga
boleh berjaya dalam dunia peragaan .
Tidak ketinggalan wajah beliau sering kelihatan di majalah majalah yang berkonsepkan wanita dan perkhawinan , dengan bermodalkan wajah yang bersih dan jelita para pemilik butik tidak meragu lagi dengan keupayaan beliau memikul tanggungjawap sebagai menetengahkan product mereka . Beliau yang dimaksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan peraga glomour kita Zeata Zafran .
Gambar Yang diambil sewaktu seisi photografi dipremis kedai DJC Putrajaya
Beliau dilahirkan pada 13 April 1985 di Selangor , berdarah kacukan Melayu Pakistan dan Jepun .Berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam dan kini menyambung pengajian di
UITM Shah Alam secara sambilan didalam jurusan Sarjana Pengajian
Perniagaan MBA dan kini telah pun berada di tahun akhir pengajian .
Beliau yang berwajah cantik dan bertubuh kecil ini telah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya , En.Adi Aiman Bin Kamaruddin pada 23 Disember 2011 , dan kini beliau hamil 36 minggu , sebagai bukti cinta yang mereka semai .
---------------------------------
Di antara pencapaian dan pengalaman beliau dalam bidang
peragaan, beliau pernah menyertai Pencarian Personaliti
Berita Harian bagi tahun 2007/2008 dan The Most Beautiful Eyes bagi produk Innershine
dan sering menjalani photoshoot bersama Muslimah serta turut menyertai Runway
Fashion Show.
Seiring dengan penglibatan beliau di dalam
bidang peragaan, beliau juga sering muncul di dalam majalah RAPI, RASA, JELITA,
NUYOU, HERWORLD, DARA, NUR, STAILISTA dan PESONA PENGANTIN. Beliau juga ada
menyertai pertandingan Youthfulness & Stardom bagi produk Olay Body Care
(TVC) dan menerima Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000.
Beliau merupakan di antara finalis bagi
Pencarian Model Tudung FAREEDA bagi tahun 2010/2011 dan Pencarian Ratu
Stailista bagi tahun 2011. Beliau juga merupakan model bagi Butik Mama dan Hub
Busana Islam di TV1
Si cantik ini juga telah menjadi finalis Top 10
bagi Pencarian Model Butik Dlia Jane Collection 2011/2012 bagi bulan November
dan ‘Final Casting’ untuk TVC bagi Produk Ubat gigi Safi.
Beliau yang saya maksudkan adalah Norbee Shireen bt Abd Hamid.
Salam tahniah dari kami………
Nota kaki :
Pihak DJC ingin menyucapkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kerana pihak Norbee Shireen memenuhi aktiviti aktiviti kami seperti seisi photografi yang diadakan sebelum ini di kedai kami diputrajaya , pihak kami juga ingin mendoakan kejayaan menyebelahi anda dan tidak terlalu lambat , pihak kami ingin menyucapkan TAHNIAH atas kehamilan anak pertama insyaallah yang akandijangkakan akan dilahirkan pada 9 November 2012 .
Janji tetap janji , jadi masa berjanji kita perlulah beringat boleh atau tidak boleh dikotakan , Insyaallah DJC dapat menunaikan perjanjian tersebut pada 29 Sept 2012 ( Insyaallah ) sebelum pergi ke tempat percutian tersebut kena banyak perkara yang kena pastikan ianya akan berjalan lancar . Percutian kali ini amat berlainan sekali dengan cuti cuti yang sebelum ini kerana kali ini percutian ini tidak hanya diteman oleh ahli keluarga sendiri DJC tetapi akan dibawa keluarga besar Dlia Jane Collection dimana para jemputan percutian adalah terdiri dari pemenang pemenang pencarian model Dlia Jane Collection pada musim 2011/2012 . Bagi DJC ini merupakan salah satu perjumpaan sebagai satu keluarga besar DJC tanpa kalian kami di DJC tidak akan dikenali seperti hari ini . (ayat cam lah orang kenal sangat ...hmmm perasan lah sendirikan ) .
Antara yang akan hadirkan diri dalam percutian kali ini adalah :
DJC beserta keluarga besar kami - 11 orang ( Apartment 3)
Nadia ( Pemenang Kelima Pencarian Model DJC seisi 2011/2012 )
(Apartment 2 Bilik - 2 single )
My lovely Bro Ejat - 1 orang
(Apartment 2 Bilik - 2 single )
Sha /Aida/Hapisah - 3Orang
(Apartment 2 Bilik - 2 single )
Kak Zila Sekeluarga - 4 Orang
(Apartment 2 Bilik - 2 Queen )
Permandangan Indah dari balkoni
Ruangan "Reception "
cam menarik ...tapi kita tunggu dan lihat ..yer
Tempat tidur untuk Misha dan keluarga /Kak Nurul/Zila & Keluarga
Tempat duduk santai - tempat makan
Tempat tidur untuk Baby Fida dan Suami & Jemputan jemputan yang single
Selesai sudah membuat pembayaran untuk tujuan booking Apartment tersebut , sebanyak 3 unit apartment 3 bilik yang pihak DJC sewa untuk tujuan ini . Mungkin ramai akan bertanya kenapa sampai 3 unit ini bermakna jumlah semua bilik yang ada , adalah 9 unit . Ini semua dibuat bagi memastikan kesemua yang dijemput selesa , al-maklum sebelum nie ramai sangat yang suka mengata belakang tentang owner DJC ...kesian kan .
Satu unit Apartment berharga RM460.00 dan pembayaran pihak kami telah membuat pembayaran deposit sebanyak 50% dari harga keseluruhan penyewaan Apartment tersebut .
Pertempatan untuk kalian pun telah DJC selesaikan , bermakna semua telah mempunyai bilik yang mencukupi . Jika ada yang nak tidur kat hall tu ( single ) boleh sahaja ...hehhehe tetapi nasihat DJC jaga jaga kerana photografer berada disekeliling anda ....
Senarai report ini telah selesai bagi part 1 , dimana untuk tujuan booking dan tempat telah diselesaikan nanti kita bincangkan pula perancangan yang lain lain .Sampai jumpa lagi .
Setelah hampir sebulan tak updated blog , hari ini DJC datang untuk menulis blog yang lama tak disinggah , semua nie adalah kerana panggilan yang diterima pada 2/9/2012 9.18pm dari 017-xxxx929 .
Panggilan tersebut telah dibuat tanpa perkenalkan diri ... ada ker adab ???? perbualan tiada unsur tokok tambah , jom DJC kongsi disini ...
----------------------------------------------------------- Panggilan : Assalammualaikum ... ini Dlia Jane Collection ( tetapi sebutan tak betul , tak berapa pasti sebutan yang dikeluarkan dari lidah beliau ) DJC :- Ya saya , ada apa yer Panggilan : ini pemilik sebenar Dlia Jane Collection ker ... DJC : Yer saya ..kenapa Panggilan : saya nak minta tolong KALAU BOLEH ( sengaja di besarkan ayat tersebut kerana beliau telah tekankan patah patah perkataan tersebut )saya nak awak padamkan semua gambar , Cik XXXX peserta finalist pencarian model Dlia Jane Collection seisi 1 pada tahun lepas .DJC : kenapa yer , ??? ( Dalam hati terfikir yang penama yang dinyatakan telah meninggal dunia , minta maaf lah sesangat , kerana berfikirkan perkara yang tak baik kepada penama ) Panggilan : saya tunang dia , dan saya tak nak tanggung dosa dia kerana gambar dia menjadi tontonan orang ramai , saya harap awak faham . ( setakat yang ini sebenarnya DJC faham dan cuba fikirkan cara nak delatekan gambar penama TETAPI tang ayat dibawah nie yg DJC tak leh nak terima )sekarang saya nak tanya awak boleh padam atau tidak .( suara agak tegas dan sombong ) DJC : Tengoklah keadaan , dan nanti saya fikirkan Panggilan : Maksud awak tak mahu padankan lah , kan ... lagipun ianya tak menjejaskan perniagaan awak kan .... DJC : Seperti yang awak sedia kata , awak minta tolong jadi nanti saya fikirkan lah ,saya pun tak keluarkan kenyataan yang saya tak mahu padamkan . Seperkara lagi kenapa tak minta penama sendiri datang dan berbincang dengan saya , dia yang bersetuju untuk memasuki pencarian tersebut tanpa ada paksaan dari pihak DJC sendiri kenapa perlu saya nak padan semua entry tersebut . Panggilan : Dia memang BODAH ... dulu, saya tanya sekali lagi awak nak padam atau tidak kalau tidak saya akan bawa perkara ini ketengah dan saya akan saman . DJC : Terserah ... dan terima kasih Panggilan : terus letak phone
----------------------------------------------------------------
Nasihat dari DJC :- 1) Perkara yang boleh dibincang kenapa perlu suruh orang ketiga yang berurusan , tak kiralah TUNANG ker , SUAMI ker , pertama tamanya penama tersebut yang sepatutnya datang berbincang dengan DJC . Kenapa masa nak masuk pertandingan nie pandai pulak urus kan kemasukan gambar , datang seisi photografi tanpa sebarang paksaan pun dari pihak kami , alih alih dah ada TUNANG ... kenapa nak suruh tunang pulak berurusan . 2) Kalau penama tu ada sifat iklas , kenapa tidak berterus terang kepada TUNANG cerita yang benar kemasukan penama untuk pertandingan pencarian model DJC ini , bukan pihak DJC yang memaksa dan terangkan juga bagaimana penama terpilih hingga peringkat akhir . 3) Pemanggil ada mentionkan , yang ianya tiada kerugian dari pihak Dlia Jane Collection , tetapi harus difikirkan kerugian tu bukan sahaja dalam bentuk kewangan tetapi harus diingat kerugian yang kami akan tempuhi adalah dari segi reputasi dan kenangan , langkah langkah sejarah untuk proses pertandingan ini , kepada TUNANG penama , pihak kami tidak meletakkan ianya sebagai satu kesalahan dari pihak beliau , kerana perkara ini terjadi adalah disebabkan tidak faham susur jalur kejadian( pertandingan pencarian ) ini berlaku , makanya kalau TUNANG penama nak kepastian sila duduk berbincang dengan kami . 4) Kalau diamati , permintaan pertama telah dipenuhi kerana gambar penama yang menggayakan 5 helai ( 1 set ) pakaian product kami telah dipadankan dari web www.dliajane.com.my ( 2 bulan terdahulu , ini pun kerana product tersebut telah habis terjual ) , hanya gambar semasa peristiwa perkenalan peserta akhir dan hari keputusan pemenang diumumkan , hanya 2 peristiwa ini yang ada gambar penama yang masih ada dipamerkan .Jika gambar ini yang maksudkan unt dipadam adalah SUKAR bagi pihak kami untuk krompomi kerana ianya melibatkan susur jalur kenangan pertandingan ini .
Pendapat secara UMUM :- Sejujurnya , iklas dari hati DJC bila perkara ini terjadi DJC terpikir kembali , kenapa ianya terjadi ...salah satu jawapannya kita sebagai manusia ingin membaiki diri sendiri , begitu juga pada diri DJC ingin membaiki diri .Tetapi kenapa tidak kita menguruskan ianya tanpa melibatkan orang lain , contoh dari peristiwa diatas , kenapa bekas pemenang pencarian model DJC seisi 1 tersebut , tidak mahu berhubung terus kepada DJC ...lainlah kalau dia pernah berhubung dan DJC tidak membuat sebarang susulan bolehlah kiranya menggunakan orang ketiga .
DJC agak sedihlah dengan perkara ini , kerana penama pun bukan tak pernah berjumpa dengan DJC .
Kepada yang ada simpan didalam hati perasaan untuk memperagakan product DJC harap selepas ini lebih berhati hati , fikir sebelum memasuki apa juga pertandingan , jangan esok lusa bila kita nak beralih arah kita menyusahkan orang lain .
Maaf jika ada patah patah perkataan yang menguris perasaan , tetapi harus juga mengkaji kenapa ianya terjadi jika tiada yang usik sarang tebuan ....hmmm