Bila kita dah melihat gambar gambar Finalist semasa mereka mula mula join pencarian ini , ...ha ada pulak yang menyampuk kat mana nak tengok , tulah pasal DJC dah kata baca blog nie dari awal semuanya ada didalam blog nie , nie masa DJC nak tulis sibuk tanya yang mana kat mana ... isshhhh tak nak layan lah ....hehehheheeheh...
Sekarang DJC nak post pulak gambar mereka setelah berkali kali datang photo shoot untuk product DJC .Oleh kerana blog nie baru sahaja dibuat jadik tak dapatlah DJC menunjukkan kesemua gambar gambar mereka tetapi DJC akan menunjukkan gambar yang terkini setakat ke hari ini .
Buat pengetahuan semua , mereka ini semuanya datang photo shoot berbayar , sekali mereka datang DJC akan membayar sebanyak RM200.00 untuk peragaan 15 helai baju dan makan minum ditanggung oleh pihak DJC tetapi kalau pihak kami sediakan makanan dan minuman maka kami akan beri duit makanan , tetapi seingat DJC sekali atau 2 kali sahaja yang ada juga tak mahu makan .
So tak salah kan , kalau DJC agak sentap sikit kalau hasil photo shoot DJC diambil tanpa kebenaran , sbb semuanya DJC keluar duit poket sendiri itu baru kata model belum lagi duit photog ( cameramen ) nasib baik lah photog pun dapat yang baik "tersangat baik " bayaran yang dikenakan kira harga adik dan kakak lah ...alhamdulillah ada sahaja yang nak membantu DJC terima kasih "photong cute " .......dia tak nak publish kan nama dan identitinya bak org putih cakap "LOW PROFILE"
Yang nyata memang banyak perubahan dari muka dan penampilan mereka , almaklum dah setahun mereka bersama DJC , dari 5 orang model DJC ini hanya 2 orang yang kerap DJC ambil unt tujuan shoot gambar , bukan pilih kasih tetapi kesenangan untuk berurusan dengan waktu yang DJC sesuai , pada mula mula dulu kebiasaannya shoot akan dilkukan sebelah lewat petang hari biasa yang selalu boleh join photo shoot BABY FIDA pemenang ke 3 , kalau nak bercerita tentang Baby Fida nie , dia adalah model yang paling sennag nak berurusan , kami tak kisah ...itu adalah kata kata dia , sampai DJC pulak yang risau bila dia balik lewat malam .
Tentang asyik orang tu...sahaja yang diajak shoot , bukan tak mahu ambil yang lain tapi komitmen mereka bukan hanya pada DJC masing masing bekerja , kalau nak panggil shoot hari biasa dan kalau nak shoot hari sabtu dan ahad, DJC pula tiada tetapi setelah ada "photog rasmi DJC " ... senang lah sikit , hanya tunggu dia tak der JOB photo shoot akan dilakukan .
So , unt next round , bakal bakal pemenang pencarian model seisi 2012/13 harap mereka bolehlah melapangkan waktu mereka untuk tujuan photo shoot so boleh lah DJC selalu panggil adik adik unt tujuan photo shoot .Jom kita tengok sedikit sebanyak gambar gambar gandingan mereka .
Sesuatu yang dibuat dengan hasil usaha sendiri akan menjadi salah satu kemanisan hidup , Orang hanya melihat kejayaan kita atau kejatuhan kita tetapi kitalah orang yang bertanggungjawap memikul semua perkara tersebut. Apa yang penting nawaitu kita membuat sesuatu , YA ALLAH hindarkan diri ini dari bersikap tamak dan sombong dalam perjalanan perniagaan ini . Jadiklah diri sendiri supaya hidup tidak berpura pura kelak kita yang merana .
Tuesday, 12 June 2012
Poster Gandingan Bersama - Finalist DJC 2011/12
DJC Di Majalah NUR Edisi Raya 2011
Kalau
lah sesiapa sahaja yang membeli majalah , kebanyakkannya yang berkisahkan
wanita , dalam majalah tersebut mesti ada bahagian fesyen kan … DJC boleh
dikatakan gila membeli majalah lebih lebih lagi bila dah termasuk dalam dunia
perniagaan yang berkonsepkan pakaian nie , sedikit sebanyak kalau kita selak
majalah tu bahagian pakaian akan dilihat lebih lama sedikit bukan apa untuk mencari idea apa apa yang patut .
Kekadang
terpangpang nama kedai yang mengiklankan baju tersebut , yang DJC kenal
ownernya , atau ada juga yang DJC pernah pergi kekedainya , terdetik dalam hati
bilalah DJC boleh meletakkan pula product DJC dalam majalah …layak ker ….
Ishhh jangan berangan lah..... opppsss berangan perlu apa , tanpa berangan camna kita nak memajukan diri dengan berangan juga kita akan melatihkan diri kita untuk kita lebih berusaha untuk menuju kearah angan agan kita .
Ishhh jangan berangan lah..... opppsss berangan perlu apa , tanpa berangan camna kita nak memajukan diri dengan berangan juga kita akan melatihkan diri kita untuk kita lebih berusaha untuk menuju kearah angan agan kita .
Siapa
kata DJC tak boleh , akhirnya pada bulan June 2011 ( setahun yang lalu ) kira
kira ulang tahun lah …hehheheh DJC berjaya meletakkan iklan mengenai product
DJC di MAJALAH NUR KELUARAN JUN 2011 dengan bantuan adik adik manis , dan
jelita mereka merealisasikan impian akak DJC dia orang ini , terima kasih
kepada kalian IEANA , MYRA dan
FARAH
ZULAIKHA terima kasih kepada kalian
semua …sayanggg sangat kat kamu orang .
DJC
nak beritahu , yang mereka sanggup tolong DJC tanpa dibayar satu sen pun tau …
YA
ALLAH KAU MURAHKAN LAH REZEKI MEREKA BERTIGA …. Insyaallah , sehingga kini walaupun dah setahun yang lalu
DJC masih ingat gelagat kalian masa tu , selepas IEANA mekapkan mereka berdua ,
kami terus ke lokasi photo shoot di Putrajaya , masa tu panas terik sbb dah kul
12 tengah hari , terima kasih sekali lagi .
( Ini bukan gambar hiasan semata mata , inilah majalah yang memuatkan iklan product DLIA JANE COLLECTION , bangga tau , sebab semua ini bukan sponser DJC terpaksa mengeluarkan RM4000 unt mengiklankan product DJC didalam majalah nie )
Selepas
selesai photo shoot tersebut FARAH ZULAIKHA bergegas pula ke KARANGKRAF kerana
ada satu lagi photo shoot , kesian FARAH ZULAIKHA jasa awk adik adik semua
memang tak akan dilupakan . Tanpa kalian siapa lah DJC, Masa tu FARAH ZULAIKHA
memang dicop model popular banyak sangat majalah yang ambil beliau untuk
dimuatkan dimajalah- majalah mereka tetapi JUJUR DJC tulis YANG FARAH ZULAIKHA TAK
SOMBONG ……tak kerek , tak berlagak , tak dan tak …. Selepas tu IEANA dan MYRA
balik kembali ke kedai DJC , balik balik akak dia nie belanjalah makan nasik goring mamak …itu
sahaja yang mampu adik adik akak , insyaallah hujung tahun nie kita berkumpul
then kita makan best best yer …. INSYAALLAH doakan akak awk seorang nie berjaya
merealisasikan apa yang diimpikan .
Jom
kita tengok gambar gambar dalam majalah keluaran NUR JULAI 2011 tersebut .
Keterangan Gambar :
Ketika nie memang panas betul sampai mata mereka tak boleh nak buka , so bila cameramen kata 3,2,1 mereka buka mata yang sebelum tu mereka semua tutup mata .... cuba perhatikan FARAH ketara sangat tak leh nak buka mata .....
Keterangan Gambar :
Baju nie ramai permintaan , ini adalah baju ready made yang dubuat oleh DJC sendiri
Juga baju dari DJC
kata kata semangat untuk kenalan dan yang melihat /baca blog ini
Sesuatu yang diimpikan , tidak selalu menjadi kenyataan
Tetapi , apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba tiba
Biarlah kita menagis hari ini kerana kesakitan semalam
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum
pasti untuk selama lamanya .
Dari itu ..... menangislah semahunya sehingga hilang kesedihan tersebut TETAPI
kita simpanlah ketawa yang berpanjangan tersebut untuk hari hari esok ...
Esok adalah harapan , semua ingin kan yang terbaik , tapi tahukah kita baik atau buruk untuk hari esok
Jika Ada kawan Yang berminat Nak Iklankan perniagaan mereka di Majalah Majalah , jika bertanya pada DJC adakah berbaloi jujur dan sejujurnya , kalau badjet kita hanya untuk mengiklankan setakat sebulan DJC berfikiran lebih baik gunakan budget untuk iklan sebulan tersebut buat iklan dengan cara yang lain , kerana pengalaman DJC sendiri mengiklankan hanya sebulan impaknya ada tetapi tak berbaloi dengan duit yang dikeluarkan tersebut , sedikit sangat .Tetapi kalau budget kita memang ada ok boleh sahaja tetapi paling kurang buat dalam 6 bulan berturut turut .Ini hanya pendapat pribadi DJC tiada maksud tersirat pun .
Pemenang Ke 5 Pencarian Model DJC Seisi 2011/12
Pemenang ke 5 adalah Nadya , beliau masih study lagi semasa masuk pertandingan pencaria model DJC , semasa tulisan ini ditulis Nadya telah habis study dan telah berjaya mendapat Ijazah dalam bidang yang diceburinya .
Secara pribadi Nadya dipilih adalah kerana kelebihanya kerana mukanya manis dan semua perkara dia akan ambil mudah tiada masaalah bagi dirinya , dia sentiasa ok . Kekadang kalau dia shoot kita ketawa dia serius tapi kalau kita serius dia pulak yang ketawa , kalau shoot dengan insan bernama Nadya memang tak kering gusi , happy and enjoy .
Nadya dikategorikan sebagai model cilik kerana dia kecil .... kalau shoot gambar dia , nampak cam besar tapi realiti alahai kecil lah sesangat dia nie , tapi oleh kerana dia pandai bergaya so semua nya ok .... perfect ....
Jom kitalayan gambar gambar Nadya yang ada dalam simpanan DJC ......... stay tune.......
Gambar mula mula yang diambil dan dari gambar inilah Nadya terpilih sehingga menjadi antara 5 model bagi DJC
Monday, 11 June 2012
Pemenang Ke4 Pencarian Model DJC Seisi 2011/12
Pemenang ke 4 adalah seorang yang Free Hair , maksud DJC adalah tidak bertudung , ini membuktikan kami tidak memberi syarat dalam menjadi model peragaan pakaian product kami .
Pemenang ke 4 ini adalah Nor Farahin Othman , beliau juga adalah pelakon dan sedang mengikuti kursus Seni Lakonan . Nor Farahin telah banyak kali berlakon watak sambilan dalam drama drama terkini , semoga Farahin akan lebih berjaya dengan bidang yang diceburinya .
Walaupun berlakon bersama pelakon dan dikenali ramai , tetapi secara pribadi pihak kami DJC amat berbesar hati kerana beliau tidak sombong dan selalu merendah diri , kami dari DJC berharap walaupun dalam masa terdekat ini beliau akan dikenali dan menjadi kegilaan ramai produser perfileman , tingkah laku nya adalah sama seperti mula mula kami kenal akan dirinya .
Jom kita lihat gambar gambar dari mula hingga ke pemilihan 5 model terbaik DJC .
Antara gambar gambar permulaan yang diambil untuk melayakkan diri dalam
pencarian model DJC 2011/12 - masa permulaan masuk Farahin memakai
tudung .
Gambar dari simpanan pribadi DJC , semasa berjalan Cat Walk bagi pihak Admin DJC melihat keperibadian Farahin . Muka Farahin comey kan .... setuju tak ????
![]() |
![]() |
Bangau og Bangau kenapa gambar Nor Farahin banyak ??
Camna gambar dia tak banyak , sebab photog suka ambil gambar dia .....
photog ..oh photog kenapa suka ambil gambar farahin
camna photog tak ambil banyak gambar dia ...sebab dia CANTIK .... hhehhehehheheh
opppssssss !!!!!
gambar gambar kandid semasa beliau datang unt membuat photoshoot bersama product DJC
opppssssss !!!!!
gambar gambar kandid semasa beliau datang unt membuat photoshoot bersama product DJC
Wednesday, 6 June 2012
Pemenang Ke3 Pencarian Model DJC Seisi 2011/12
Pemenang ketika pula adalah Baby Fida , kalau masih ingat dalam post yang terdahulu dlia ada nyatakan yang beliau adalah salah seorang dari peserta favorite pihak DJC dan alhamdulillah beliau terpilih dalam kategori sebagai pemenang , baby Fida ...seronok berkerja sama dengan dia kerana dia akan bahasakan dirinya sebagai "kami" .
Wajah dia sempurna , cantik dan bersikap kelakar , semasa photo shoot dilakukan beliau masa tu diteman oleh tunang tersayang dimana , semasa dlia menulis blog ini beliau telah melangsungkan perkhawinan .
Jika sebelum berkhawin , ajak sahaja bila bila untuk tujuan photo shoot dia akan on sahaja tetapi sekarang nie masa dia amat terhad , anyway dlia jujur kata yang sangat suka bekerjasama dengan beliau , beliau memng tak sombong .
keterangan tentang gambar :
Gambar semasa photo shoot yang pertama yang dijalan
Keterangan Tentang Gambar :
Gambar memng paling mahal yang diperolehi oleh kami , baby nie suka sangat buat muka mimik cam tu Oleh kerana gambar tu tidak dalam keadaan tak sedia bagi baby , jadi dlia kecilkan tapi u all boleh nampak kan .....
Wajah dia sempurna , cantik dan bersikap kelakar , semasa photo shoot dilakukan beliau masa tu diteman oleh tunang tersayang dimana , semasa dlia menulis blog ini beliau telah melangsungkan perkhawinan .
Jika sebelum berkhawin , ajak sahaja bila bila untuk tujuan photo shoot dia akan on sahaja tetapi sekarang nie masa dia amat terhad , anyway dlia jujur kata yang sangat suka bekerjasama dengan beliau , beliau memng tak sombong .
keterangan tentang gambar :
Gambar semasa photo shoot yang pertama yang dijalan
Keterangan Tentang Gambar :
Gambar memng paling mahal yang diperolehi oleh kami , baby nie suka sangat buat muka mimik cam tu Oleh kerana gambar tu tidak dalam keadaan tak sedia bagi baby , jadi dlia kecilkan tapi u all boleh nampak kan .....
Keterangan Tentang Gambar :-
Wajah Baby Fida sedang disolek
Menerima hadiah kerana berjaya mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Pencarian Model DJC
Semasa menurunkan tandatangan perjanjian antara DJC dan diri Baby Fida
Pemenang Ke 2 Pencarian Model DJC seisi 2011/12
Pemenang kedua adalah MISHA MUSA , misha nie ibu kepada 4 orang puteri jika DJC tidak silap misha kalau salah nanti beritahu yer ... kak nor akan betulkan fakta ... ketika pertandingan ini , keadaan badan misha memang tidak dinafikan agak berisi tetapi seperti yang telah dinyatakan sebelum ini kami memilih kerana kesesuaian beliau dengan product kami maka dengan itulah yang pihak DJC memilih MISHA .
Jom layannnn gambar gambar koleksi dari kami unt MISHA MUSA
Gambar dalam simpanan kami sewaktu Misha datang untuk sidang photo shoot
camna masih cun kan ....
Gambar Sekitar semasa perjumpaan yang pertama setelah terpilih 10 terbaik dan beliau layak ke peringkat akhir
Sewaktu membuat Cat Walk dihadapan pihak DJC ... confident ....
Bersama teman Finalist ...
Gambar sewaktu sidang photoshoot diadakan , apa yang suka sangat tu ...cik misha
masa nie misha dah kurus sikit ....
Tuesday, 5 June 2012
Hari Pemberian Hadiah Dan Tandatangan Perjanjian
Selepas dari perjumpaan yang pertama , semua peserta Finalist dikehendaki datang ke seisi photografi untuk mengayakan product DJC , semua peserta akan mengayakan 5-6 helia baju yang akan dimuat turunkan di web rasmi kami iaitu www.dliajane.com.my dan juga page FB .
Alhamdulillah kesemua peserta dapat menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan , hanya seorang yang tidak menghadirkan diri pada waktu yang telah ditetapkan akan tetapi beliau datang pada hari yang berikutnya . Tujuan utama kenapa kesemua finalist dikehendaki datang dan melakukan photoshoot adalah kerana pihak DJC ingin melihat kesesuaian mereka dengan product kami , kalau diikutkan kesemua yang terpilih memasuki peringkat akhir ini adalah tergolong dari gadis gadis dan wanita yang cantik , kenapa perlu sebut gadis kerana bagi adik adik yang masih dara , dan wanita kepada seorang emak orang yang vouge ...gitu .
Mungkin ada yang berpendapat pihak kami mengambil kesempatan mempergunakan gadis gadis dan wanita cantik ini , dengan ini DJC ingin mengatakan sesungguhnya tiada secubit niat ingin mempergunakan kalian semua , kerana ingin dinyatakan disini jika kalian fikir positive ianya akan jadik positive tetapi kalau negetive ianya akan jadik negetive kerana perbelanjaan yang pihak kami keluar adalah wang ringgit kami sendiri , perlu dinyatakan disini tiada istilah "sponser " atau taja untuk DJC kerana kami adalah perniaga yang baru sahaja nak bertatih dan tidak dikenali sehubung dengan perkara inilah yang pihak djc amat ambil kisah jika semua hasil photoshoot dan lain lain diambil tanpa kebenaran kerana semua yang anda lihat adalah wang dari poket kami .
Berbalik kepada kenyataan setengah pihak mengatakan yang pihak DJC mempergunakan finalist , DJC rasa kami sama sama bergabung bak kata orang putih " win win situation " atau keadaan memang menang ... hmmmm betul ker almaklum sekolah tak tinggi , dulu sekolah 2 tingkat sahaja ...hehhehhehehe .DJC keluar kan belanja unt adakan photoshoot , makan minum , dan mekap , walaupun bayaran yang DJC keluarkan adalah lebih kepada harga kawan kawan tetapi DJC masih mengeluarkan dari poket sendiri .
alahaiiii cam mak neneklah nak membebel , direct to point lepas mereka photo shoot dari gambar gambar mereka tersebutlah DJC secara pribadi melihat dan memilih mereka , dan kepada yang terpilih anda layak mendapat Ringgit Malaysia 200.00 untuk sekali peragaan (max 15 helai baju ) TAHNIAH kepada kalian , harap kita akan berkerjasama antara satu sama lain .
Dibawah nie disajikan gambar gambar sekitar hari penyampian hadiah ...jom terjah
Mungkin ada yang berpendapat pihak kami mengambil kesempatan mempergunakan gadis gadis dan wanita cantik ini , dengan ini DJC ingin mengatakan sesungguhnya tiada secubit niat ingin mempergunakan kalian semua , kerana ingin dinyatakan disini jika kalian fikir positive ianya akan jadik positive tetapi kalau negetive ianya akan jadik negetive kerana perbelanjaan yang pihak kami keluar adalah wang ringgit kami sendiri , perlu dinyatakan disini tiada istilah "sponser " atau taja untuk DJC kerana kami adalah perniaga yang baru sahaja nak bertatih dan tidak dikenali sehubung dengan perkara inilah yang pihak djc amat ambil kisah jika semua hasil photoshoot dan lain lain diambil tanpa kebenaran kerana semua yang anda lihat adalah wang dari poket kami .
Berbalik kepada kenyataan setengah pihak mengatakan yang pihak DJC mempergunakan finalist , DJC rasa kami sama sama bergabung bak kata orang putih " win win situation " atau keadaan memang menang ... hmmmm betul ker almaklum sekolah tak tinggi , dulu sekolah 2 tingkat sahaja ...hehhehhehehe .DJC keluar kan belanja unt adakan photoshoot , makan minum , dan mekap , walaupun bayaran yang DJC keluarkan adalah lebih kepada harga kawan kawan tetapi DJC masih mengeluarkan dari poket sendiri .
alahaiiii cam mak neneklah nak membebel , direct to point lepas mereka photo shoot dari gambar gambar mereka tersebutlah DJC secara pribadi melihat dan memilih mereka , dan kepada yang terpilih anda layak mendapat Ringgit Malaysia 200.00 untuk sekali peragaan (max 15 helai baju ) TAHNIAH kepada kalian , harap kita akan berkerjasama antara satu sama lain .
Dibawah nie disajikan gambar gambar sekitar hari penyampian hadiah ...jom terjah
Gambar Gambar Pemennag Model Pencarian DJC - tiada dalam gambar Misha Musa
Subscribe to:
Posts (Atom)















































