SELAMAT DATANG~~~

DLIA JANE COLLECTION

Butik Dlia Jane

Butik Dlia Jane
OCTOBER 2011 - ALHAMDULILLAH keadaan butik terkini , bangga dengan hasil usaha ku dengan sokongan yang diberikan oleh orang orang tersayang

2010 - Tahun Pertama Beroperasi

2009 - Permulaan perniagaan secara realiti

Monday, 11 June 2012

Pemenang Ke4 Pencarian Model DJC Seisi 2011/12

Pemenang ke 4 adalah seorang yang Free Hair , maksud DJC adalah tidak bertudung , ini membuktikan kami tidak memberi syarat dalam menjadi model peragaan pakaian product kami .

Pemenang ke 4 ini adalah Nor Farahin Othman , beliau juga adalah pelakon dan sedang mengikuti kursus Seni Lakonan . Nor Farahin telah banyak kali berlakon watak sambilan dalam drama drama terkini , semoga Farahin akan lebih berjaya dengan bidang yang diceburinya .

Walaupun berlakon bersama pelakon dan dikenali ramai , tetapi secara pribadi pihak kami DJC amat berbesar hati kerana beliau tidak sombong dan selalu merendah diri , kami dari DJC berharap walaupun dalam masa terdekat ini beliau akan dikenali dan menjadi kegilaan ramai produser perfileman , tingkah laku nya adalah sama seperti mula mula kami kenal akan dirinya .

Jom kita lihat gambar gambar dari mula hingga ke pemilihan 5 model terbaik DJC .


 Antara gambar gambar permulaan yang diambil untuk melayakkan diri dalam pencarian model DJC 2011/12 - masa permulaan masuk Farahin memakai tudung .



Gambar dari simpanan pribadi DJC , semasa berjalan Cat Walk bagi pihak Admin DJC melihat keperibadian Farahin . Muka Farahin comey kan .... setuju tak ????








 Bangau og Bangau kenapa gambar Nor Farahin banyak ??
Camna gambar dia tak banyak , sebab photog suka ambil gambar dia .....
photog ..oh photog kenapa suka ambil gambar farahin 
camna photog tak ambil banyak gambar dia ...sebab dia CANTIK .... hhehhehehheheh


opppssssss !!!!!
gambar gambar kandid semasa beliau datang unt membuat photoshoot bersama product DJC 




Wednesday, 6 June 2012

Pemenang Ke3 Pencarian Model DJC Seisi 2011/12

Pemenang ketika pula adalah Baby Fida , kalau masih ingat dalam post yang terdahulu dlia ada nyatakan yang beliau adalah salah seorang dari peserta favorite pihak DJC dan alhamdulillah beliau terpilih dalam kategori sebagai pemenang , baby Fida ...seronok berkerja sama dengan dia kerana dia akan bahasakan dirinya sebagai "kami" .

Wajah dia sempurna , cantik dan bersikap kelakar , semasa photo shoot dilakukan beliau masa tu diteman oleh tunang tersayang dimana , semasa dlia menulis blog ini beliau telah melangsungkan perkhawinan .

Jika sebelum berkhawin , ajak sahaja bila bila untuk tujuan photo shoot dia akan on sahaja tetapi sekarang nie masa dia amat terhad , anyway dlia jujur kata yang sangat suka bekerjasama dengan beliau , beliau memng tak sombong .

keterangan tentang gambar : 
Gambar semasa photo shoot yang pertama yang dijalan

Keterangan Tentang Gambar :
Gambar memng paling mahal yang diperolehi oleh kami , baby nie suka sangat buat muka mimik cam tu Oleh kerana gambar tu tidak dalam keadaan tak sedia bagi baby , jadi dlia kecilkan tapi u all boleh nampak kan .....

Keterangan Tentang Gambar :-
Wajah Baby Fida sedang disolek 

Menerima hadiah kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Pencarian Model DJC



Semasa menurunkan tandatangan perjanjian antara DJC dan diri Baby Fida

Pemenang Ke 2 Pencarian Model DJC seisi 2011/12

Pemenang kedua adalah MISHA MUSA , misha nie ibu kepada 4 orang puteri jika DJC tidak silap misha kalau salah nanti beritahu yer ... kak nor akan betulkan fakta ... ketika pertandingan ini , keadaan badan misha memang tidak dinafikan agak berisi tetapi seperti yang telah dinyatakan sebelum ini kami memilih kerana kesesuaian beliau dengan product kami maka dengan itulah yang pihak DJC memilih MISHA .

Jom layannnn gambar gambar koleksi dari kami unt MISHA MUSA 

Gambar dalam simpanan kami sewaktu Misha datang untuk sidang photo shoot
camna masih cun kan ....

Gambar Sekitar semasa perjumpaan yang pertama setelah terpilih 10 terbaik dan beliau layak ke peringkat akhir


Sewaktu membuat Cat Walk dihadapan pihak DJC ... confident ....
Bersama teman Finalist ... 

Gambar sewaktu sidang photoshoot diadakan , apa yang suka sangat tu ...cik misha 
masa nie misha dah kurus sikit ....

Tuesday, 5 June 2012

Hari Pemberian Hadiah Dan Tandatangan Perjanjian

Selepas dari perjumpaan yang pertama , semua peserta Finalist dikehendaki datang ke seisi photografi untuk mengayakan product DJC , semua peserta akan mengayakan 5-6 helia baju yang akan dimuat turunkan di web rasmi kami iaitu www.dliajane.com.my dan juga page FB .
Alhamdulillah kesemua peserta dapat menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan , hanya seorang yang tidak menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan akan tetapi beliau datang pada hari yang berikutnya . Tujuan utama kenapa kesemua finalist dikehendaki datang dan melakukan photoshoot adalah kerana pihak DJC ingin melihat kesesuaian mereka dengan product kami , kalau diikutkan kesemua yang terpilih memasuki peringkat akhir ini adalah tergolong dari gadis gadis dan wanita yang cantik , kenapa perlu sebut gadis kerana bagi adik adik yang masih dara , dan wanita kepada seorang emak orang yang vouge ...gitu .

Mungkin ada yang berpendapat pihak kami mengambil kesempatan mempergunakan gadis gadis dan wanita cantik ini , dengan ini DJC ingin mengatakan sesungguhnya tiada secubit niat ingin mempergunakan kalian semua , kerana ingin dinyatakan disini jika kalian fikir positive ianya akan jadik positive tetapi kalau negetive ianya akan jadik negetive kerana perbelanjaan yang pihak kami keluar adalah wang ringgit kami sendiri , perlu dinyatakan disini tiada istilah "sponser " atau taja untuk DJC kerana kami adalah perniaga yang baru sahaja nak bertatih dan tidak dikenali sehubung dengan perkara inilah yang pihak djc amat ambil kisah jika semua hasil photoshoot dan lain lain diambil tanpa kebenaran kerana semua yang anda lihat adalah wang dari poket kami .

Berbalik kepada kenyataan setengah pihak mengatakan yang pihak DJC mempergunakan finalist , DJC rasa kami sama sama bergabung bak kata orang putih " win win situation "  atau keadaan memang menang ... hmmmm betul ker almaklum sekolah tak tinggi , dulu sekolah 2 tingkat sahaja ...hehhehhehehe .DJC keluar kan belanja unt adakan photoshoot , makan minum , dan mekap , walaupun bayaran yang DJC keluarkan adalah lebih kepada harga kawan kawan tetapi DJC masih mengeluarkan dari poket sendiri .


alahaiiii cam mak neneklah nak membebel , direct to point lepas mereka photo shoot dari gambar gambar mereka tersebutlah DJC secara pribadi melihat dan memilih mereka , dan kepada yang terpilih anda layak mendapat Ringgit Malaysia 200.00 untuk sekali peragaan (max 15 helai baju ) TAHNIAH kepada kalian , harap kita akan berkerjasama antara satu sama lain .


Dibawah nie disajikan gambar gambar sekitar hari penyampian hadiah ...jom terjah




 Gambar Gambar Pemennag Model Pencarian DJC - tiada dalam gambar Misha Musa



Monday, 4 June 2012

PENCARIAN MODEL DLIA JANE SEISI 2011/12

 Penerangan Gambar :
 Antara 10 orang jelitawan yang berjaya ke peringkat akhir pencarian model bagi DLIA JANE COLLECTION dengan baju T-Shirt dari DJC .

Sekadar menulis peristiwa yang lepas bagi memenuhi dairy ini , sebenarnya peristiwa pencarian ini berlaku sekitar bulan March 2011 hingga final sept 2012 .
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhammdulillah,setelah banyak cabaran yang diterima akhirnya dapat juga pencarian model bagi DJC sampai ke peringkat akhir, terima kasih kepada semua yang terlibat dari mula hinggalah ke hari pemilihan pencarian ini .


Pencarian ini tercetus dari idea dari Iena seorang model secara part time ketika itu , Alhamdulillah perkenalan yang singkat dapat idea yang amat bernas dari beliau dan tanpa disangka sangka pula Iena setuju pula berkerjasama dengan Linda dan Nizam untuk menjayakan project nie . 

10 orang yang berjaya ke Final adalah tapisan dari lebih dari 100 orang yang mencuba nasib diperingkat saingan , mereka dibahagikan dalam beberapa kumpulan mengikut kemasukan penyertaan .

Setiap group dikumpulkan seramai 20 orang dan dari setiap kumpulan tersebut dipilih 100% dari sistem vote , dan dipilih 5 orang dalam setiap group , bermakna mereka yang terpilih ini adalah termasuk dalam senarai short listed atau semi final .Dimana setiap peserta yang telah terpilih akan dipanggil untuk proses photoshoot yang diadakan di Tasik Perdana .

Bagi pemilihan 10 peserta yang terakhir , pihak pengurusan DJC sendiri yang akan membuat pemilihan , secara melihat cara mereka bergaya dihadapan kamera dan pandangan secara individu dengan mereka yang dilantik oleh pihak DJC .

So inilah antara rentetan pencarian model bagi seisi 2011/2012 .Pengalaman yang dapat dari proses pencarian ini adalah bersedia dari segi mental dan kewangan kerana semuanya melibatkan wang bila diadakan satu satu event seperti ini .Insyaallah kalau lah ada rezeki DJC dikenali ramai mungkin ada yang sudi menaja , jika ada yang menaja maka perbelanjaan akan kurang .

Kita akan berjumpa lagi ke next post , berkenalan dengan peserta final secara individu ...so stay tune yer ....

**Lupa pulak nak inform semua gambar gambar adalah hak persendirian DLIA JANE COLLECTION  !!!


Percaya atau tidak yang tengah tengah tu lah Owner DLIA JANE COLLECTION ..... hhehhehhe

PEMENANG PERTAMA PENCARIAN MODEL DJC seisi 2011/12

TAHNIAH ...TAHNIAH DAN TAHNIAH , itulah yang boleh DJC nyatakan kepada semua pemenang yang berjaya terpilih bagi menjadi model bagi product DJC , 

Disini DJC cuba mengimbas kembali wajah wajah mereka dari sidang photoshoot hinggalah pada hari kemenangan mereka . Setiap mereka telah menurunkan tandatangan bagi kemudahan atau garis panduan berguna dikemudian hari untuk keduua belah pihak .

Alhamdulillah kesemua 5 pemenag bersetuju dengan syarat syarat yang dinyatakan . Kepada 5 pemenang pencarian model bagi DJC mereka mendapat peluang memperagakan product DJC secara berbayar dan salah satu lagi mereka akan perolehi adalah bercutian sambil photoshoot bersama DJC ( hmmmmm sehingga kehari penulisan blog nie 5hb June 2012 percutian ini masih tertangguh ) 


Seperti biasa biarlah gambar berbicara ........... 
Pemenang pertama Azzaharah 
pemenang kedua Misha 
Pemenang Ketiga Baby Fida 
Pemenang keempat Nor Farahin 
Pemenang Kelima Nadya  

Gambar ini adalah semasa photoshoot yang pertama setelah Azaaharah terpilih dari groupnya . Gambar ini juga yang membawa Azzarah melangkah setapak ke pemilihan 10 terbaik .

 Gambar sewaktu Azzarah melakukan Cat Walk sambil pihak admin DJC memerhatikan bagi pemberian markah 

Gambar sewaktu Azzarah melakukan Cat Walk dan pose pada akhir point sambil pihak admin DJC memerhatikan bagi pemberian markah


"Owner" .......  DLIA JANE COLLECTION  bersama pemenang UTAMA pencarian

wajah pemenag dengan hadiah yang diperolehi 


Azzaharah semasa menurunkan tandatangan .... bersetuju  
(  Cuba kalian lihat , ini merupakan awal awal kemunculan " ARRA " atau "DEYNA" didunia peragaan kerana gambar ini diambil sekitar Oct 2011 ) 
Arra adalah antara finalis DLIA JANE 2011 dan da merasai detik semasa pencarian model tersebut itu.. Mmg seronok..So, korg yg lom sempat sertai nye jgn lepaskan peluang utk sertai PENCARIAN MODEL DJC SEISI 2012..***

---->     Tulisan Arra di wall DLIA JANE COLLECTION

Senyap senyap (ssssssssshh!!!!) jom kita tengok gambar pemenang  pertama yang tak keluar dimana mana ...jom jommm
muka sebelum mekap , cantik kan .... masa nie bulu kening maintain lagi 

 Syabas kepa MUA kerana berjaya membuat bulu kening tampa mencabut atau mencukurnya 
lebih cantik ....ada cam yuna ...tak ???


Sepanjang photo shoot asyik ketawa sahaja dia .... moment moment yg indah 



SIAPA ORG YG MENJAYAKAN PENCARIAN MODEL SEISI 2011/12

Sekali lagi , DJC ingin memberi tatapan istimewa kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pencarian model DJC , tiada ucapan yang boleh diberikan pada kalian , walaupun wang ringgit pihak DJC yang keluarkan tapi apa lah sangat jika dibandingkan dengan penat lelah yang kalian telah keluarkan untuk DJC , Tidak pastilah adakah apa yang kalian telah keluarkan berbaloi untuk kegunaan profile kalian atau tidak , tetapi sebagai manusia yang serba kekurangan DJC ingin meminta maaf jika ada perkara perkara yang tidak puas hati dihati kalian , dan sejujur dan seiklasnya teriama kasih kepada kalian kalian semua .

 Jika ada yang nak tahu , yang mana satu owner DJC yang pakai baju purple "free hair " itulah yang empunya diri , ramai yang tidak kenal kerana memang benar saya tersangat kurang menonjolkan diri , sehingga ada yang akan memperkatakan DJC menipu peserta ...kesian kan .
                                  Antara orang orang kuat dibelakang tabir untuk Pencarian Model DJC seisi 2011/2112


Pihak DJC tidak pasti siapa lagi dibelakag tabir kejayaan pencarian model seisi 2011/2012 tetapi yang pasti DJC berurusan dengan Linda dan suami (own nizam ) dan Iena ( model sambilan )

Terima Kasih kepada semua .........

PERKENALAN DENGAN PESERTA AKHIR PENCARIAN MODEL DJC

Rajin pula jari jemari nie untuk menulis lagi dan lagi cerita cerita yang telah berlalu , tetapi cerita ini lah sebenarnya akan menjadi sejarah bagi DLIA JANE COLLECTION , mana lah tahu jika ada rezeki DJC akan bertambah maju dan maju dan perkara perkara yang dituliskan ini akan menjadi sejarah dan bukti dimana seorang yang buta IT tapi boleh berjaya ....cewahh berangan lagi aku nie , tapi kalau tak berangan atau pasang angan angan mana boleh berjaya , perlu ingat angan angan tu penting untuk berjaya , TAPI berangan mesti disusuli pula dengan usaha ....

Sebelum jauh tersasar , dari terus menaip perkara perkara yang tiada kena mengena dengan tajuk jom kita ke landasan yang betul .... hmmm... OK 10 PESERTA TERAKHIR ... JOM KITA jom kita ambil patah patah perkataan YUNA biar gambar berbicara ...berjaya ker gambar berbicara ... 

Jika dilihat gambar gambar peserta akhir kebanyakanya muka mereka berminyak dan berpeluh ini adalah kerana tempat kejadian iaitu di Old Town WHite Cofee Bangsar South keadaan yang agak panas , bukan tiada hawa dingin tapi masih panas ... so jangan dikomen tentang perkara ini yer ....



Peserta 161 ( GROUP 9 )

FB : Alya Syaqiera
Berat : 47 Kg
Tinggi : 160 cm
Ukuran Badan : 32 , 27, 37



Komen Dari DJC :
( Peserta yang agak cerewet untuk menjadikan yang terbaik , seorang pendidik yang mengajar disekolah menengah , mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ijazah dari UPM.Baru mendirikan rumahtangga pada Mei 2012 yang lepas walaupun agak sedih kerana tiada jemputan , tetapi pihak DJC dan seisi keluarga ingin menyucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahgia sehingga akhir hayat bersama suami tercinta )

















FB : Emylia Bt Mustafa
Berat : 50 Kg
Tinggi : 164 cm
Ukuran Badan : 36 , 29, 33





Komen Dari DJC :
( Peserta yang berasal dari negeri yang sama dengan DJC iaitu Negeri Sembilan , secara pribadi Kak Nor suka dengan cara Emylia , lembut dan merendah diri , walaupun Emylia datang photoshoot pada 17 April 2011 dan tidak berapa pandai untuk pose tapi belianu masih mahu bertanya kepada model yang telah mencipta nama ketika itu MYRA , teruskan dengan kepribadian awk yer .... )















Peserta 076(GROUP 4)

FB : Nursyamira Sejali
BERAT : 43 kg
TINGGI : 161 cm
UKURAN BADAN : 32,26,34





Komen Dari DJC :
( Peserta yang berasal dari negeri Pulau Mutiara , Pulau Pinang satu perkara yang pihak DJC suka adalah beliau bersikap "confident" dan berwawasan tinggi mana kan tidak walaupun beliau dari Pulau Pinang tapi beliau memberi tahu kepada kami yang beliau sanggup berulang alik dari PP ke KL , syabas ..... inilah antara sikap untuk orang yang akan berjaya )



Peserta 069(GROUP 4)

FB : Gu Rl
Berat : 50 Kg
Tinggi : 161cm
Ukuran Badan : 32 , 27, 34




Komen Dari DJC :
( Peserta yang datang pada hari tersebut dalam keadaan yang bertongkat , walaupun dalam keadaan yang kurang sihat pada hari tersebut GuRL telah menghadir kan diri , sewaktu diminta buat cat walk beliau buat juga .... sewaktu photoshoot diadakan bagi peragaan baju DJC , beliau datang dalam keadaan kaki yang masih tidak sembuh , cara dan tingkah laku beliau sangat sangat lembut )




FB : AZZAHARAH WARDINA ZAZULI
Berat : 59 Kg
Tinggi : 170 cm
Ukuran Badan : 34,28,36





Komen Dari DJC :
( Peserta yang paling tinggi dalam group "Finalist Pencarian Model bagi DJC " tidak menonjolkan diri , walaupun banyak istimewa dengan gadis tinggi lampai ini , bila dimekap sewaktu photoshoot wajahnya banyak iras YUNA  )



Peserta 151 ( GROUP 8 )

FB : Iylia Fatina

Berat : 49 Kg
Tinggi : 156cm
Ukuran Badan : 34, 25, 36






Komen Dari DJC :
( Peserta yang menarik diri , selepas terpilih ke Finalist , nasihat DJC untuk akan datang jangan masuk pertandingan jika tiada keyakinan diri ,seperkara lagi jika perkara ini berlaku ianya sebenarnya menyusahkan kedua belah pihak  )





Peserta 104

FB : Nurfarahin Binti Othman Full

Berat : 50 Kg
Tinggi : 160 cm
Ukuran Badan : 34 , 25, 36





Komen Dari DJC :
( Peserta yang satu ini adalah juga merupakan pelakon , banyak juga lakonan nya yang telah disiarkan di TV , secara keseluruhan beliau amat amat merendah diri , walaupun beliau telah menceburikan diri dalam bidang yang Glamor   )







No.Peserta :118

FB : BabyFida Hadip
Berat : 44 Kg
Tinggi : 158 cm
Ukuran Badan : 32 , 25, 34




Komen Dari DJC :
( Antara peserta "kesukaan " DJC walaupun pihak kami "suka" tetapi beliau tidak mendapat sebarang keistimewaan bagi pemilihan ke Final ini . Beliau merupakan anak didik model dan pengacara terkenal ESM , gaya dan lentokan badan yang amat menarik   )






Peserta 053(GROUP 3)

fb : misha musa
berat : 65kg
tinggi : 166cm
ukuran badan : 36 30 38





Komen Dari DJC :
( Satu satunya peserta yang join contest ini yang telah mendirikan rumahtangga dan telah mempunyai anak , ini membuktikan pihak DJC tidak memilih status , yang penting ianya memenuhi kateria untuk mempamerkan product kami iaitu DJC   )




Peserta 123(GROUP 7)

FB : Nadya Syafanis Rosli

Berat : 42 Kg
Tinggi : 158 cm
Ukuran badan: 34, 25, 34





Komen Dari DJC :
( Ada tak iras muka muka pelakon Heliza ..... kecil kecil cili padi pandai bergaya cik nadya nie tau , satu lagi kalau shoot bersama beliau tak kering gusi , asyik ketawa sahaja  , kawan baik kepada Baby Fida Hadip   )


















Stay tune , hingga berjumpa lagi untuk keputusan pemenang 5 orang yang terbaik dan 5 orang ini lah yang akan memperagakan product product DLIA JANE COLLECTION secara berkala sepanjang 2011/2012